
Setelah melihat senario segelintir rakyat Malaysia berpusu balik kampung, lepak di kedai makan bersama teman serta majlis kenduri tetap diadakan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin melahirkan rasa kecewa dengan segelintir masyarakat yang tidak mengikuti peraturan Perintah Kawalan Pergerakaan (CMO) melalui perutusan khasnya di salutan RTM jam 8.00 malam sebentar tadi.
Menurut beliau, jika 2 minggu gagal, perintah kawalan pergerakan dilanjutkan.
2 minggu gagal, perintah kawalan pergerakan dilanjutkan.
VIDEO
Dalam pada itu, beliau menasihati cuti dua minggu ni seharunya masyarakat duduk dirumah bukannya ‘lepak bersama teman. Malah beliau juga menasihat agar majlis kenduri kahwin ditangguhkan dulu.
Antara kata petikan beliau dalam perutusan sebentar tadi.
“2 minggu ni kita duduklah diam-diam lah kat rumah. Nampak mudah tapi remah tapi mesti dibuat untuk bendung masalah ini.
“Saya tak mungkin dapat lakukan ini bersendirian tanpa sokonga anda untuk bendung dari menular di negara kita.
“Harap kita semua faham masalah besar yang kita alami.”
“Ini adalah antara yang dianggap kecil tetapi penting kita lakukan bersama.”
”Saya berdoa kita berjaya krisis ini.”
Semoga kita semua sepakat bersama-sama displin dengan arahan ini. Fikirkan kesan kepada golongan yang berkerja sebagai nurse dan para doktor khasnya. Penat lelah mereka makin bertambah jika jangkitan makin meningkat. Mereka juga ada keluarga tersayang.
Sumber : RTM dan Astro Awani
’Lihat telefon Isteri Kalau Baterinya Habis, Tolong Caskan.’ Benda Mudah Tapi Buat Rasa Bahagia.

Bahagia rumahtangga itu datang pelbagai cara. Jika sentiasa saling menghargai, memperbaiki diri dan melengkapi antara satu sama lain segalanya mudah dalam menguruskan rumahtangga.
Menarik tentang coretan ini, mengisahkan seorang lelaki biarpun nampak tidak kerap tidak berada di rumah mencari rezeki namun, perkara mudah didepan mata cakna buat dirinya agar isteri rasa dihargai.
Ikuti perkongsian ini
“Saya tak banyak sangat tolong isteri saya di rumah kerana saya banyak habiskan masa kerja di luar. Beliau suri rumah dan jaga ke lima-lima anak saya.”
Beliau duk nasihatkan saya tentang bagaimana rezeki kita ini masuk melalui kita ini ringan tangan dan ringan tenaga kepada isteri.
Beliau merupakan tokoh usahawan yang sering kita jadikan contoh sebagai peniaga yang merendah diri walau sudah kaya raya. Saya pohon berkali-kali untuk letak nama beliau dan gambar kami bersama, namun beliau tak izinkan, anak dan isterinya juga sama tak benarkan. Saya akur sahajalah kerana mereka masih beri saya bercerita.
Saya pelik juga apabila beliau kata beliau tak tolong sangat di rumah, jadi mengapa mahu nasihatkan saya begitu. Rupanya beliau cakap benda mudah sahaja:
“Apabila kita bangun awal, kita cucilah tandas itu sendirian. Sudah siap semua, kejutkan isteri untuk solat subuh.
Selepas solat, lihat telefon dia kalau baterinya dah nak habis, tolong caskan.
Biasanya isteri saya dah siapkan baju semua. Saya akan ambil, pakai. Kemudian hanger saya letak di tempat yang beliau biasa menggosok baju. Saya suka sekali waktu dia bangun ke tandas, saya pula dah siap mandi, saya akan kemaskan katil.
Kalau saya dah nak pergi kerja, saya make sure saya yang hulur tangan kepada dia. Bukan dia yang beriya datang kepada saya, dia sedang sibuk dengan anak-anak, jadi saya perlu bantu dia untuk dapat “salam” saya. Itu semua kunci rezeki kita semua.
Saya suka telefon dia waktu nak balik ke rumah. Saya akan tanya dia masak atau tidak, kalau dalam 6.30 petang dia belum mula masak, maka saya tahu dia tak sempat kerana uruskan anak-anak, jadi saya kata tak apa saya beli sahaja untuk semua. Dan dia sangat happy.
Waktu kita mula berniaga atau buat apa sahaja, jadikan semua ini rutin sampai kita tak perasan kita dah lakukan benda sama berpuluh tahun. Kita tak sedar yang Allah beri kita lebih banyak apabila kita lakukan semua ini.
