Pasangan mana tidak kesepian jika salah seorangnya tiada terutamanya yang sudah hidup bertahun-tahun bersama.
“Sejak arwah ayah tak ada, macam ni la mak hari-hari. Duduk atas katil arwah sambil pandang kubur ayah di depan rumah,” tulis seorang wanita pada kapsyen video tular di aplikasi TikTok.
Menurut Zalida Ainie, 29, ibunya iaitu Dawiah Sapiai, 54, setiap hari akan duduk di atas katil arwah bapanya sambil termenung ke arah tanah perkuburan yang terletak di hadapan rumah mereka.
@zalida_ainieMama nak simpam kenangan kat sini .. Semoga mama pom boleh jadi macam mak.. sanggup susah dan senang sama2 .. Al-fatihah untk ayah .. Allhamdullilah mak dan adik beradik sangat puas hati jaga ayah selama ayah sakit ..
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata bapanya meninggal dunia selepas tujuh tahun terlantar gara-gara diserang kanser hati.
“Arwah ayah sakit kanser hati dengan ketumbuhan dekat kepala. Sakit sejak tahun 2016. Dia memang terlantar di rumah, badannya tak boleh bergerak dari paras dada ke bawah.
Semenja arwah ayahnya sakit, ibulah yang tanpa jemu menjaga ayah siang dan malam.
Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini
“Selama tujuh tahun sakit, memang mak yang uruskan ayah, suap ayah makan. Lepas dua ke tiga tahun sakit, ayah dah boleh makan sendiri, tapi tetap kena bangunkan dia dulu.
“Selepas ayah meninggal, mak suka duduk atas katil arwah ayah kat tepi tingkap. Rumah kami betul-betul depan kubur. Tingkap itu pula menghadap ke kubur.
“Kalau buka pintu rumah kami pun, terang-terang nampak kubur. Itu yang menjadikan video nampak lagi sedih,” ujar Zalida yang menetap di Batu Rakit, Terengganu.
Bercerita lanjut, Zalida berkata mereka kini sedang menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku selepas kematian bapanya, Allahyarham Zaid Embun pada bulan lalu.
Biarpun tinggal berasingan, Zalida akan melawat ibunya setiap hari dan turut bergilir-gilir tidur di kediaman itu bersama adik-beradik yang lain.
“Ada dua adik yang duduk dengan mak. Walaupun saya tak tinggal bersama, rumah sewa saya tak jauh dengan rumah mak. Setiap hari saya datang dan akan bergilir-gilir tidur di sana dengan adik-beradik yang lain.
Sejak video yang dimuatnaik tular, ramai yang meluahkan rasa simpati di samping mendoakan keluarga ini. Ada juga yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keadaan ibunya kerana memahami perasaan kehilangan orang yang disayangi ini.
“Mak cakap dia dah redha. Mak pun puas hati sangat sebab dapat jaga ayah masa sakit. Puas hati sangat jaga ayah sampai 7 tahun.”
“Cuma mak rasa lain sebab biasa sibuk jaga ayah tapi sekarang duduk je rumah tak de kerja nak buat.”
Semoga diberi kekuatan untuk keluarga ini dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.
@zalida_ainie Membalas kepada @⚘Puteri Kedah⚘ ♬ Kali Terakhir Kulihat Wajahmu – Uji Rashid
Mesti Baca :