Terlalu lama terperap di rumah tanpa berbuat apa-apa bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan bahkan siapa sangka keadaan tersebut juga boleh menjadi penyebab badan terasa lenguh dan lemah.

Masalah ini bukan sahaja dirasai oleh orang  yang berusia malah jangan pelik bila anak-anak kita juga turut merasai sakit-sakit badan bila tiada aktiviti dilakukan di rumah.

Hal ini dikongsi oleh Dr. Roslin dan ini perkongsiannya.

“Doktor! Betis saya sakit rasa macam dicucuk-cucuk! Sakit sangat sampai tak dapat pergi sekolah pagi tadi!”

“Sakit dekat sini doktor!” mengadu sorang lagi sambil menunjukkan bahagian belakangnya.

Percaya atau tidak? Semenjak beberapa minggu ini semakin ramai murid-murid sekolah mengadu sakit belakang, sakit kaki, sakit betis, sakit tengkuk!

IKLAN

Jikalau pesakitnya sudah dewasa dan mempunyai faktor risiko duduk seharian di pejabat tanpa banyak pergerakan, saya tidak akan merasa pelik. Tetapi inikan pula anak-anak kecil yang masih bersekolah.

Situasi semasa dengan risiko penularan virus Covid-19 telah mengubah gaya kehidupan kita seharian. Anak-anak yang biasanya berlarian ke sana sini, tiba-tiba terpaksa duduk setempat sepanjang mereka di sekolah dan pergerakan fizikal mereka sangat terbatas.

Saya jarang merasakan keperluan untuk mengajar senaman regangan kepada anak-anak kecil kerana mereka jarang mengadu sakit-sakit badan. Tetapi hakikatnya sekarang, saya terpaksa mengajar kepada murid-murid ini kepentingan melakukan senaman regangan.

Duduk Berjam-jam Tak Buat Apa Di Rumah, Badan Rasa Sakit. Dr Ni Pesan Lakukan Ni Segera!

IKLAN

Post ini saya tujukan khas untuk para ibubapa dan guru-guru agar mengingatkan anak-anak kita untuk melakukan senaman regangan sewaktu di sekolah. Mungkin sedikit “stretching” pada setiap pagi atau pada permulaan setiap kelas dapat membantu mengelakkan dari lebih ramai lagi anak-anak kita mengadu sakit-sakit kaki dan sakit belakang.

Ajar mereka tentang kepentingan menjaga postur badan yang betul dan kepentingan bersenam. Badan kita bukanlah dicipta untuk duduk berjam-jam tanpa bergerak. Semakin lama kita duduk, semakin bertambah risiko kita untuk mendapat sakit-sakit sendi.

Duduk Berjam-jam Tak Buat Apa Di Rumah, Badan Rasa Sakit. Dr Ni Pesan Lakukan Ni Segera!

Di sini saya sertakan gambar senaman ringkas yang boleh dilakukan di sekolah mahupun di tempat kerja. Sambil duduk di atas kerusi, cuba luruskan kaki ke atas, ketatkan sedikit otot paha dan luruskan lutut. Gerakkan hujung kaki agar menghala ke arah dada. Rasakan regangan di belakang betis dan lutut. Kekalkan posisi ini untuk beberapa saat dan lakukannya beberapa kali. Ini adalah senaman mudah yang dapat menguatkan otot paha dan lutut. Dan senaman ini juga boleh membantu melegakan ketegangan pada bahagian belakang lutut & betis.

IKLAN

Sumber : Roslin Mohd Taha

Sayangilah otot dan sendi anda, mari kita bersenam!

Selain menggunakan teknik yang dikongsikan oleh Dr.  ini, boleh juga dengan membeli alatan senaman untuk membantu anda sekeluarga kekal aktif.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI