Walau hanya sekeping kertas RM1 sekali pun tapi bila namanya duit memang kita akan hargai kerana ada nilainya. Walau koyak sekali pun, biasanya kita tidak akan buang. Terasa sayang pula dan tetap kita simpan.
Tapi tahukah anda cara menyimpan duit yang telah koyak sebenarnya merugikan anda. Lebih baik anda tukar wang tersebut kerana masih ada nilai sekiranya ditukarkan di Bank Negara Malaysia (BNM)
Dalam satu perkongsian di laman sosial Twitter, Abdul Rahman berkongsi info berkenaan duit kertas yang ditukarkan di BNM mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.
Tip duit terkoyak :
Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu. Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz. Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil.
Secara mudahnya, jika duit kertas terkoyak sedikit kita boleh dapatkan nilai yang sama dengan duit yang rosak. Jika koyak separuh, itu bermakna kita akan dapat nilai separuh daripada duit tersebut, namun jika koyak dua iaitu separuh daripada saiz duit kertas tersebut itu bermakna wang tersebut sudah tidak mempunyai nilainya.
Ads
JIKA BNM JAUH, NAK BAWA KE MANA?
Ada juga pengguna di laman Twitter yang bertanyakan bahawa jika cawangan Bank Negara jauh dari kawasan, boleh atau tidak pergi ke cawangan lain? Sebenarnya anda boleh cuba bawa ke bank berdekatan dahulu ataupun BNM cawangan.
Meninjau di laman web BNM ada diberikan secara detail berkenaan gantian nilai untuk bukan sahaja wang yang koyak malah jika wang berconteng juga. Ini infonya.
Gantian nilai bagi wang kertas yang tidak sesuai untuk edaran semula tertakluk kepada
garis panduan seperti yang berikut:
a) Saiz wang kertas
• Nilai penuh – Lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas
• Nilai separuh – Lebih 1/2 tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal wang kertas
• Tiada nilai – Kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas
b) Wang kertas yang berconteng
• Nilai penuh – Contengan yang sedikit
• Tiada nilai – Contengan yang ketara, contengan tanda pada potret SPB
Yang di-Pertuan Agong atau contengan berunsurkan politik, agama atau
perkauman.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Perkongsian daripada salah seorang pemilik akaun fb yang dikenali sebagai Norliza Mohd Salleh, cukup menarik. Beliau banyak berkongsi kebaikkan jamu dan petua orang lama untuk dimanfaatkan bersama.
Dan ini merupakan satu lagi perkongsiannya yang boleh dicuba sekiranya diri kita ataupun sesuai juga untuk diamalkan oleh anak dara kita yang menghadapi masalah bau badan.
Umumnya, bau badan terjadi pada seseorang wanita bila berlaku perubahan hormon terutamanya yang baru mencapai aqil baligh. Pun begitu, tidak dinafikan masalah berat badan berlebihan juga boleh menimbulkan masalah badan berbau.
Jadi bagaimana cara untuk atasi bau badan ini?
Petuanya tidak susah, hanya menggunakan air rebusan sireh dan daun inai yang diminum secara konsisten. Untuk mengetahui lebih lanjut jom ikuti perkongsian daripadanya.
Tempoh hari seorang rakan mengadu bahawa anak gadisnya yang semakin meningkat remaja mengalami masalah bau badan serta punya masalah jerawat di badan akibat perubahan hormon.
Maka, saya mencadangkan anaknya meminum air rebusan sirih dan inai,
Petua turun- temurun ini sesuai juga diamalkan tak kira lelaki atau wanita.
Rebusan Daun Sireh Dan Inai
Bahan-bahan:
Daun Sireh -3 helai
Daun Inai – segenggam
Air – 3 gelas
Cara-cara:
1. Direbus kesemuanya degan api sederhana kecil dari 3 gelas menjadi 1 gelas
2. Tapis dan minum bila sudah suam. Diamalkan seminggu sekali. Lebih elok diamal setelah period.
Sesuai juga untuk:
Angin dalam badan
Cirit birit
Sengal-sengal badan
Sakit kepala/menyejukkan badan
Segarkan badan
Mengalami jerawat muka dan badan
Melicinkan kulit
Hilangkan gatal-gatal kulit
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa peminat kuih tradisional pasti cukup kenal dengan kuih ini. Mungkin ada yang dah biasa dengan resipi kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resipi kaswi pandan yang sama sedap.
Cara mudah untuk menyediakan sajian kuih tradisional ini dan yang pasti sangat sedap dan cukup lemak manis.
Jom admin kongsikan resipi dari air tangan Mas Cotek KASWI PANDAN LEMAK MANIS.. dia punya gedik tu tak boleh bwk bincang dah….. tak caye tgk hat opah kilaih tu.. pagi td punya cerita ni… udoh nak ptg baru nak bagitau kome… KASWI PANDAN LEMAK MANIS
BAHAN²
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi
1 1/2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan dr 6 helai pandan
4 cwn air
1 1/4 cwn gula
1 sdt air kapur
1/2 sdt pewarna hijau star brand CARANYA
~sediakan loyang 10×10 sapu sedikit minyak
~panaskan kukus
~satukan kesemua bahan
~tapis jika perlu (opah blend je)
~tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40min
~buka penutup kukus dan biar kan 10 min lagi
**tujuan nak bg air pada permukaan kaswi kering/boleh tap² tisu dapur jika permukaan masih berair ~tutup api /keluarkan kuih
~biar betul² sejuk kemudian potong
~hidang bersama kelapa parut putih + garam
~siap SELAMAT MENCUBA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia Manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan itu popular dengan produk kecantikan terutamanya di Pantai Timur.
Perkara itu disahkan oleh anaknya, Iqbar Hakim menerusi akaun Instagramnya pagi ini.
Dalam satu video, Iqbar dalam tangisannya meminta agar semua dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibunya.
Faziani Rohban yang merupakan pengasas produk kosmetik Dnars ini telah meninggalkan beberapa orang anak dan baru sahaja pulang daripada mengerjakan Umrah bersama ahli keluarga yang lain.
Seminggu sebelum ‘pemergian’ arwah sempat menitipkan pesanan buat anak-anaknya menerusi laman instagramnya. Pesanan itu dibuat ketika arwah bersama-sama keluarga mengerjakan umrah.
Selebriti tidak ketinggalan meninggalkan komen mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah.
noornabila Innalillahiwainnahirojiun… إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين.
datoserivida ya Allah , Salam takziah. al Fatihah ..
lisdawati15 Ya allah … Sabar ye dik .. Salam Takziah dr kami sekeluarga .. Insyaallah you kuat utk menjaga adik adik yg lain . Innalillahiwainailaihirojiun ?
ameliahassanfd Innalillahiwainnailaihirojiun.. Mami org2nyaa sgt2 baik.. Semoga dia ditttempatkan dikalangan org yg beriman.. Amin.. Iqbar dan family kena kuat.. ALLAH lebih sygkan arwah..
hafizhamidun Salam Takziah, hati hati dalam perjalanan
Selain selebriti, kawan-kawan dan warganet turut mengucapkan salam takziah buat Iqbal dan keluarga.
benanwar_ Kau kuat. Kawan kawan semua tahu kau kuat. Kiteorg semua sentiasa ada utk kau sahabat.
syawalmustapha88 Salam Takziahh dik..tak sangka dan sgtsgt terkejut..be strong dik
hana_jasman Innalillahiwainnailaihirajiun…semoga arwah c.nin di tempatkan dikalangan.org2 yg mulia dan beriman…amin..iqbar kuat….
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...