Dugaan Betul. Isteri Bazli UNIC Kongsi Resipi Air Vanilla Fancy. Memang Kaw!

Share

Semenjak bulan puasa ni, ramai pula yang rajin berkongsi resipi masakan di media sosial. Tak ketinggalan juga, Kak Asiah yang merupakan isteri kepada salah seorang penyanyi kumpulan UNIC, Bazli turut kerap memuat naik video pelbagai jenis masakan dan minuman yang menarik.

Air vanilla fancy, salah satu resipi unik dan mudah telah dikongsikan olehnya ini nampaknya mendapat sambutan ramai di Tik Tok. Tak sampai 5 minit dah boleh dihidang, sangatlah sesuai minum waktu berbuka. Katanya lagi, air ini sangat disyorkan untuk cuba pada keluarga.

AIR VANILA FANCY 

Bahan-bahan :

  1. Air hijau F&N
  2. Susu cair
  3. Aiskrim Vanilla

Cara Penyediaan :

– Masukkan ais batu.

– Satukan air hijau dan susu cair.

– Masukkan aiskrim Vanilla.

– Kemudian kacau sekata.

– Siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba!

Sumber: Kak Asiah