Lain ibu ayah, lain cara mereka dalam menguruskan anak-anak. Dalam pengurusan sekolah, ada ibu ayah yang lebih memilih untuk beri bekal sahaja untuk anak-anak berbanding duit belanja. Ada yang tidak berkesempatan dan hanya beri wang sahaja untuk mereka berbelanja sendiri. Malah ada juga yang membekalkan kedua-duanya, iaitu beri bekal dan wang belanja serentak.
Lumrah ibu bapa, pasti akan memantau perbelanjaan anak-anak lebih-lebih lagi apabila wang yang diberikan digunakan sampai habis. Begitu juga yang terjadi oleh pelakon Datin Almy Nadia yang berkongsi satu video di Instagram miliknya saat dia bersoal jawab dengan anak sulungnya, Afrina Arianna tentang wang jajan sekolah.
Apabila disoal semalam, barulah anak sulungnya Afrina Arianna bongkarkan sebahagian daripada jumlah wang tersebut diberi kepada rakannya dengan alasan tampak susah.
Apa yang peliknya, Arianna sendiri juga akui walhal kawan tersebut memang ada duit belanja sendiri tapi tetap minta kepadanya. Sambil menegur sikapnya agar jangan lembut hati sampai kena ‘pau’, Datin Almy Nadia turut nasihatkan hanya bantu jika seseorang murid itu betul-betul susah seperti langsung tidak makan.
Perkara ini perlu dipandang serius oleh ibu bapa lain apabila Tasha Manshahar yang juga selebriti yang kini berkhidmat sebagai pendidik membuka mulut bahawa isu ini memang berleluasa di kebanyakan sekolah. Dalam pada itu, ibu bapa lain turut mengakui anak-anak mereka turut berikan alasan yang lebih kurang sama seperti Afrina Arianna.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diduga dengan pelbagai ujian sebelum ini, pengacara jelita, Amyra Rosli bagaimana pun tidak mengeluh, sebaliknya dia menganggap apa yang berlaku adalah takdir Yang Maha Esa.
Bermula dengan kesihatan diri sendiri diuji dek penyakit misteri, situasi kian merumit bila mana anak keduanya, Ayra Aryssa pula menghidap penyakit keradangan saluran darah dikenali dengan nama Kawasaki.
Namun,semuanya ditempuhi dengan penuh reda dan sesekali tidak melemahkan dirinya.
Mendung hitam berarak ,datang pula cahaya indah yang menyinari isteri kesayangan Amar Baharin ini.
Hos Nona itu baru-baru ini dipilih Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 atau Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards.
Terbaru, dia disunting pula sebagai wajah kempen tudung, MINAZ Blooming Adha 2022, Kembara Cinta untuk sambutan Aidiladha.
“Benar, ujian yang tiba mematangkan diri. Allah uji kita, tanda sayang. Begitulah resam kehidupan. Tuhan menguji kita takkan berhenti.
“Di sebalik semua kepahitan dan pergelutan itu, saya beroleh kemanisan. Dalam kesibukan mengacara Nona dan memberi tumpuan keluarga, saya yang setahun jagung jadi pengacara diiktiraf.
“Kemudian, rezeki menerpa apabila MINAZ menawarkan kerjasama untuk kempen ini,” kata Amyra.
Pemilik nama penuh, Nur Amira Izzati Rosli ini tertarik dengan tema diketengahkan.
“Kembara Cinta yang dipilih untuk kempen raya haji ini bagai tepat memberikan terjemahan apa yang saya lalui sejak lebih 13 tahun menceburi liga seni.
“Termasuk ketika diuji, saya sedar ramai sayang dan cinta diri ini,” katanya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pendarahan di awal trimester kehamilan sememangnya begitu membimbangkan. Risau janin masih belum kuat dan masalah lain pula yang akan timbul kelak. Apa sebabnya hal ini terjadi?
Adakah darah ini normal atau berbahaya? Pendarahan faraj semasa hamil trimester pertama adalah perkara biasa.
Dianggarkan lebih 20% kehamilan mengalami pendarahan ringan atau tompokan darah semasa mengandung dan kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini dapat melalui kehamilan sihat.
Pendarahan implantasi
Selalunya punca darah keluar semasa hamil yang berlaku adalah tidak berbahaya walaupun sebelum seseorang individu tersebut menyedari diri sedang mengandung.
Biasanya pendarahan ini terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi.
Tanda-tanda pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan atau tompokan di sekitar tempoh jangkaan kedatangan haid. Namun tidak semua wanita akan melaluinya.
Umumnya istilah tompokan ini biasanya merujuk kepada beberapa titik darah dan tidak menutupi keseluruhan tuala wanita atau panty liner.
Punca pendarahan berat semasa awal kehamilan
Pendarahan faraj semasa awal kehamilan kadangkala menunjukkan masalah yang serius, seperti:
Keguguran
-Pendarahan, sakit perut dan sakit belakang adalah tanda biasa keguguran
-Pemeriksaan menunjukkan bahawa serviks terbuka
– Tisu mungkin tertolak keluar melalui serviks dan faraj
Kehamilan molar
– Keabnormalan persenyawaan yang mengakibatkan pertumbuhan tisu abnormal dalam rahim.