Isteri adalah hati sebuah rumah. Kalau kita tak jaga, dia takkan beri positiviti rumah itu, ia mesti disusun dan disempurnakan dengan banyaknya sistem sokongan kiri kanan depan belakang.
Kita yang tentukan bagaimana kita nak jemput rezeki masuk ke rumah kita. Jadi buatlah baik dengan pasangan masing-masing, jadi suami, jaga isteri. Jadi isteri, jaga suami.”
Begitulah.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Menggelatar Tangan Dan Tubuh Menahan Sabar Nasihat Anak Perempuan. Luahan Bapa Ini Undang Sebak Netizen. Rupanya Ini Yang Terjadi.

Bergelar ibu bapa, sudah tentu mahu anak yang dilahirkan menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup.
Namun lebih mencabar apabila mendidik anak perempuan lantaran sifat mereka yang lemah lembut dan mudah terasa.
Anak perempuan permata keluarga. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Abu Hurairah Roslan, yang meluahkan rasa bimbang mengenai anak perempuannya yang semakin meningkat remaja.
Cakna pengaruh gajet, dia mengambil iniasitif menetapkan tempoh masa untuk anak-anak bermain gajet.
Namun, siapa sangka dalam berhati-hati mendidik anak perempuan dalam hal hubungan dengan kawan termasuk lelaki, ia tetap berlaku.
Caranya memberi nasihat kepada anak perempuan telah menurun jiwa para netizen yang turut mempunyai anak perempuan.
Selanjut ikuti perkongsian ini.
Beginilah cabaran dalam mendidik anak perempuan yang ibu bapa kena alert.
Saya ada empat orang anak perempuan. Yang sulung sudah berumur 14 tahun.
Ya, sudah remaja.
Semakin mereka dewasa, kadang saya tak lena tidur memikirkan tentang mereka.
Anak sulung saya ada grup whatsapp sekolah. Dalam grup tu ada pelajar lelaki dan juga perempuan.
Pukul 9.00 malam sahaja, memang saya serta isteri akan minta telefon dan tidak boleh digunakan. Hanya 10.00 pagi sehingga 9.00 malam sahaja. Kecuali, jika ada perbincangan tentang hal sekolah, grup sepupu-sepupu dan juga anak-anak If-One.
Satu malam, saya pulang lewat. 2.30 pagi saya sampai dirumah. Saya dengar bunyi whatsapp dari handphone anak tak berhenti. Malam-malam sebelum ni juga sama. Subuh pun bunyi notifikasi.
Saya tergerak nak periksa, saya buka whataapp dan saya amat terkejut.
Whatsapp dari beberapa lelaki. Saya buka satu persatu dan periksa.
“Hai. Tengah buat apa?”
“Woih, boring seh. Jom sembang!”
Dan beberapa whatsapp lagi.
Terus saya block dan ambil semua nombor mereka. Saya whatsapp dulu kepada mereka, kenalkan diri dan bagitahu jangan ganggu anak saya lagi. Pagi nanti baru saya nak telefon mereka.
Kerisauan seorang ayah
Pagi sahaja, terus saya panggil anak sulung duduk didepan saya dan saya usaha cakap secara baik, walau darah ni menyirap naik saja.
“Ifa, ni apa?”
Saya tunjuk satu-satu whatsapp. Saya tahan lagi dada dan tangan ni dari naik. Isteri tiada sebab uruskan taska dari awal pagi. Biasanya saya dirumah dengan anak-anak.
Ifa terdiam. Wajahnya mula pucat.
Saya dah janji pada anak-anak perempuan, saya takkan sentuh tubuh mereka, pukul ke atau cubit. Saya kalau naik darah, memang susah nak kawal.
Saya bagitahu,
“Ifa seronok tak kalau dapat whataspp macam ni? Tengah serabut duduk rumah. Tengah sunyi. Mak ayah takde pula. Tiba-tiba orang laki nak teman. Seronok tak?”
Dia diam sahaja.
Saya buka grup yang Akhi Fairuz Al-Jengkawi buat untuk kami bincangkan masalah sosial dan keadaan anak-anak kita yang hari ini amat menakutkan.
Saya tunjuk pada dia.
“Ifa nampak ni? Kes-kes wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Kes kena tipu dengan lelaki. Mengandung anak yang tidak sah. Ifa tahu punca dia?”
Airmatanya mula bergenang.
