Duduk Rumah Anak Asyik Minta Makan. Buat Stok Popia Begedil, Bila Nak Makan Goreng Je!

Share

Selalu kalau buat popia goreng, wktu menggulung intinya habis, popianya banyak lagi baki. Betul tak?

Nak repeat buat dah rasa bosan pula makan benda yang sama je!

Haa apa kata cuba resipi mudah ni, popia begedil resipi dari ceksal kitchen. Bahan-bahannya mudah je, yang penting tak payah susah-susah nak beli tauhu kering dah sebab guna kulit popia tu je! Jom cuba!

RESEPI POPIA BEGEDIL

Bergedil daging

Bahan-bahan:
300 gram kentang
100 gram daging kisar @ daging burger
sudu teh lada sulah
Serbuk perasa
Setangkai daun bawang – hiris
Garam secukup rasa
bawang goreng
Minyak masak untuk goreng terendam
kulit popia

bahan salut:
2 biji telur – pukul

Cara Penyediaan:
Rebus kentang hingga empuk klo nak goreng dlu pun boleh..goreng nty begedil tak.lembik sangat..
Setelah sejuk, lenyek hingga halus.
Campurkan kentang yang telah lenyek dengan daging kisar, daun bawang dan garam ke dalam mangkuk.
Gaul hingga rata. balut dgn kulit popia..

Panaskan minyak dalam kuali.
celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Sambal kicap : Cili padi , kicap , gula & bawang putih diblender sekali.