– Kehamilan molar bukanlah kehamilan biasa, tetapi pertumbuhan dalam rahim membawa kepada gejala tipikal kehamilan awal
– Bagi kehamilan molar separa, terdapat pertumbuhan tisu tidak normal bersama kehadiran janin yang mengalami kecacatan kelahiran teruk
Kehamilan ektopik
– Pendarahan faraj ringan dan sakit perut yang semakin meningkat mungkin menunjukkan kehadiran kehamilan ektopik
– Merupakan kehamilan luar rahim di mana telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim
– Untuk kehamilan jenis ini, embrio berada di dalam salah satu tiub fallopio. Apabila kehamilan membesar, tiub akan mengembang dan sakit perut akan menjadi teruk
– Dalam sesetengah kes, ia boleh memecahkan tiub fallopio sehingga mengakibatkan kehilangan darah yang banyak
Pendarahan subchorionic
– Dalam keadaan ini darah terkumpul di antara kantung kehamilan dan dinding rahim
– Ada kalanya, darah beku dalam rahim boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrabunyi
– Biasanya badan akan menyerap semula bekuan darah ini, namun terdapat juga darah lama atau beku yang mengalir keluar daripada faraj.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Musim cuti sekolah ini apa kata mak ayah dedahkan anak dengan pelbagai eksperimen sains yang besar manfaatnya buat anak-anak kecil kita.
Selain mengasah daya kreatif anak-anak, percubaan sebegini buat anak lebih berani malah membantu anak lebih berdaya saing sehingga ekperimen yang dijalankan berhasil.
Jadi ini antara eksperimen yang boleh dicuba buat anak-anak di rumah. Bantu mereka jadi berani dan kreatif.
Berikut adalah beberapa eksperimen sains yang seronok dan mudah untuk anak berumur 7-10 tahun. Setiap eksperimen ini menggunakan bahan yang mudah didapati di rumah:
1. Volcano Mini (Gunung Berapi Mini)
Bahan-bahan:
Baking soda
Cuka
Pewarna makanan (optional)
Bekas kecil (seperti botol atau cawan)
Cara-cara:
Letakkan baking soda ke dalam bekas kecil.
Tambahkan sedikit pewarna makanan jika mahu.
Tuangkan cuka ke dalam bekas yang mengandungi baking soda dan lihat “letupan” berwarna yang terjadi.
Apa yang berlaku: Reaksi kimia antara baking soda (sodium bikarbonat) dan cuka (asid asetik) menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan buih “letupan” keluar dari bekas.
2. Slime DIY (Slime Buatan Sendiri)
Bahan-bahan:
Gam putih (PVA glue)
Bicarbonate soda (baking soda)
Penyelesaian salin (saline solution)
Pewarna makanan (optional)
Cara-cara:
Campurkan gam putih dengan sedikit pewarna makanan dalam mangkuk.
Tambahkan sedikit baking soda dan kacau hingga sebati.
Akhirnya, tambah penyelesaian salin sedikit demi sedikit dan teruskan kacau hingga slime terbentuk.
Apa yang berlaku: Penyelesaian salin membantu mengubah tekstur gam menjadi slime yang kenyal dan boleh dimainkan.
3. Eksperimen Magnet dan Logam
Bahan-bahan:
Magnet
Pelbagai jenis bahan (kertas, plastik, logam seperti paku, duit syiling, dan lain-lain)
Cara-cara:
Ambil magnet dan cuba tarik objek-objek yang berbeza.
Anak boleh cuba mengasingkan bahan yang boleh ditarik oleh magnet (logam) dan yang tidak boleh (seperti plastik atau kayu).
Apa yang berlaku: Magnet hanya akan menarik bahan yang mempunyai sifat magnetik, seperti logam besi dan keluli.
Gambar hiasan
4. Labu Terapung (Floating Pumpkin)
Bahan-bahan:
Labu kecil atau buah oren
Air
Garam
Cara-cara:
Isi mangkuk besar dengan air.
Letakkan labu atau buah oren ke dalam air dan lihat sama ada ia terapung.
Kemudian, tambah garam sedikit demi sedikit ke dalam air dan lihat apa yang berlaku pada labu tersebut.
Apa yang berlaku: Apabila garam ditambah, kepadatan air meningkat, menyebabkan labu terapung lebih tinggi kerana air menjadi lebih padat.
5. Tiang Air (Water Pillar)
Bahan-bahan:
Air
Pewarna makanan
Satu gelas dan beberapa bekas kecil
Penyedut minuman
Cara-cara:
Isi beberapa bekas dengan air berwarna menggunakan pewarna makanan.
Gunakan penyedut minuman dan letakkan di dalam gelas, kemudian ambil air dari bekas lain dan lihat bagaimana air berpindah melalui penyedut.
Apa yang berlaku: Ini menunjukkan konsep “capillary action” atau tindakan kapilari di mana air bergerak melalui saluran sempit (seperti penyedut minuman).
Sabun pencuci pinggan
Air
Minyak bayi
Tiub buih (bubble wand)
Cara-cara:
Campurkan air dengan sedikit sabun pencuci pinggan dan sedikit minyak bayi untuk menghasilkan buih yang lebih tahan lama.
Embunkan tiub buih di luar rumah dalam cuaca sejuk dan cuba buat buih. Lihat bagaimana buih boleh beku di udara jika suhu cukup rendah.
Apa yang berlaku: Di dalam cuaca yang sangat sejuk, buih akan membeku dan menghasilkan bentuk kristal ais yang menarik.
Eksperimen-eksperimen ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar tentang sains dengan cara yang praktikal dan menyeronokkan!
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.