“Dari whataspp tadilah. Konon nak hilangkan sunyi. Konon nak teman. Konon nak kejut subuh. Konon nak jadi lelaki baiklah. Tapi percayalah ifa. Lelaki itulah syaitan yang akan merosakkan orang perempuan macam ifa!”
Saya sambung lagi.
“Dalam rumah kita ni, ayah seorang sahaja lelaki yang paling baik untuk ifa. Tidak ada yang lebih baik dari ayah. Selagi ifa belum menjadi isteri, ifa anak ayah. Tanggungjawab ayah. Amanah ayah. Dosa pahala ayah. Setiap hari lelaki yang akan berjuang untuk hidup ifa ayah lah! Bukan lelaki yang dalam whatsapp tu!”
Masa ni, saya semakin tinggi suara. Saya istighfar sebab anak sulung semakin takut melihat saya yang begini. Menggelatar tangan dan tubuh menahan sabar.
Rupanya ini sebabnya.
Tiba-tiba anak sulung bersuara.
“Ifa sebenarnya rindu ayah. Ifa tak jumpa ayah pagi sampai malam. Ifa tak tahu nak cakap dengan siapa. Ifa.. ifa..ifa…”
Allahu. Down!
Ya.
Saya akui saya dah amat jarang bercakap dengannya. Kadang lebih banyak marah dari cakap baik-baik. Lebih banyak bagi arahan dari menyatakan perasaan. Lebih banyak bersoal tanpa bertanya dahulu satu persatu.
Perlahan-lahan saya pergi pada dia, dan untuk kesekian kalinya, saya duduk dan peluk dia. Saya cium dahinya.
Ya Tuhan.
Lamanya saya tak jadi “ayah” kepadanya. Saya bisikkan padanya,
“Ifa, ayah minta maaf sebab lama tak dengar dan bercakap dengan ifa. Ayahlah lelaki paling baik untuk ifa. Ayah ni sekejap je dengan ifa. Selepas ni ayah takkan jaga ifa dah. Akan ada lelaki lain yang jaga ifa. Namanya suami, sama macam ayah. Ifa jadilah wanita yang baik macam ibu. Lelaki pertama dan akhir yang ibu kenal dan cinta, ayah lah”
Lama saya peluk dia. Rasanya saya peluk dan cium dia masa dia kecil macam adik-adiknya. Sedangkan, masa dia membesar inilah, dia juga perlu pada kasih sayang seorang ayah.
Kemudian, saya dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum pakcik. Saya kawan sekolah anak pakcik. Saya minta maaf whatsapp anak pakcik begitu”
“Waalaikumsalam. Baik. Saya ni ayah dia. Saya sayang anak saya lebih dari sesiapa pun. Kalau kamu nak jadi lelaki yang baik, janganlah kacau anak pakcik lagi, dan juga anak perempuan orang lain. Faham? Kamu ada kakak? Ada adik perempuan?”
“Ada pakcik”
“Kalau kamu tak suka orang kacau adik beradik perempuan kamu, pakcik pun sama. Hormat mereka, macam kamu hormat adik beradik kamu. Pakcik tak mahu berkasar atau buat benda jahat. Pakcik cakap baik-baik ni ya”
“Baik pakcik. Saya minta maaf sekali lagi”
Kalian,
Jagalah anak-anak perempuan kita. Anak-anak perempuan orang lain juga.
Serta jagalah dan ingatkan anak-anak lelaki kita tentang adab dan sikap mereka terhadap orang perempuan.
Mereka cukup bahaya dan setiap masa diburu oleh kerosakan dunia. Setiap minit dan saat. Setiap turun naik nafas.
Saya juga bukan ayah dan lelaki yang baik pada anak-anak perempuan saya, namun saya dan isteri InsyaAllah akan berusaha menjaga mereka sekuat hati dan jiwa.
Akhir zaman, moga anak-anak perempuan kita tidak menjadi fitnah buat kita.
Bantulah kami wahai Tuhan, dalam menjadi ibu bapa yang lebih baik buat anak-anak kami.
Dan,
Untuk itu saya nak ajak kalian dan anak-anak sekali dalam seminar yang baik ini.
Ilmu ni, kadang ada yang kita tidak tahu.
Namun, ada orang yang di rezeki untuk berkongsi dengan cukup jelas dan terang. Daftar terus seminar ini.
Percayalah, inilah yang amat anak-anak kita perlu. Baik lelaki atau perempuan.
Yang lelaki, moga dia tahu menjaga diri.
Yang perempuan, moga dia tahu menghargai diri.
