
Siapa kata tinggal di rumah flat ataupun apartmen tak boleh bercucuk tanam?
Rupa-rupanya memang boleh dangat dan ini dibuktikan oleh Cnioryta Orkid yang tinggal di rumah flat.
Bukan sepokok dua ditanam olehnya bahkan pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam di dalam. Kesemuanya nampak subur malah cantik pula bila digantung kemas.
Hye As-salamu’alaikum…
Dok rumah flat tak de laman, ni salah satu kaedah nya..selain self – watering, saya guna cara gantung juga..gantung kat ampai baju je.
Saya sertakan cara2 nya, #silakan jika membantu..
Step 1 :Sediakan pasu dan anak benih
step 2 : Ini sabut kelapa, saya alas bawah pasu supaya bila siram media tanam tidak turun ikut lubang.
Step 3 : Masukkan cocopeat
Step 4 : Saya semai guna cawan minuman ni. Bila nak transplant saya korek media tanam dan ukur cawan dulu.
step 5 : Jadi seperti ini.
Step 6 : Masukkan terus dalam lubang dah dikorek tadi.
Step 7 : Tutuplah dengan serpihan kayu. Selain menutup permukaan, dia juga bertujuan menyokong anak benih.
Step 8: Gantung dan tunggulah 3 minggu ++
Moga bermanfaat
Media tanam :coopeat 100%
Baja :antaranya AB, baja kopi amino 888, ezigrow & tinja ayam dah proses. Guna ikot keperluan ya. Ada juga guna baja buat sendiri MOL BAWANG..
Yg bulat2 tu LECA tujuan untuk tutup permukaan media tanam supaya tak cepat kering, disebabkan saya guna cocopeat yang mana sifat cocopeat cepat kering.. Sama juga lah fungsinya dengan serpih2 kayu tu..
sumber : Cnioryta Orkid via Berkebun D Rumah
Siapa ni? Cari siapa?’ – Ayah sakit Strok, Inilah Yang Azizul Hasni Lalui. Sedihnya Baca Luahan Hati Pelumba Negara Ini!

Anak mana yang sanggup melihat ibu dan ayah sakit kan. Lebih-lebih lagi apabila tinggal berjauhan dan jarang berjumpa kerana ada komitmen lain.
Demikian juga dengan jaguh sukan pelumba basikal trek profesional Malaysia ini. Rupa-rupnya , disebalik beliau bertungkus lumus mengharumkan nama negara di luar negara, dia terpaksa berkorban berjauhan dengan ayahnya yang sedang sakit.
Sebagai anak lelaki dalm keluarga, bukan mudah membuat keputusan namun dek kerana negara dia terpaksa berkorban. Kisah sedih ini dikongsi oleh Azizul Hasni Awang menerusi laman Instagram baru-baru ini.
Rupa-rupanya, ayah Azizul Hasni mengalami Minor Strok beberapa bulan sebelum beliau ke China untuk kejohanan sukan trek berbasikal. Usai pulang dari Sukan tersebut, Azizul Hasni turut menziarahi keluarganya di Dungun namun keadaan ayahnya tetap sama.
Tidak mengenali anaknya ini tetapi ingatannya masih samar-samar setelah atlet ini menceritakan semula tentang dirinya.
View this post on InstagramA post shared by Azizul Awang (@azizulawangofficial) on
Ketika tiba di muka pintu dan memberi salam, air mata attlet ini mula mengalir apabila melihat reaksi ayahnya.
‘Siapa ni? Cari siapa?’ Itulah pertanyaan ayahnya seola-olah tidak mengenali wajah anaknya itu tetapi masih mengenal suara Azizul hasni.
“Saya cuba yakin ayah dengan pelbagai cerita dan gambar untuk memulihkan ingatannya namun memori itu hanya seketika. Dia kemudiannya mula bertanyakan ‘Duduk dekat mana? Isteri nama apa? dan anak dah berapa?…
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya, saya jarang ada masa bersamanya kerana komitmen saya,” cerita Azizul menerusi kapsyennya di dalam instagram.
View this post on InstagramA post shared by Azizul Awang (@azizulawangofficial) on
“Ayoh adalah kekuatan untuk saya teruskan berjuang sepanjang dalam bidang ini. Ini bukan muidah tetapi saya berharap ia akan berbaloi.
Azizul Awang tetap berdoa untuk ayahnya itu dan dia percaya ayah pasti bangga dengan kejayaan yang telah dicapainya buat negara dan keluarga.
Semoga dipermudahkan urusan Azizul dan ayahnya kembali pulih.
Sumber: IG azizulawangofficial
Hidup Bahagia Dengan Keluarga, Itu Nikmat Yang Tiada Ternilai! Wanita Ni Kongsikannya.

Hidup ini penuh dengan jalan ceritanya yang berbeza. Ada yang hidup senang, ada yang hidup bersederhana dan tidak kurang diuji dengan perjalanan hidup yang penuh kesukarannya.
Perkongsian daripada wanita ini menarik juga untuk kita fahami agar lebih menginsafi diri. Jom semak.
Ada orang memilih untuk hidup susah walaupun ada pilihan untuk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang untuk spend the money.. Takpe lah.. Dia bahagia cara dia.
Ada orang memilih untuk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu untuk melancong, kenal negara orang..takpe lah..
Bahagia cara dia…
Ada orang memilih untuk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. Alhamdulillah dia bahagia cara dia..
Ada orang memilih untuk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dalam bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. Takpe lah dia bahagia cara dia..
Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yang diberikan orang, hidup dalam serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat bahagia bersama keluarga tersayang.
Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH..
Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa DIRI KITA SAHAJA BETUL.
Sumber : Shikin Ahmad
“Pernah Diisytihar Bankrap, Kutip Syiling Beli Telur & Beras.” Konsep ‘Memberi Semula’ Sudirman Menjadi, Cipta Kejayaan Lahirkan 8 Jutawan.

