Semenjak bulan puasa ni, ramai pula yang rajin berkongsi resipi masakan di media sosial. Tak ketinggalan juga, Kak Asiah yang merupakan isteri kepada salah seorang penyanyi kumpulan UNIC, Bazli turut kerap memuat naik video pelbagai jenis masakan dan minuman yang menarik.
Air vanilla fancy, salah satu resipi unik dan mudah telah dikongsikan olehnya ini nampaknya mendapat sambutan ramai di Tik Tok. Tak sampai 5 minit dah boleh dihidang, sangatlah sesuai minum waktu berbuka. Katanya lagi, air ini sangat disyorkan untuk cuba pada keluarga.
AIR VANILA FANCY
Bahan-bahan :
- Air hijau F&N
- Susu cair
- Aiskrim Vanilla
Cara Penyediaan :
– Masukkan ais batu.
– Satukan air hijau dan susu cair.
– Masukkan aiskrim Vanilla.
– Kemudian kacau sekata.
– Siap untuk dihidang.
Selamat Mencuba!
Sumber: Kak Asiah
Tanam Ulam Selom Paling Mudah, Rendam Batang & Lepas Seminggu Keluar Akar. Rahsianya Kena Ketuk Bawang Merah!
Nak tanam sendiri ulam Selom? TYak ada masalah, semuanya kini cukup mudah. Dengan adanya perkongsian di media sosial, ibu-ibu dah boleh cuba sendiri di rumah. Tak perlu pun tanah , guna polestrin je. Cukup mudah dengan kaedah yang dikongsikan oleh puan Ummi Ain.
Selamat mencuba!
Selom…. antara ulam yang saya gemar. Ni cara saya tanam semula batang ulam selom. Mungkin cara ni sesuai untuk yang berkebun tepi dapur & tiada kawasan. Daun kesum pun saya buat cara macam ni. Lebih mudah hidup.
1. Potong daun yang hendak dimakan. Kalau beleh tinggalkan daun pucuk yang paling kecil sekali. Tapi kalau xde pun ok juga sebab akan keluar pucuk baru cuma mungkin ambil masa lebih lama sikit untuk keluar pucuk baru
2. Rendam batang selom tadi dalam air. Saya letak sikit serbuk akar. Kalau tak letak pun tak pe
3. Biasanya lepas seminggu akan mula keluar akar (boleh ketuk sikit bawang merah campur dlm air klu tiada serbuk akar)
4. Bila dah ada akar, barulah cucuk ke tanah. In shaa Allah, lebih mudah hidup. Saya tanam dalam polisterin je. Ada juga polisterin yang tiada lubang & saya lubangkan tinggi sikit dari paras tanah. Yang ada lubang saya akan siram lebih sikit sbb daun selom suka tanah yang lembap.
5. Seminggu sekali saya boh baja. Apa2 baja pun boleh. Ikut apa yg saya ada. Baja saya guna semua yg organik.
Sekarang saya x pernah beli ulam selom sbb dah banyak saya tanam. Alhamdulillah. Cukuplah untuk makan sendiri, jamu kawan2 & juga kalau jiran2 nak.
Rupanya Kena Letak Kertas Atas Kek. Barulah Cantik Elok,Tak Hangus Bahagian Atasnya!
Kek chiffon pandan memang enak dan sering menjadi antara hidangan kek yang disediakan oleh mak-mak kita dahulu. Menariknya juga ketika membakar kek ini, baunya sangat harum dan membuatkan kita teruja untuk menikmatinya tanpa mahu menunggu lama.
Pun begitu untuk mendapatkan kek chiffon yang dibakar sempurna dan tidak terlihat hangus, ada trik dan teknik yang boleh anda praktikkan semasa membakarnya di dalam oven. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Khatijah Mamat di group masakan dan bolehlah dijadikan panduan buat yang ingin mencuba menyediakan menu istimewa ini.
