Ramai yang tidak tahu atau mungkin buat-buat tak tahu soal duit belanja bulanan yang patut diberikan kepada isteri. Tak kurang ada yang anggap itu tidak dikira sebagai nafkah. Justeru, wahai suami sekalian kena tahu, nafkah isteri tidak sama dengan duit belanja bulanan rumahtangga. Jadi anda patut tahu bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumah tangga.
Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk juga baju kain isteri dan barang keperluan lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?
Saudara Firdaus Shakirin berkongsi pandangan mengenai pemberian duit belanja kepada isteri.
“Ayg, abg dah tggal duit kat almari, bwh bedak anak…guna la utk apa yg patut…”
Duit belanja…
Ads
Kenapa perlu bg duit belanja pd isteri? Duit belanja ni adalah sebagai upah utk isteri setelah dia melakukan keje2 rumah dimana bukanlah kewajipan isteri utk melakukan keje2 tersebut, tapi asbab disuruh suami dan dia taat kpd suami, maka dia buat keje2 tersebut…
Ketaatan kpd suami, ingin memudahkan urusan suami disamping ingin menjadi seorang isteri yg solehah…
Suami blk keje, suami dah tak perlu buat keje2 rumah sbb keje2 tu dah dibuat oleh si isteri, suami bleh terus rehat…so, suami xpyh buat terus la? Tanggungjawab tetap kena buat bila ada kelapangan dan masa utk melakukannya…
Ads
Klu isteri yg selalu buat, maka bagilah duit belanja, upah utknya atas apa yg dibuatnya bg pihak si suami…duit belanja dan nafkah tak sama…perbelanjaan dapur, duit tambang anak, bil utiliti smua ni tak dikategorikan dlm duit belanja…ini nafkah…
Duit belanja adalah utk isteri, utk dia gunakan beli apa yg dia inginkan yg selain drpd apa yg sepatutnya disediakan oleh seorang suami…
Contoh? Beli baja pokok, pasu, kelengkapan menjahit, acuan kek or kuih raya dan sebagainya…
Ads
Duit belanja ni sepenuhnya atas kemampuan suami, dan tiada nilai minimum yg patut diberikan kpd isteri…bg sekadar byk mana yg ada, yg boleh bg dan suami masih ada baki utk kegunaan dirinya sendiri…
Buang duit x bg kat isteri? Rugi tak? Tak rugi dan bukan buang duit…setiap satu sen yg dikeluarkan atau dibelanjakan utk isteri, ada pahala disisi Allah s.w.t dan ianya akan menjadi asbab utk kita diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dijauhkan dari bala bencana…
Tak percaya? Start esok, cuba bagi duit belanja kpd isteri…
Nota kaki : 3,4 hari sekali saya akan letak 50 utk digunakan isteri…tp dia tak gunakan smpai hbis pun, dia akan simpan dan keluarkan bila suami dia tgh sesak…?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkahwinan semamngnya indah buat pasangan suami isteri. Namun ada pasang surutnya. Lantaran itu, bagi memastikan rumahtangga sentiasa inspirasi dan bahagia, pasangan haruslah saling melengkapi.
Sebagaimana perkongsian wanita, Ashikin Hashim ini mengenai peranan isteri yang sungguh bermanfaat untuk memastikan hubungan suami sentiasa mekar dan indah. Jom kita semak perkongsiannya.
Saya pernah mendengar ceramah seorang ustazah tentang fasa dalam perkahwinan. Tidak selalunya perkahwinan itu indah belaka. Ia ada pasang dan surutnya juga.
Perkahwinan tidak pernah lari dari masalah. Pun begitu, apa jua masalah selagi ianya masih dalam keterbatasan kemampuan seseorang untuk menghadapinya, carilah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Satu yang saya paling ingat, ustazah itu menyebut: MASALAH JANGAN DICAMPUR ADUKKAN DENGAN KETAATAN.
Bagi saya, selagi seorang yang bernama suami itu tetap menjalankan tanggungjawabnya, tidak pula memukul atau mendera fizikal mahupun batin kita, kita masih wajib mentaatinya.
Saya kongsikan semula status ini. Semoga bermanfaat.
Selagi bernama isteri:
❤️Siapkan keperluan suamimu – baju kerjanya, stokin dan kasutnya, sapu tangan dan sebagainya. Walaupun mempunyai pembantu rumah, ianya masih tanggungjawab seorang isteri.
❤️Siapkan sarapannya dan duduk makan bersamanya. Walau hanya secawan kopi.
❤️Hantarkan suamimu ke kereta, salam peluk dan saling menciumi. Lambai suamimu hingga hilang dari pandanganmu.
❤️Tanya khabar suamimu ketika dia bertugas. Hantarkan kata rindu dan cinta. Doakan kesejahteraannya.
