Pasangan mana tidak kesepian jika salah seorangnya tiada terutamanya yang sudah hidup bertahun-tahun bersama.
“Sejak arwah ayah tak ada, macam ni la mak hari-hari. Duduk atas katil arwah sambil pandang kubur ayah di depan rumah,” tulis seorang wanita pada kapsyen video tular di aplikasi TikTok.
Menurut Zalida Ainie, 29, ibunya iaitu Dawiah Sapiai, 54, setiap hari akan duduk di atas katil arwah bapanya sambil termenung ke arah tanah perkuburan yang terletak di hadapan rumah mereka.
@zalida_ainieMama nak simpam kenangan kat sini .. Semoga mama pom boleh jadi macam mak.. sanggup susah dan senang sama2 .. Al-fatihah untk ayah .. Allhamdullilah mak dan adik beradik sangat puas hati jaga ayah selama ayah sakit ..
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata bapanya meninggal dunia selepas tujuh tahun terlantar gara-gara diserang kanser hati.
“Arwah ayah sakit kanser hati dengan ketumbuhan dekat kepala. Sakit sejak tahun 2016. Dia memang terlantar di rumah, badannya tak boleh bergerak dari paras dada ke bawah.
Semenja arwah ayahnya sakit, ibulah yang tanpa jemu menjaga ayah siang dan malam.
“Selama tujuh tahun sakit, memang mak yang uruskan ayah, suap ayah makan. Lepas dua ke tiga tahun sakit, ayah dah boleh makan sendiri, tapi tetap kena bangunkan dia dulu.
“Selepas ayah meninggal, mak suka duduk atas katil arwah ayah kat tepi tingkap. Rumah kami betul-betul depan kubur. Tingkap itu pula menghadap ke kubur.
“Kalau buka pintu rumah kami pun, terang-terang nampak kubur. Itu yang menjadikan video nampak lagi sedih,” ujar Zalida yang menetap di Batu Rakit, Terengganu.
Ads
Bercerita lanjut, Zalida berkata mereka kini sedang menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku selepas kematian bapanya, Allahyarham Zaid Embun pada bulan lalu.
Biarpun tinggal berasingan, Zalida akan melawat ibunya setiap hari dan turut bergilir-gilir tidur di kediaman itu bersama adik-beradik yang lain.
“Ada dua adik yang duduk dengan mak. Walaupun saya tak tinggal bersama, rumah sewa saya tak jauh dengan rumah mak. Setiap hari saya datang dan akan bergilir-gilir tidur di sana dengan adik-beradik yang lain.
Sejak video yang dimuatnaik tular, ramai yang meluahkan rasa simpati di samping mendoakan keluarga ini. Ada juga yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keadaan ibunya kerana memahami perasaan kehilangan orang yang disayangi ini.
Ads
“Mak cakap dia dah redha. Mak pun puas hati sangat sebab dapat jaga ayah masa sakit. Puas hati sangat jaga ayah sampai 7 tahun.”
“Cuma mak rasa lain sebab biasa sibuk jaga ayah tapi sekarang duduk je rumah tak de kerja nak buat.”
Semoga diberi kekuatan untuk keluarga ini dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.
Adat memiliki anak-anak kecil, meskipun telah dipesan berulang kali agar menjaga kebersihan,namun sisa makanan yang tercicir pasti tetap ada didalam kereta. Perkara ini sekaligus mampu mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas.
Geram melihat kemunculan kehadiran serangga perosak ini, kami kongsikan cara mudah untuk memerangkap lipas-lipas kecil yang berkampung di dalam kereta hanya dengan menggunakan tiga bahan di dapur anda sahaja.
BAHAN-BAHAN:
3 senduk minyak masak terpakai
2 sudu kecil marjerin/ Planta
1 sudu kecil susu pekat
CARA MEMBUAT:
1) Sediakan bekas plastik kosong yang sudah tidak digunakan lagi.
2) Masukkan minyak masak terpakai atau minyak masak yang telah digunakan didalam bekas plastik tersebut. Tidak perlu membazir menggunakan minyak masak yang baru.
3) Kemudian, campurkan pula dengan Planta atau majerin.
4) Setelah itu, tambahkan dengan sedikit susu pekat.
5) Letakkan bekas campuran minyak tadi di mana-mana yang anda rasa berpotensi untuk menangkap lipas, seperti bawah tempat duduk kereta.
