Tanggung jawab seorang suami yakni ketua keluarga bukan sahaja menyediakan keperluan untuk anak dan isteri, tetapi dalam masa yang sama membahagiakan mereka.
Rumah tangga lebih harmoni dan aman apabila ketua keluarga memainkan peranan dengan baik. Lebih-lebih lagi jika masih ada ibu bapa yang perlu di ambil berat.
Berkahwin tidak bermakna melupakan terus tanggung jawab sebagai anak. Begitu juga jika mentua tinggal bersama, ibaratnya ibu kita sendiri dan patut mendapat layanan yang sama.
Begitu juga jika ada ahli keluarga lain yang tinggal bersama, saling melengkapi dan saling membantu menambahkan berkat dan itulah salah satu daripada rahmat dan rezeki Allah swt.
Kisah yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh ini boleh dijadikan teladan kepada mereka yang bergelar anak, suami ,menantu dan juga bapa.
Bil sampai dua hari lepas. Aku lihat jumlah, aku senyum saja. RM452.92 jumlahnya.
Belum pernah bil elektrik aku cecah sampai macam ni. Biasanya sekitar RM250-RM350 sahaja. Namun aku tidak mengeluh. Aku tahu cuaca sekarang panas.
Rumah aku pula ada 3 biji aircond. Bila panas, memang aku suruh mak mertua, adik ipar, puan isteri dan anak-anak buka sahaja aircond. Aku pasang aircond untuk keselesaan keluarga. Tak perlu takut-takut nak guna.
Ads
Soal bil letrik itu, usah risau. Aku ni ketua keluarga. Pandai la aku ikhtiar cari duit dan bayar.
Aku tak nak keluarga aku menahan diri untuk keselesaan hanya kerana risau bil melambung. Risau aku yang kena bayar mahal. Tak perlu risau bab tu. Bahkan aku cakap kat mak mertua,
“Mak. Pasanglah aircond kalau panas. Pasang je, tak apa.”
Aku risau juga mak menahan diri hanya tak nak menantu dia terbeban dengan bil.
Bil itu bukan beban mak. Bukan!
Itu apa yang aku sediakan untuk keselesaan keluarga termasuk mak dan sesiapa sahaja yang tinggal dalam rumah aku. Aku tak pernah anggap ia satu beban. Bahkan gembira apa yang kita sediakan mereka guna.
Ads
Mak memilih tinggal dengan aku ini sudah satu rahmat tidak terkira besarnya. Setiap hari ada alunan bacaan Quran dari bilik mak. Setiap hari ada doa untuk anak cucunya. Dua benda itu sahaja tidak ternilai dengan segala harta dan isi dunia.
Maka cukup bangsatlah aku jika berkira untuk sedikit keselesaan mak.
Anak-anak demam, mak jagakan. Mak tak benar hantar pengasuh kalau anak demam. Dia nak jaga. Anak aku yang sulung dan kedua pun mak yang siapkan untuk ke sekolah.
Begitu banyak jasa mak pada aku dan keluarga. Tidak terkira.
Sama juga dengan adik ipar aku. Beruntung besar aku dia nak tinggal sama. Padahal boleh saja dia tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Tapi dia memilih untuk tinggal dengan kami.
Ads
Setiap hari, dialah yang akan hantar anak sulung aku ke sekolah dan ambil anak kedua aku pulang rumah. Setiap kali aku keluar, aku rasa anak isteri selamat sebab mak dan adik ipar aku ada menemani puan isteri dan anak-anak.
Maka, apa sangat setakat kenaikan bil elektrik setakat seratus dua?
Aku ketua keluarga. Aku suami. Aku seorang ayah. Dan aku juga seorang menantu.
Itu tanggungjawab aku untuk menjaga mereka. Untuk menyediakan segala keperluan asas untuk mereka. Untuk keselesaan mereka.
Jika kau pun sama ditempat aku, janganlah kita mengeluh. Kita hadap saja dengan senyuman.
Duit boleh dicari. Kegembiraan dan keselesaan anak isteri serta keluarga itulah yang utama.
Apa yang kita belanjakan untuk anak isteri dan keluarga kita, InsyaAllah Tuhan ganti berlipat kali ganda. Percayalah!
#MFS – Kisah musim panas – .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu bapa mana yang tak gembira dan terharu bila melihat kejayaan anak-anak. Terasa berbaloi segala penat lelah dan pengorbanan dalam membesarkan mereka kan!
Dalam mendidik anak-anak tidak sekadar bergantung kepada guru semata-mata. Jika mahu anak-anak berjaya, ibu bapa juga harus mainkan peranan. Ini dikongsikan oleh seorang guru bernama Ummu Al Fateh . Menurut guru ini, tip pembelajaran seorang pelajar yang cemerlang tersebut diperoleh daripada ibu bapa pelajar itu sendiri ketika hadir mengambil report card.
Apa yang membanggakan, keempat-empat anak pasangan ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran selain memiliki akhlak yang mulia.
Sejuk perut ibu mengandungkan mereka kan! Yang nak praktiskan tip tersebut boleh baca di sini!
sis beruntung hari ni sbb dapat interview ibu kepada pelajar ini.pelajar lelaki melayu. disaat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen.alhamdulillah ada seorang yg bersinar.
so sis nak kongsi dengan rakan2 la kan apa tips maknya ye memandangkan semua ank2 nya 4 org berjaya (ini yg bongsu):
1)anak2 tak dibenarkan belajar dalam bilik masing2..semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu.reason:duduk dlm bilik kita tak nampak dia buat apa..betul ke tak belajar.
2)pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing2 duduk dimeja makan.
3)pukul 10 masuk tidur
4)tak benarkan anak2 keluar rumah lepak dgn kawan.hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan utk melepak.
5)keluar mesti dgn ibu bapa.alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik utk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yg betul.
6)ayahnya serius tp baik,ayah tak pernah pukul/cubit anak.yg dibenarkan mak sahaja.(ayah dia tunggu dlm keta x dapat naik sbb parking penuh,rugi x dpt intview sekali?)
7)kena mula dari darjah 1,pukul 8 mlm terus duduk dimeja.so dh terbiasa.bila sekolah menengah dah tak perlu suruh,anak otomatik pegang buku jam 8 malam.
7)tak pernah pergi tusyen.jika tak faham kena tanya kwn yg lebih pandai disekolah.
sis tanya lagi,ank puan ada diberikan handphone?internet? maknye jawab. ya bagi cikgu..petang2 dia main game.kena bagi jugak x boleh sekat sy faham dia remaja.kita xnk dia memberontak.asal dia x melepak sudah.kawan2 dia dtg rumah kami main game tp anak sy takkan keluar dari rumah.sy kenal semua kawan2nya.
ayat last sekali maknya mmg power:
“cikgu,apa2 pun asasnya dari rumah dari ibu bapa.sy tak boleh nak harapkan cikgu saja,cikgu pun ramai anak murid lain lagi.cikgu dah byk membantu sy didik dia.terima kasih cikgu”
sis angguk2…oooo..betul2…tq puan sudi datang dan share dengan saya.kirim salam ayahnya..humble ibunya,no wonder anaknya sangat menghormati guru?
Cicak ni kalau ada belah atas kat dinding tak rasa geli sangat, tapi bila dah mula jalan atas lantai ni, meremang je rasa macam dia nak lalu atas kaki kita je!
Tapi geli ke tak geli, harus hapuskan juga binatang kecil ini sebabnya kalau tidak penuh lah rumah dengan tahinya yang hitam putih tu… Lebih-lebih lagi kat celahan tingkap memang penuh lah tiap kali nak mencuci tu.
Banyak dah cara nak hilangkan cicak di rumah tetapi tetap akan ada lagi, entah di mana lah mereka menyorok kan? Yang susah sangat nak hapuskan tu, boleh cuba cara perangkap cicak yang diajar oleh pengguna Facebook Affaziah ini, mana tahu menjadi untuk ada juga! Lega la rasanya bila satu keluarga cicak kita dapat hapuskan!
CARA PERANGKAP CICAK GUNA 2 BENDA SAHAJA, SERIBU CICAK MATI!
Maaf kalau gambar ini menggelikan, saya nak share tips mudah dan murah untuk bunuh cicak. Gambar dekat bawah ini hasil rumah kampung saya yang ditinggalkan selama 3 minggu.
Untuk kali pertama total cicak dapat 54 ekor, banyak kan? Satu keluarga cicak boleh melekat. Caranya mudah sahaja.
Cara-caranya:
– Cuma perlu gunting dengan plastik tape dan tampal merata tempat di laluan cicak.
– Pastikan hanya tampal hujung tape sahaja dan terbalikkan bahagian yang ada gam tu ke atas. Cuma hujung dengan hujung je tampal dekat lantai.
Mudah kan? Memang lepas ni tak ada lagi masalah cicak di rumah. Selamat mencuba!
Tak semua berkemahiran dalam mencucuk tanam. Ada orang minatnya ada, tapi ruang pula tak mencukupi untuk berbakti pada tanah! Tapi… Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan? Jadi yang mana suka bertanam tu, boleh cuba teknik tanaman secara terbalik atau upside down ini!
Kaedah tanam pokok yang digantung secara terbalik ini ada banyak kelebihan tau! Bukan je jimat ruang dan mudah alih, malah ia juga terhindar dari haiwan perosak di tanah. Jika nak cuba boleh mulakan dengan pokok tomato dan juga cili.
Nak tahu macam mana? Jom tengok step by step kaedah tanaman yang dipraktikkan oleh Puan CT Hamisah Ahmad ll yang dipelajarinya di Youtube. Jom kita timba ilmu sama-sama!
1. Sediakan botol mineral 1500ml dan anak pokok sama ada tomato, atau cili.
2. Ambil botol dan potong bahagian bawahnya. Tebuk lubang kiri dan kanan botol untuk tempat menggantung.
3. Sediakan kain perca (boleh guna kain jeans) dan gunting di bahagian tengahnya.
4. Ambil anak pokok leraikan tanah yang melekatpada akarnya.
5. Letak batang anak pokok tadi di bahaglan lubang kain tadi. Tutup dengan stapler bahaglan yang digunting.
6. Masukkan anak pokok dalam botol dan keluarkan batang dan daunnya di bahagian penutup botol.
7. Tujuan diletakkan kain pada pokok tadi selain untuk menyerap air la juga untuk mengelakkan tanah keluar bila terbalikkan.
8. Selepas masukkan anak pokok masukkan tanah, cocopeat, tanah kormpos nisbah 4:4:2.
9. Siram dengan air dan gantung pokok di tempat terlindung dari panas selama 9-10 hari.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.