Duduk Rumah Flat, Tapi Macam-macam Sayur Boleh Ditanamnya. Ni Rahsianya!

Share

Siapa kata tinggal di rumah flat ataupun apartmen tak boleh bercucuk tanam?

Rupa-rupanya memang boleh dangat dan ini dibuktikan oleh Cnioryta Orkid yang tinggal di rumah flat.

Bukan sepokok dua ditanam olehnya  bahkan pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam di dalam. Kesemuanya nampak subur malah cantik pula bila digantung kemas.

Hye As-salamu’alaikum…
Dok rumah flat tak de laman, ni salah satu kaedah nya..selain self – watering, saya guna cara gantung juga..gantung kat ampai baju je.

Saya sertakan cara2 nya, #silakan jika membantu..

Step 1 :Sediakan pasu dan anak benih

step 2 : Ini sabut kelapa, saya alas bawah pasu supaya bila siram media tanam tidak turun ikut lubang.

Step 3 : Masukkan cocopeat

Step 4 : Saya semai guna cawan minuman ni. Bila nak transplant saya korek media tanam dan ukur cawan dulu.

 

step 5 : Jadi seperti ini.

 

Step 6 : Masukkan terus  dalam lubang dah dikorek tadi.

 

Step 7 : Tutuplah dengan serpihan kayu. Selain menutup permukaan, dia juga bertujuan menyokong anak benih.

Step 8: Gantung dan tunggulah 3 minggu ++

Moga bermanfaat

Media tanam :coopeat 100%

Baja :antaranya AB, baja kopi amino 888, ezigrow & tinja ayam dah proses. Guna ikot keperluan ya. Ada juga guna baja buat sendiri MOL BAWANG..

Yg bulat2 tu LECA tujuan untuk tutup permukaan media tanam supaya tak cepat kering, disebabkan saya guna cocopeat yang mana sifat cocopeat cepat kering.. Sama juga lah fungsinya dengan serpih2 kayu tu..

 

sumber : Cnioryta Orkid via Berkebun D Rumah