Tip Ekstra: Seeloknya letakkan bekas tersebut pada waktu malam dan biarkan semalaman, ketika kereta tidak digunakan dan lihatlah hasilnya pada keesokkan hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rumahku syurgaku, begitulah impian setiap pasangan suami isteri yang inginkan sebuah keluarga bahagia. Sebagaimana perkongsian tip yang dipaparkan oleh Taufiq Razif amat manfaat untuk dijadikan panduan bersama. Jom kita perkongsiannya
5 Tips Untuk Bagi Rumah Jadi Lebih Sejuk & Tenang
1. Jangan masuk rumah dengan membawa keserabutan daripada pejabat dan tempat kerja
Tenangkan diri dan buat Deep Breathing dulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Jangan bawa masuk stress kerja ke dalam rumah hingga anak anak dan pasangan pun kena tempiasnya
2. Sebelum masuk rumah baca doa dulu. Jangan main masuk je.
Kita nak set minda kita bahawa kita sedang memasuki ‘ zon keberkatan dan kebahagiaan ‘. Latih juga mindset ni pada anak kita bahawa rumah ni adalah tempat yang penuh dengan kebahagiaan.
Baru la anak kita tak merapu mencari kebahagiaan di luar rumah!
3. Sesekali tu ajar anak kita organizational skills juga :
+ Bila dah habis main, kat mana nak simpan + Bila dah buka baju, kat mana nak letak + Bila dah mandi, nak simpaj tuala kat mana + Bila dah makan, nak cuci dan simpan pinggan kat mana
Bukan rumah je kurang bersepah, kemahiran anak pun kita boleh asah!
4. Hadkan bilangan mainan di rumah. Mainan tu bagus untuk anak kita tapi sebenarnya ‘ less is better ‘
Mainan yang lebih sedikit membuatkan anak kita lebih fokus. Bila mainan terlampau banyak ni, bukan kita je pening. Anak pun naik pening nak memilih!
5. Kita kena mahir membaca raut wajah, tone suara dan bahasa tubuh pasangan kita
Kita kena faham, masa pasangan kita tu nak bagitahu kita sesuatu :
+ 7% je yang sampai melalui PERKATAAN ( verbal communication ) + 38% maksud perkataan tu terkandung dalam NADA SUARA + dan 55% maksud perkataan tu terkandung dalam gerakan tubuh dan mimik muka
Bila isteri kata ” Takpe. Saya ok je. Abang rehat la “. Aduiii..Jangan la terus percaya! Tu baru 7% daripada hal yang sebenar je tu!
Tengok dulu raut wajah dia, ada tak tanda tanda redup akibat KEPENATAN? Dengar dulu nada suara dia, ada tak suaranya mendatar akibat cuba menyorokkkan STRESS yang melampau?
Bila kita dah mula pandai baca bahasa tubuh pasangan, insyaAllah ni la baru dikatakan RUMAHKU, SYURGAKU!
p/s : Jom ajak pasangan belajar ilmu mendidik anak di Telegram saya. Suruh je mereka klik link ni ?t.me/NotaTaufiqRazif Ada dalam 120 ribu orang juga dalam tu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Antara banyak waktu, nak kejut sahur paling mencabar kan? Mana tidaknya, dah berkali-kali panggil masih ada yang tidak berganjak dari katil! Daripada boleh sabar… Boleh jadi hulk mak-mak pepagi sahur tu kan? Hehe.
Semalam, pelakon dan juga isteri kepada Johan, Ozlynn berkongsi di laman Instagram miliknya ragam anaknya bersahur dan turut berkongsi cara atau tip tersendiri untuk mengejutkan anak sahur. Antaranya :-
1. Selain dari kejut bangun dengan lembut, sentuhan mak atau ayah.. Kali kedua panggil nama, kali ketiga dah ada tepukan di peha ya. kali keempat “guys bangun dah nak azan!”
2. Pastikan anak-anak cukup tidur supaya tak cranky masa sahur.
3. Makanan sahur dah siap tersedia.. Budak-budak ini kan, dorang walaupun satu minit sangat berharga waktu tidur dorang. Kadang kita kejut adik, abang yang dah bangun amik kesempatan membuta balik. Alasan tunggu adik.
Malah tambah Ozlynn, peranan dan kerjasama antara suami isteri juga memainkan peranan penting dalam keluarga.
“Jadi apa pun yang penting peranan mak ayah tu sendiri. Kalau mak duk sediakan sahur, ayah kena lah bantu kejutkan anak-anak.
“Suruh depa basuh muka, gosok gigi. Dapat depa mandi awal pun bagus baru segar. Lepas sahur tak adalah terus tidur, standby Subuh,” kongsinya.
Dalam pada itu, Ozlynn juga menggalakkan ibu bapa melatih anak untuk berpuasa namun bukan dengan cara paksaan.
“Tapi tip yang paling berguna tida minggu sebelum datangnya Ramadan, latih lah anak-anak untuk berpuasa.
“Tak apa bagi sahaja semangat nanti dorang jadi biasa. Tak larat jangan paksa yang penting ajar dan dorang pun ada usaha,” kongsinya.