❤️Di dalam solatmu sentiasa mendoakannya dan doakan perkahwinanmu. Minta Allah jagakan suamimu untuk mu kerana tidak setiap masa kita dapat bersamanya. Tetapkan cinta dan kasih sayangnya hanya untuk kita hingga ke akhir hayat dan sampaikan ke syurgaNya.
❤️Kongsikan kebaikan suamimu bersama anak-anak. Ajari anakmu untuk sentiasa menghormati suamimu sebagai seorang ayah. Dan apa jua keputusan dan keizinan ajari anakmu untuk bertanya kepada suamimu.
❤️Sebelum suamimu pulang, pastikan rumahmu bersih dan dirimu juga berhias dan wangi.
❤️Sambutlah suamimu di muka pintu dengan senyuman dan kemesraan.
❤️Hidangkan makanan malam dan teman atau makan bersamanya.
❤️Mintalah bantuan suamimu. Jangan simpan dalam hati. Bantu dalam urusan anak-anak, keperluan rumah dan sebagainya. Libatkan suamimu.
❤️Sesekali bercutilah berdua atau bersama anak-anak. Atau buatlah aktiviti bersama.
❤️Usahlah segan untuk meminta dari suamimu – minta duit belanja, minta untuk belikan beras, minta untuk pergi ke spa.
❤️Minta izin – walau hanya benda kecil.
❤️Berbuallah dan lapangkan masa bersamanya sebelum waktu tidur. Dengarkanlah apa yang dia ceritakan. Rasa gembira ketika dia gembira dan sabarkan dia ketika dia sedih.
❤️Luahkan segala isi hati atau nyatakan cadangan selepas semuanya selesai dan tenang duduk bersama.
❤️Tidurlah dengan tenang dalam redha Allah swt.
Suamimu umpama BOSS besar dalam mentadbir rumahtanggamu. Libatkan dia dalam semua perkara. Jangan berahsia kepadanya. Dia partner rumahtanggamu.
Suami boleh jadi seperti BAYI yang sering mahu dimanja dan diberikan perhatian. Inilah keindahan ciptaan Allah. Kerana tempat terbaik seorang suami untuk bermanja adalah bersama isterinya.
Saya petik soal jawab ini dari kolum Sinar Islam Sinar Harian yang memetik. Sumber dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan: Adakah sahih hadis isteri sujud pada suami?
Jawapan: Bagi menjawab pertanyaan pertama di atas, hadis sujud pada suami telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi SAW. Antaranya Abu Hurairah, Mu’az bin Jabal, Suraqah bin Malik, Aisyah, Ibn Abbas, Abdullah bin Abi Awfa, Ummu Salamah, Anas bin Malik dan beberapa orang lagi sahabat Nabi SAW yang lain. Adapun berkaitan matan hadis adalah seperti berikut:
“Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadis ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib] Hadis ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Tambahan pula, hadis ini mempunyai sebab wurudnya (sebab Nabi SAW ucapkan hadisini) iaitu apabila salah seorang daripada sahabat Nabi SAW pulang daripada Syam dan melihat orang-orang Nasrani dan Yahudi sujud kepada pembesar dan ulama’ mereka sebagai tanda penghormatan nabi-nabi mereka. Maka, sahabat ini berkata bahawa Rasulullah SAW lebih berhak untuk dilakukan sedemikian tetapi Nabi SAW melarang para sahabat melakukan hal tersebut dengan mengatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani ini mereka mendustakan serta menyelewengkan kitab-kitab nabi-nabi mereka. [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Makna hadis
Antara yang boleh difahami daripada hadisini adalah kewajipan seorang isteri itu mentaati suaminya kerana sujud ini tidak dihalalkan melainkan kepada ALLAH SWT sahaja. Ini kerana, terdapat banyak hak-hak suami yang perlu dilaksanakan oleh isteri dan sebahagiannya tidak terlaksana oleh si isteri.
Imam al-Syaukani berkata, makna hadis ini adalah jika dibolehkan sujud kepada manusia nescaya Nabi SAW akan memerintahkan para isteri untuk sujud kepada suaminya. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 272/4] Di dalam Musnad Ahmad, daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud:
“Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.” [Riwayat Ahmad (12614)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadis ini sahih li ghairihi]
Kesimpulan
Hadis di atas adalah sahih dan ia tidaklah menunjukkan kebolehan seorang isteri itu untuk sujud kepada suaminya. Ini kerana, sujud hanya dibenarkan kepada ALLAH SWT sahaja dan tidak dibenarkan sujud kepada selain daripada ALLAH SWT sebagaimana larangan jelas daripada Nabi SAW berdasarkan riwayat di dalam Musnad Ahmad di atas. Akan tetapi, hadis ini menggambarkan bahawa kedudukan suami itu tinggi di sisi isteri dan si isteri wajib untuk mentaati suaminya selagimana apa yang diperintahkan itu tidak bercanggah dengan agama. Akhirnya, semoga ALLAH SWT mengurniakan kita suami yang soleh dan isteri yang solehah agar rumah tangga yang dibina itu mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH SWT. Amin.