Daftar disini ya. Bismillah.
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-sm01/36
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-sm01/36
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-sm01/36
Sumber: Abu Hurairah Roslan
Viral Suami Positif Covid-19 Kerana Makan Di Restoran ‘Sivagangga’, Isteri Ini Tampil Kongsi Cerita sebenar!

Isu penularan Covid-19 di Kedah baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi. Semuanya disebabkan oleh seorang individu bermastautin tetap di Jitra, Kedah, yang juga pemilik restoran Nasi Kandar berkenaan. lelaki tersebut didakwa berada di restoran milikinya dengan memakai gelang pink Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Individu tersebut itelah diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun demikian, individu itu TIDAK mematuhi syarat perintah itu.
Indeks kes kluster itu merupakan seorang pemilik kedai makan, 4 pekerja kedai makan tersebut dan 1 ahli keluarga dikesan positif. 2 orang pelanggan dari restoran turut dijangkiti dan menyebabkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain. Pihak polis telah menggesa orang ramai yang makan di kedai nasi kandar di Napoh di antara 13 hingga 24 Julai lalu, untuk menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
Sehingga 2 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 313 orang telah disaring. Daripada jumlah ini, 20 kes dikesan positif COVID-19, 280 negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian.
Kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada Restoren Nasi Kandar Salleh, Hosba.
MKN Kedah telah mengarahkan 5 buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.
Kisah suami wanita ini yang dikatakan positif kerana singgah makan di restoran berkenaan mencetuskan pelbagai spekulasi di laman whattsApp. Terbaru, isterinya, Noraini Mukhtar tampil menepis dakwaan dan menceritakan kisah sebenar sekali gsu menyangkal dakwaan palsu yang kian menular di media sosial kini. Menurut Puan Noraini,suami nya dikatakan kontak rapat kerana pernah berurus niaga dengan pekerja kedai itu. Disebabkan itu, suaminya diminta menjalani ujian saringan. walau bagaimana pun ketupusan ujian tersebut disahkan negatif.
Kami dan covid..
Assalamualaikum
Tiba2 rasa nk buat coretan sikit. Bknnya apa, sebab rasa terkesan dgn apa yg jd.
28/7/2020 (selasa)
Jam : -+ 5 lebih
Dpt call dr husband, ktnya pej kshatan call dia utk jalani saringan covid..brkaitan kes kluster SIVAGANGGA. Allah..mcm kna sakit jntung..dh knapa..
tnya hsband :’abg p mkn kt kedai dia ka’
hsband ckp :’ehh..dak aihh, x penah p pon’
Tnya lg: ‘dh tu pasaipa kna saring’
Hsband ckp..’ depa kta (merujuk pd yg call dia td) ada contack ngan nasi kndaq tu..sebab mangsa dan pekerja mai beli brg kt ctu..(tmpt qeja hsband)
Plkdh mulala x leh dok diam, call mmber yg kbetulan adik dia qeja sma dgn hsband..
Aku : wei, ___ dpt call dk? Dari pjbt kshtan?
Dia : dak pon…awt?
Aku : explainlaaa pnjng lebar dgn penoh ktakutan & kesedihan brsarang d hati
Dia : satgi aku call adik aku tnya..
Dia : wei…dpt jgk call tu..kna p jgk..
Susah hati laaa…ish..x kan kot, x penah p mkn, tp jd mangsa, mau tu ckp hat x elok kt si tokey nsi kandaq tu bejela la..habih semua tkeluar, x tapih sikit dh pon
Ya la..dr PKP per1 lg kami skluarga x penah lnggar arahan..tiba2 PKPP jd mcm ni.. sapa x marah..rasa teraniaya..
Atas nasihat seorang yg brada dlm bidang kejururawatan, mmber call la Pn PPAK kami..cerita masalah ni..bla..bla..bla..
Atas nsihat bos dan memikirkan tndakan awal lngkah berjaga2 sebab melibatkan knk2 kecil, kami x d benarkan ke tabika ( tmpt qeja la tu..lp nk habaq, qeja kami ckgu Tabika na). Ok, akur dgn arahan..aku pon ckp kt ank2, esk x yh p sek na..bg abah settle dlu apa yg patut..nasibla esk last sek dh ank2 pon..
Call mak..mntak maaf x jd blk raya haji ( walau dh planning bagai) sebab takut kesihatan mak..mak pon dh x bqapa chat
29/7/2020 (rabu)
Jam 9.00
Hband dh ada d tmpat saringan, menggu hsband d sring mcm ada batu besaq d dada..