Ternyata kek yang dibakar nampak begitu cantik dan gebu sekali. Selain berkongsi tip, di sini turut disertakan resipi untuk dicuba.
Ini perkongsiannya.
KEK CHIFFON
Resepi
1. Telur 6 biji (asingkan putih dan kuning)
Bahagian A
1. 6 biji Telur kuning (pukul)
2. Masukkan minyak jagung ( 60 ml)
3. Masukkan santan yg dicampur perisa pandan (60 ml)
4. Masukkan tepung naik sendiri (1 cawan)
* pukul sebati bahan atas
Bahagian B
1. 6 biji telur putih (putar sampai berbuih)
2. Masukkan cream tartar (1 sudu kecil)
3. Masukkan gula 2/3 cawan, sedikit2 dalam 3 kali
* putar sehingga berkilat dan bila terbalik tak jatuh
Satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati…kacau manja-manja je…tuang dalam loyang
* loyang tak perlu sapu planta.
*Bakar suhu 170, 40 minit…bergantung oven masing-masing
Tip
* Dah bakar kek, agak-agak nampak kek macam dah coklat, letak kertas kat atas, supaya bahagian atas tak hangus
*Dah masak angkat terbalikkan loyang kek sehingga sejuk, baru boleh keluarkan kek
* Cara keluarkan kek dari loyang, guna tangan sahaja…tarik slow-slow dan sangat lemah lembut..sehingga kek lekang dari loyang..
Sumber : Khatijah Mamat via MAHN
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tidak Mahu Bau Hapak Melekat Pada Bekas Simpan Makanan, Ibu-Ibu Cuba Cara Mudah Ini!
Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah yang mahu memudahkan kerja dapur, pasti banyak bahan mentah yang telah dipersiapkan lebih awal. Mengisar cili, bawang merah dan bawang putih juga kisaran bahan-bahan lain pastinya amat membantu kerja-kerja memasak anda.
Semua bahan ini mungkin sudah disiapkan awal hujung minggu. Namun yang membuatkan kita malas untuk meletakkan kesemua bahan ini dalam bekas plastik adalah disebabkan bau yang ditinggalkannya.
Bau bekas plastik ini seakan berbau hapak dan kurang enak walaupun telah dicuci berkali-kali. Lebih-lebih lagi apabila makanan jenis berminyak dan bertambah sukar untuk dicuci. Bagaimana mengatasinya masalah bau ini?
Roti
Kepingan roti putih ini sangat banyak kegunaannya pada kita. Selain meletakkan di dalam kereta yang baru di beli, roti putih ini juga boleh anda letakkan di dalam bekas plastik yang sudahpun dicuci. Carik-carikkan roti di dalamnya dan tutup kemas. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya.
Garam
Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan rasa dan bau yang terperangkap di dalam bekas plastik. Ambil satu sudu makan garam dan masukkan ke dalam bekas plastik berkenaan. Tutup dan goncang supaya seluruh kawasannya terkena garam. Biarkan seketika. Ia bukan hanya menghilangkan kesan makanan yang terperangkap bahkan juga menghilangkan baunya.
Lemon
Rendaman lemon dengan air panas juga dikatakan baik untuk menghilangkan masalah bau ini. Biarkan seketika asid masam lemon meresapkan baunya dan lihatlah hasilnya.
Kopi
Selain garam dan roti, kopi juga merupakan salah satu cara bijak menghilangkan bau. Kopi membantu menyerapkan bau yang tertinggal. Masukkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalam bekas yang berbau dan tutup. Biarkan beberapa hari, kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Kertas Surat Khabar
Pilihan terakhir adalah menggunakan kertas surat khabar. Ramas beberapa helaian surat khabar kemudian celupkan dengan sedikit air. Letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutuplah kemas. Biarkan selama beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung di dalam kertas surat khabar mampu menyerap bau dari bekas plastik ini. Selamat mencuba.