Duduk Di Rumah Bukan Hanya Perintah Kawalan Pergerakan Tapi Perintah Kawalan Perbelanjaan Juga. Muhasabah Diri!

Share

Penangan Wabak Conavirus atau COVID-19 benar-benar mengubah landskap ekonomi negara. Turut terkena tempias pastinya rakyat jelata. Justeru, setiap keluarga disarankan berjimat dan elakkan pembaziran.

Justeru, langkah penjimatan harus dilaksanakan bagi memastikan perbelanjaan keluarga dapat diseimbangkan. Ini antara saranan yang dikongsikan oleh puan Hajah Rohani binti Datuk Hj Mohd Shahir yang merupakan Pengasas serta Perunding Utama , HIJRAHWEALTH Management Sdn Bhd.

“Sewaktu wabak COVID-19 melanda, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac sehingga 31 Mac sebelum disambung lagi sehingga 14 April ini. Semua dinasihatkan berada di rumah. Waktu ini, minyak kereta dah kurang berjalan malah ramai yang tidak bekerja. Jadi,  dianggarkan sekurang kurangnya setengah bulan punya perbelanjaan minyak dapat dijimatkan. Bukan hanya tidak keluar bekerja malah kurang sangat bersiar siar atau berkunjung ke luar negeri  atau negara.

“Perbelanjaan makan di luar pun pasti berkurangan, jika dulu keluar setiap minggu pun, sekarang dah 2 hujung minggu tak maka di luar. Malah, perbelanjaan membeli belah semasa jualan murah di pusat membeli belah juga berkurangan sebab sudah tak keluar. Tetapi bahayanya duduk di rumah takut berbelanja “online”, ini harus dikawal juga bukan hanya perintah kawalan pergerakan tapi Perintah Kawalan Perbelanjaan juga.

Bagaimana nak pastikan duit perbelanjaan ada lebihan? Ini tak susah untuk dilakukan. Pindahkan duit gaji bulanan anda sekurang2 nya 10% pada awal bulan. Dapat saja gaji terus buat online banking pindah ke akaun pelaburan atau tabungan yang tidak ada kaedah pengeluaran melalui kad ATM.

“Apabila kita nak keluarkan duit seterusnya untuk berbelanja dah kena pandai “adjust” sendiri dengan apa yang ada. Secara tak langsung kaedah ini dapat membantu anda berjimat dan merancangkan kewangan keluarga,” Ujar Puan Rohani yang turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Khadijah International Waqf (L) Foundation & Naib Pengerusi Majlis Wanita Rahmah Malaysia (MAWAR/YADIM).

Tidak dinafikan, jika dibandingkan dengan kaum lelaki, kaum wanita ada kelebihan dalam bab berjimat dan menyimpan. Walaupun tidak semua, namun pendapat ini ada benarnya.

“Seperti yang kita sedia maklum suri rumah selalunya pandai menyimpan contohnya punyai duit sorok yang hanya dia tahu. Sekarang, ubah kaedah itu, selamatkan semua duit sorok anda dan masukkan dalam akaun SSPNi ke, Tabung Haji ke, atau akaun emas. Jika tidak dilakukan demikian takut kita yang pada awalnya sorokkan duit tu, pandai pula cari nya kembali.

“Fikirkan juga cara penjimatan dan ambil masa perintah “berkurung di rumah” sebelum ini untuk bersama pasangan dan senaraikan perbelanjaan untuk melihat “pattern” nya. Sekarang dengan system online banking mudah nak ikuti tren perbelanjaan .Muhasabah lah bersama di mana ada ruang penjimatan.

Jelas Puan Rohani lagi, ada beberapa bulan untuk dikumpulkan sedikit demi sedikit kewangan anda supaya tidak sesak kewangan nanti. Belajar menjahit melalui You tube atau buat kuih raya dan juadah raya.Panduan/tip berbelanja dengan berhemah di musim kegawatan ekonomi.

  • Beli apa yang PERLU berbanding apa yang anda MAHU, bincang dengan ahli keluarga maksud kedua perkataan ini dan implikasi kewangannya.
  • Elakkan dari mengganti sesuatu barangan jika masih boleh dibaiki-contoh kerusi sofa anda Nampak suram, mungkin boleh ditukar fabric nya dari membeli yang baru.
  • Baju juga boleh ditambah hiasan yang dapat di seterika keatas untuk naikkan seri dari membeli baju baru,sama juga dengan kasut boleh ditambah aksesori.
  • Elakkan dari terpaut ke jenama sehingga tudung anda pun tak boleh tukar jenama, ini satu pembaziran.
  • Amalkan pemakanan sihat dan kurangkan makan diluar serta tingkatkan amalan berpuasa sunat.