T.hari hband call ckp PPD call, soh ambik ank d asrama sebab ank dh diasingkan
Sekali lg..Ya Allah..tp fhm tindakan depa..lngkah brjaga2.
Mntak tlg abg ipaq ambikkan sebab dh x rasa nk kluar.
Dlm jam 2ptg, hsband blk..bwk surat. Dlm surat dnyatakan hband kna kuarantin diri smpai 2/8/2020.
Pg hari yg sma sy dan kwn2 dh d arahkan utk tutup premis Tabika..sebabnya..LANGKAH AWAL BERJAGA-JAGA, memandangkan kes berada di dalam kawasan dan ada kakitangan yg trlibat (sy dan beberapa rkn yg ada dlm kaw Napoh)..betulla tu..kami brurusan dgn knk2 kecil..sdh tntulah kebajikan mereka mnjadi keutamaan kami..
Apa yg nk sy kongsikan d cni brmula arahan penutupan Tabika, tiba2 bnyk plk berita lain yg smpai..dh viral sna cni suami ckgu Tabika Kg Bemban dah positif..wsp msk bertalu2..ingtkan d cni sj..rupanya dh merebak 1 malaysia..kwn2 dh mula hantar kt sy kenyataan yg viral tu..mula ingt biasa ja la..tp lma2 dh jd luar biasa..yg ckp hsband p mkn ctu..ada crita hsband p beli air kt ctu..dh mcm2 versi cerita yg kuaq..
Mulala sy dh kejang jari melayan stiap wsp yg msk..sebab nk betulkan keadaan..
Ptg tarikh yg sma sy plk yg dpt call dari pjbt kesihatan..mntak buat saringan esknya..sekali lg rasa berat ja dada..mna dgn wsp yg dok jwb x habih2 lg ni.
30/7/2020 (khamis)
Jam 8.30 pg
Sy drive sorang ke tmpt saringan..jnji dgn sorang kwn yg juga kna mcm sy sebab kes yg sma..bila smpai..mak oiii..ramainya org, hebat sngguh penangan SIVAGANGGA..
Petugas2 kkm dgn pakaian rasmi covid, polis, dh ada d sna..sesak rasa ramai sngat..akhirnya seorang doc buat announcement..hnya contact trdekat ja yg akn d saring iaitu org yg pernah mkn @ mmbeli mknan d kedai trsbut pd tarikh2 yg d nyatakan & org yg dpt pnggilan tel dr pjbt kesihatan..
Duppp…trmasuk sy la tu..tp contact trdekat..sy x mkn ctu..hsband pon x mkn ctu..better tnya doc dlu.
Alhamdulillah..kebetulan doc tu sepupu suami..x pyh buat la dia kt..blk la, kami bkn contact dkat pon..sebab ramai sngt..takut kluster lain plk yg wujud leganya rasa..
Lewat ptg raya dia tel..ckp result ngetif, klu nk blk raya kna ambil surat utk pelepasan kuarantin..tp d sebabkan dlm surat pjbt kshatan tarikh kuarantin brakhir 2/8..kami ikutkan ja..hari ni last la tarikh tu..bila dh dpt bukti result sy pon wsp Pn PPAK..maklum..alhamdulillah..
Hsband dh sah ngetif..t.kasih pd yg wsp, call tnya khabar..tnya berita sahih walau dh viral teqok..pd yg brtnya sy jelaskan…HNYA SARINGAN..belum positif lg
Pd yg x brtanya..mcm2 andaian d buat..trpulang
Harap lps bca cerita pnjg lebaq ni..clear dh kot..yg sindir2 kta lebih krg, dlm gruop wsp sy n suami..boleh dh la hentikan..yg brcerita d kedai2 mkn..tmpat2 beli ikan ka..kedai2 brg ka..boleh dh la mula cqita yg betoi blk..
Yg tngok kami mcm penjenayah pon..dh boleh mula snyum blk
Trkesan jgk la dgn apa yg jadi..jd dah clear na..kes viral suami ckgu Tabika kg Bemban positif x wujud dh na..
T.kasih keluarga, Pn PPAK, kwn2 yg support..
Maaf andai luahan ni ada yg terasa hati..bkn nk kta kt spa2..cuma nk clearkan apa yg x betoi..tu ja.
Ok..lega dh leh kuaq semua.
MORAL OF THE STORY..
Bila dh pakai gelang pink…dok la rmh..jgn dok susahkan org len..
#JGA DIRI ELOK2
#COVID D MNA2
#1HB 8..MASK JGN LP