Sekian lama menanti, akhirnya pelakon yang cukup dikenali dengan lakonan bersahajanya, Sharifah Amani mengumumkan kini hamil anak pertama.
Menerusi Instaramnya, bakal ibu ini memuat naik momen sewaktu memberitahu keluarga dan kenalan tentang perkhabaran gembira itu.
Amani yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris Amir, 38 tampak cukup bahagia malah sentiasa tersenyum riang sepanjang melihat keputusan kit ujian kehamilan bersama suami.
“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen.
Momen bahagia itu turut sama diraikan Amani dan suami bersama kaum keluarga mereka dan sahabat terdekat.
Dapat dilihat reaksi keluarga dan rakan-rakan kepada pelakon berusia 37 tahun itu cukup teruja serta gembira dengan perkongsiannya tentang kandungannya sewaktu diberitahu.
Rakan-rakan selebriti juga tidak kurang dilihat meninggalkan ucapan tahniah atas perkhabaran gembira itu malah mendoakan yang terbaik buatnya.
Terdahulu, Amani dan suaminya, Ahmed Faris mendirikan rumahtangga pada 9 September 2022.
Menarik: Ketepikan Ego, Tolak Ansur Demi Anak, Erra Fazira Nasihatkan Pasangan Bercerai!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club