Perjalanannya dalam dunia bisnes tidak semudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa dilaluinya sebelum menempa kejayaan pada hari ini.
Ibarat jatuh terduduk, beliau sebelum ini pernah mengalami zaman kejatuhan sehinggakan diisytiharkan bankrap. Dek kerana itu jugalah beliau tidak boleh menggunakan nama sendiri untuk mendaftar syarikat, sebaliknya terpaksa menggunakan nama orang lain.
Enggan mengalah dengan situasi tersebut, jauh sekali berputus asa, sebaliknya beliau terus bangkit dari kegagalan lalu. Bermula dengan zero kos dalam tempoh dua tahun, bisnesnya mula melonjak. kini beliau boleh berbangga sudah memiliki 10000 pengedar dalam tempoh yang singkat.
Demikian serba sedikit mengenai personaliti yang juga Ketua Pengarah Urusan Rezekifajar merangkap pengasas In3Tree, Sudirman Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan CS. Menjenamakan produk makanan khas untuk pelajar dan kanak-kanak berusia tiga hingga 20 tahun iaitu In3Tree, ternyata jejaka berumur 35 tahun ini kian dikenali ramai.
“Waktu bekerja sebagai guru sebelum ini, saya ada membuat pinjaman. Tetapi selepas berhenti kerja, saya terlupa nak sambung bayar sehinggalah diisytihar bankrup pada tahun 2016.
“Walaupun sudah selesai membayar, namun mengambil masa yang agak lama untuk nama saya dikeluarkan dari senarai. Sebelum ini saya nak menunaikan umrah terpaksa mengeluarkan surat meminta kebenaran untuk keluar negara.
“Ketika diuji dengan masalah kewangan dan tiada sumber pendapatan ketika itu, saya enggan berkongsi hal tersebut pada orang lain termasuklah ahli keluarga sendiri. Sebaliknya saya mengambil pendekatan mendiamkan diri.
“Bayangkan waktu itu, saya terpaksa kutip duit-duit syiling atas almari lalu kumpulkan untuk dibelanjakan bagi membeli beras dan telur selama empat bulan. Malah,demi berjimat, sebiji telur tu saya pecahkan dalam cawan dan bahagi dua. Saya gunakan sumber makanan itu selama empat, lima bulan sebelum In3Tree keluar,” jelas graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling ini.
Beliau yang ditemui dalam satu majlis meraikan kejayaan pengedar serta pengguna In3tree sekali gus meraikan ulang tahun ke-2 In3tree. Percaya dengan konsep ‘memberi semula’, CS juga yakin kaedah yang dipraktikkan itu akan lebih banyak apabila kita selalu memberi.
“Saya mengamalkan konsep memberi pulangan 10 peratus daripada pendapatan yang diperoleh kepada ahli di dalam perniagaannya. Alhamdulillah, sepanjang dua tahun menjalankan perniagaan, kami sudah punya 10,000 pengedar. Bayangkan dulu saya memulakan bisnes ini tanpa modal jauh sekali mendapatkan pinjaman bank.
“Mungkin sudah tertulis rezeki memihak pada saya dalam bidang ini. Bayangkan saya memulakan bisnes ini dengan berbekalkan kepercayaan 138 orang stokis walaupun ketika itu yang saya ada hanyalah sekadar kertas kerja dan perancangan tentang produk tersebut. namun mereka cukup yakin dan percaya, produk tersebut boleh pergi jauh.
Menurut CS lagi, al-Quran banyak membantu dalam ‘menyuluh’ dalam mencari jalan yang betul.
‘Waktu diri dihujani masalah dan saya menjadi buntu, saya serahkan segalanya kepada Dia Yang Satu. Saya bangun setiap subuh dan bertahajud selain membaca terjemahan al-Quran. Daripada situ saya mendapat jawapan yang selama ini dicari-cari.
“Untuk yang aktif dalam bisnes dan apabila buntu, kembalilah kepada al-Quran kerana di dalamnya tersingkap pelbagai mukjizat termasuklah mengandungi rahsia bagaimana mengelakkan kerugian dalam bisnes.
Meletakkan sasaran jualan RM50 juta untuk tahun 2019, pihak syarikat juga turut menawarkan Toyota Camry dan Toyota Vios bagi pengedar yang mencapai sasaran jualan.
Selain berjaya melahrikan 8 jutawan, beliau juga turut menganjurkan ‘Apprentice Junior’ khusus untuk mereka yang berumur 28 tahun ke bawah dan belum berkahwin. Modul ini dibina khas untuk membantu belia dan perlu dibuat secara sepenuh masa.
Adat berniaga, pasti ada ‘trial and error’, jelas CS lagi, pengalaman yang cetek dalam bidang tersebut membuatkannya melakukan kesilapan.
“Sebelum ini saya hanya tahu berniaga tapi tidak merancang. Saya buat duit tapi tidak tahu menambahkannya. Setelah saya sedar, barulah saya ambil inisiatif untuk anjurkan seminar dan ajar usahawan untuk melabur dalam hartanah dan sebagainya.
“Cuma saya ingin berpesan, dalam bisnes jangan beli kereta mewah masa awal berniaga. Jangan jadi macam saya dulu. Usahakan untuk melabur dulu dan jalankan perniagaan dalam laluan yang betul dan bayar cukai. Bila dah berjaya, barulah beli kereta idaman,” ujarnya lagi sambil memberitahu In3tree mula ditubuhkan pada Februari 2017.