Berita

Dua Kanak-kanak Terperangkap Dalam Lif, Rakaman CCTV Papar Selipar Diletak Di Tengah Pintu

Share

Dua kanak-kanak terperangkap dalam lif, rakaman CCTV papar selipar diletak di tengah pintu. Kehilangan dua kanak-kanak lelaki selama lebih 10 jam selepas keluar rumah untuk membeli pau, akhirnya terjawab apabila mereka ditemui terperangkap dalam lif yang sedang diselenggara di pangsapuri didiami mangsa di Desa Petaling.

Dua Kanak-kanak Terperangkap Dalam Lif, Rakaman CCTV Papar Selipar Diletak Di Tengah Pintu

Susulan insiden tersebut, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan kejadian sebenar.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok iaitu Mud CentRoy, video tersebut  mendedahkan laporan kerosakan lif tersebut.

Menurut laporan, dua kanak-kanak tersebut didakwa telah melakukan vandalisme sehingga menyebabkan gangguan terhadap fungsi lif tersebut sekaligus menjadi punca mereka terperangkap.

Laporan kerosakan daripada pihak lif. Lif di block 59 berjalan dengan baik dan tiada kerosakan.

Disebabkan vandalisme yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut dengan meletakkan objek selipar di tengah-tengah pintu lif, menyebabkan sistem ‘auto lock’ diaktifkan dan lif terus berhenti.

Kredit foto: Sinar Harian

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warga maya antaranya adalah kritikan terhadap pihak keselamatan yang didakwa tidak peka.

Dalam masa yang sama, warga maya berharap kejadian tersebut dapat menjadi pengajaran buat dua kanak-kanak terbabit.

Sumber: TikTok

Baca artikel lain juga: Terperangkap Dalam Lif Lebih 10 Jam, 2 Kanak-kanak Menangis Sampai Tertidur, Pau Kegemaran Pun Tak Sempat Beli

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my