Taatilah suamimu
Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadis yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadis (4163), 471/9]
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setelah dua tahun tidak meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, akhirnya tahun ini kita meraikan hari mulia ini dengan penuh rasa kesyukuran.
Hati mana yang tidak gembira dapat bersalam-salaman di pagi raya dan memakai baju raya bersama keluarga.
Namun siapa sangka pengumuman raya tahun ini mengejut apabila Hari Raya Aidilfitri di sambut pada hari Isnin 2 Mei 2022, sedangkan ramai yang menjangka pada 3 Mei 2022.
Sebagaimana perkongsian menarik ini oleh Yuhanis Azam, yang menceritakan walaupun hari raya dirai mengejut tetapi ia tetap meriah dan paling best!
Malah para warganet turut bersetuju dengan situasi ‘mengejut’ itu sehingga perkongsian ini mendapat share hinggga 21K!
Serious, raya tahun 2022 antara yang paling best. Nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa.
Bila raya diisytiharkan, pakat terkejut semua. Satu Malaya huru hara. Banyak sungguh elemen surprise. Bermula dari malam pengumuman raya.
Orang kata raya awai tak kalut, tapi kali ni semua pakat kalut.
Ada yang terlajak terawih 6 rakaat. Ada yang kait daun pisang tengah malam buta. Ada yang malam tu juga mesin rumput depan laman. Ada yang pagi raya jamah mee segera.
Kami pula, duk pakat habiskan stok mercun (Maaf ya jiran tetangga) Plan nak bakar lemang pagi Isnin, tapi lepas pengumuman terus hidup api, cari buluh, cari santan.
Duit kat ATM licin.
Kesesakan lalu lintas dari raya pertama sampai raya kelima. Stesen minyak di kawasan-kawasan pantai timur kehabisan minyak hingga banyak kereta tersadai.
Betul-betul meriah, betul-betul rasa macam raya. Kali ni jangan harap nak ikut kalendar 100%. Kena juga berkumpul tunggu pengumuman depan TV.
Raya tahun 2022 memang patut dibukukan. Memang betul-betul meninggalkan kesan. Satu hari nanti, kita boleh cerita kat anak cucu, bagaimana satu Malaya huru-hara di malam raya.
Apapun, antara sedar atau tidak, Allah himpunkan kita dengan nikmat dalam rahmat dan kasih sayangNya setelah dua tahun tidak dapat beraya.
Dalam suasana kelam kabut begini, Allah satukan kita semua. Memori indah tercipta tanpa diduga.
Terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan. Al-Fatihah pada yang telah pergi dahulu,
Yuhanis Azam, 8.5.2022, Raya Tahun 2022
Gambar : Gambar anak bulan yang buat kita semua huru-hara (sumber : Utusan Malaysia)
Bukan mudah untuk melepaskan insan yang disayangi kepada orang lain. lebih-lebih lagi sejak kecil sehinggalah dewasa, ditatang bagai minyak yang penuh. Namun, apabila tiba masanya semua ibu bapa harus berbuat demikian. Lebih-lebih lagi bila mana sampai jodoh si anak.
Kebiasaannya si ibu yang terlebih risau dan bimbang apabila memikirkan keadaan anaknya setelah berkahwin. Namun kisah ini terbalik apabila pengguna laman sosial ini yang mendedahkan screenshot perbualan bersama ayahnya.
Anak ayah dah kahwin!
Setiap hari ayah whatsApp, tanya masak apa
Menurut Natasshia, sejak 3 minggu berkahwin ayahnya merupakan insan sentiasa menghubunginya bertanyakan khabar menu apa yang ingin dimasak setiap hari.
Muat naik daripada gadis ini telah mendapat perhatian ramai, dan telah dikongsikan lebih 18 ribu ulang kicau (retweet) dan tanda suka (likes).
Kakak, dah start masak untuk suami dah?
Ayah bagi anak ayah lesung batu
Sebelum ini juga, ayah Nastasshia telah memberikannya barang perkakas dapur kepadanya seperti lesung batu, papan pemotong kepadanya.
“Semua anak abah yang kahwin abah bagi lesung batu!”
Selepas memuat naik perkongsian tersebut, rata-rata ramai yang telah memberikan komen memuji sikap ayah gadis ini. Menurut ramai, ayahnya mungkin sangat rindukannya.
Comelnya reaksi ayah dia!
Sebak, teringat kat arwah abah!
Ayah, lelaki pertama dalam hidup kita!
Tak kurang ada yang berkongsi pengalaman yang sama.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.