Dari rangka besi katil terbuang, seorang suami berjaya mengubahnya menjadi sebuah rak serba guna.
Lebih menarik, hasil kerja tangan itu dibuat oleh sang suami istimewa untuk isteri tersayang.
Menurut Intan Atifah Muhammad Tuah, rak tersebut dibuat suaminya yang juga seorang tentera yang bertugas Di Sarawak. Namun Kini, dia pulang bercuti selama 2 minggu.
“Saya pula kerja sebagai surprise planner, jadi wrapping paper makin banyak kat rumah. Saya fikir nak beli rak, bila tengok online harga mahal RM360.
“Pada masa sama suami seorang yang pembersih, rumah kena sentiasa kemas. Jadi suami fikirkan sesuatu apa yang boleh dibuat dengan besi katil tu,” katanya kepada mStar.
“Suami kata dia nak buat sesuatu dengan besi katil terbuang. Tapi dia kata cuba dulu sebab dia risau tak jadi, tak cantik.
“Dia memang biasa bertukang dan kebanyakan hasil kerja untuk kegunaan di rumah. Suami sejenis yang tak duduk diam, ada saja yang dia nak buat,” ujarnya yang berasal dari Melaka.
“Suami memang risau kalau dia buat tak cantik. Tapi bila saya beritahu rak yang lebih kurang sama dan diperbuat daripada besi harganya dekat RM400, suami terkejut.
“Dia kata nasib baik balik bercuti dan buatkan rak untuk bini. Kalau tidak, bini dah terbeli rak tu secara online,” tambahnya.
Sebagai tanda penghargaan, dia membawa suaminya menikmati candle light dinner dengan hidangan stik kegemaran di restoran di sebuah hotel.
“Selepas kami berkahwin pada Ogos 2019, baru sekarang dapat jumpa,” katanya sambil menambah mereka sering berhubung menerusi panggilan video kerana pasangan jarak jauh (PJJ).
@iz_supriseplanner1♬ Absolutely Anything (feat. Or3o) – CG5
Sumber: Mstar Online & iz_supriseplanner1
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club