Memulakan perniagaan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, perlu banyak berkorban tenaga, masa dan kerja keras tanpa mengira waktu demi memajukan perniagaan.
Umumnya diawal-awal bisnes bukan terus untung malah ada kalanya rugi. Pun begitu walau apa keadaan sekali pun menurut Puan Ainon Mohd, pemilik bisnes perlu juga ambil gaji seadanya. Ini kerana sebagai pemilik bisnis, anda juga adalah pekerja di syarikat tersebut.
Mungkin ada yang beranggapan, kerja sendiri tidak perlu pengurusan kewangan yang sistematik namun hal itu akan menyukarkan untuk kita menilai sama ada perniagaan yang diusahakan memberi keuntungan atau rugi.
Oleh itu, mengetahui cara dalam mengurus kewangan yang terbaik jika diri kita sebagai pemilik bisnes dan dalam masa yang sama ‘pekerja’, jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Pemilik Bisnes Ambil Gaji Dalam Enterprise
Harus faham anda pemilik bisnes (1) dan anda juga pekerja dalam bisnes (2). Kena faham kita ada dua kerja. Kita ada dua hak yang pertama hak mengambil gaji dan kedua hak atas untung bersih. Jadi jumlah pendapatan kita ialah atas (1) dan (2).
Apabila kita pemilik bisnes dan kita bekerja dalam bisnes, kita hanya ada satu sahaja perbezaan iaitu kita tidak boleh mencarum skim insurans pekerjaan. Untuk KWSP kita boleh mencarum secara sukarela.
Mula-mula dalam bisnes kita itu hanya ada kita sahaja. Sebagai contoh bisnes air balang. Di rumah, kitalah yang membancuh air, kita yang beli ais dan kita juga yang kumpul resit-resit. Kalau ada tempahan kenduri kitalah yang buka invoice. Semua kerja kita buat sendiri. Ini kita boleh ambil gaji.
Bezakan Duit Gaji & Duit Bisnes
Kalau kita tidak ambil gaji, bagaimana nak bayar sewa rumah kita? Kita nak ambil duit makan dari mana? Sebab itu kita perlu dua akaun bank. Satu akaun bank semasa untuk bisnes dan satu akaun simpanan untuk masukkan gaji kita.
Duit bisnes itu bukan duit kita. Walaupun kita pemilik bisnes, duit itu kita tidak boleh ambil untuk buat belanja isteri atau suami. Jadi, kita ambil sahaja jumlah untuk gaji kita. Kalau 2 ribu gaji ambil sahaja gaji bersih kita.
Kalau bisnes tidak mampu bayar gaji kita, maksudnya bisnes berhutang dengan kita. Dan kalau kita guna duit bisnes untuk tujuan peribadi, itu dikira sebagai hutang. Jika kita tidak bayar, itu dikira sebagai pendapatan kita.
Sebagai contoh kita bisnes berniaga kuih tepi perhentian bas. Duit jualan itu kita ambil buat belanja rumah. Duit jualan yang kita ambil dikira sebagai hutang kita kepada bisnes. Jadi kalau kita tak bayar balik, itu dikira sebagai gaji atau pendapatan kita.
Semua pendapatan gaji dan untung bersih kita dikira sebagai jumlah pendapatan dalam borang B. Jadi, kita mesti kira betul-betul berapa gaji yang kita ambil. Walaupun gaji itu masih hutang, tapi cukainya sudah dikira.
Semua ini hanya boleh dibuat sekiranya pengurusan dokumen kewangan kita dibuat dengan betul.
Sumber : Puan Ainon Mohd
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club