Dua kanak-kanak terperangkap dalam lif, rakaman CCTV papar selipar diletak di tengah pintu. Kehilangan dua kanak-kanak lelaki selama lebih 10 jam selepas keluar rumah untuk membeli pau, akhirnya terjawab apabila mereka ditemui terperangkap dalam lif yang sedang diselenggara di pangsapuri didiami mangsa di Desa Petaling.
Dua Kanak-kanak Terperangkap Dalam Lif, Rakaman CCTV Papar Selipar Diletak Di Tengah Pintu
Susulan insiden tersebut, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan kejadian sebenar.
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok iaitu Mud CentRoy, video tersebut mendedahkan laporan kerosakan lif tersebut.
Menurut laporan, dua kanak-kanak tersebut didakwa telah melakukan vandalisme sehingga menyebabkan gangguan terhadap fungsi lif tersebut sekaligus menjadi punca mereka terperangkap.
Laporan kerosakan daripada pihak lif. Lif di block 59 berjalan dengan baik dan tiada kerosakan.
Disebabkan vandalisme yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut dengan meletakkan objek selipar di tengah-tengah pintu lif, menyebabkan sistem ‘auto lock’ diaktifkan dan lif terus berhenti.
Kebelakangan ini tular tentang video eksperimen sosial seorang oengguna Tiktok yang melakukan ‘prank’ menekup sebiji kek pada muka seorang wanita.
Video tersebut mendapat kecaman ramai kerana dianggap sebagai melampau sehingga mendapat perhatian dari penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, yang tampil menjelaskan mengenai hukum ‘prank’ keterlaluan dari sudut agama setelah ada orang mengajukan soalan tersebut.
“Zaman sekarang macam-macam budak nak tarik perhatian orang, buat prank lempar kek atas muka orang. Apakah hukumnya?” soalan yang diajukan.
Kata Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI berkata, kita sepatutnya menjadikan Rasulullah sebagai ‘role model’ dalam bergurau dan situasi serius.
“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Dia (baginda) bergurau tak macam kita bergurau.
“Kita macam orang hilang akal. Nak buat kandungan media sosial supaya banyak dapat tontonan, yang haram pun haramlah.” katanya.
Tegas UAI, kita sepatutnya meletakkan batasan dalam bergurau supaya tidak berlebihan.
“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan YouTube, dengan iman dan Islam.
“Kamu buat kandungan video untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul.” jelasnya.
Dalam pada itu, UAI menekankan tidak salah untuk melakukan konten asalkan jangan sampai tertinggal iman dan Islam.
Selepas dikecam teruk, Daing tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan video berkenaan hanya lakonan semata-mata bagi memenuhi slot program Raja Viral.
Jelasnya, dia sudah berbincang dengan mangsa yang merupakan ibu angkatnya sendiri. Difahamkan, video ‘prank’ tersebut bertujuan sebagai sosial eksperimen untuk melihat reaksi rakyat Malaysia.
Setiap kita pastinya ke Makkah menunaikan haji atau umarah. Sana terdapat tempat dimakbulkan doa.
Namun, mampu kah kita pergi ke sana setiap tahun. Bagaimana perkongsian ini juga menjelaskan bahawa, satu per tiga malam adalah masa mustajab doa dimakbulkan. Jika tidak mampu ke sana, pilih lah waktu mustajab itu.
Ikuti perkongsian ini.
Umrah Setiap Tahun, Mampukah Aku?
“Kami mengambil masa yang sangat lama untuk mengumpul duit datang ke sini Ustaz.” Saya tanpa segan silu luahkan pada Mutawif saya. Dia tersenyum memandang saya.
“Kenapa kita di sini?
Adakah disebabkan duit kita yang menyebabkan kita mampu ke sini?
Atau disebabkan Allah yang jemput kita menjadi tetamuNya punca kita di sini?
Tak perlu jawap pada saya, soalan ini untuk kita fikirkan”
Saya terdiam bila disoal dengan satu pertanyaan yang memang sukar untuk saya jawab. Benar, ianya berkenaan logik akal dan keyakinan kita.
Masa berlalu begitu pantas di sana.
Semasa di Jeddah menunggu flight untuk perjalanan balik ke Malaysia, kami delay hampir 5 jam disebabkan masa penerbangan yang ditetapkan berubah tiba-tiba. Saya sempat bersembang dengan seorang makcik yang kami panggil ‘Maktok’ sepanjang kami di tanah haram.
“Maktok dah pergi umrah sejak 1996, sekarang 2019. Hampir 23 tahun Maktok akan datang ke sini setiap tahun, insyaAllah. Jadi serba tak kena kalau tak mai. Rindu semacam. Kadang-kadang setahun 3 kali Maktok datang Makkah. “
Excited dengar, saya pun membalas “Ya Allah, Maktok! Rezeki sungguh. Mesti Maktok kerja hebat-hebat kan. Duit banyak sampai setiap tahun boleh mai.”
Maktok tersenyum memandang saya. Dia menjawap,
“Ini bukan soal duit. Dulu Maktok hanya kerja kerani biasa saja. Tapi Maktok berkeinginan nak datang setiap tahun, Maktok berdoa. Allah lorongkan Maktok buka Catering. Alhamdulillah dari situ Maktok diberikan jalan untuk ke sini setiap tahun.
Untuk ke Makkah bukan saja perlu ada impian dan hasrat, tapi perlu juga berdoa setiap hari. Berdoa semoga Allah menjemput kita menjadi tetamuNYA. Itulah usaha kita, memohon pada Allah. InsyaAllah, jalan untuk ke rumahNYA akan terbuka luas. “
Saya terdiam.
Teringat kata-kata Mutawif saya,
“Benar Allah Maha Mengetahui apa yang ada didalam hati setiap hambaNYA, tetapi jika kita tidak memohon dan berdoa padaNYA macam mana Allah nak perkenankan hasrat kita secepat mungkin. Boleh jadi Allah delaykan sepuluh atau dua puluh tahun lagi.”
Sampai Malaysia, saya ceritakan kisah ini pada kawan saya. Saya cakap,
“aku patut berdoa di tempat-tempat paling mustajab ketika di sana untuk datang menjadi tetamuNYA pada setiap tahun, rugi kan.. “
Kawan saya membalas.
“Di sana memang ada tempat-tempat mustajab yang InsyaAllah memang akan dikabulkan setiap doa, tetapi jangan bimbang, Allah juga telah bagitau dalam Al-quran yang Allah akan perkenankan doa orang yang meminta padaNYA disepertiga malam pada setiap malam. Kita masih ada masa Norzi. Mungkin bukan berdoa di tempat yang mustajab, tapi InsyaAllah pada MASA yang mustajab doanya”.
Rasulullah S.A.W bersabda “Rabb kita Tabaroka wa Ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu DIA berkata: ‘Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Kuampuni’.” (HR. Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758).
“Dan pada sebagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79)
Di Madinah, kita ada Raudhah.
Di Makkah, kita ada Kaabah, Hijir Ismail, Multazam.
Di sini dan walau di mana pun kita berada, kita mempunya Tahajud setiap malam.
Yakin!
Kredit: Norzi Malek
Ibrah Umrah 2019.
Sesuatu untuk di fikirkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila video tular memaparkan kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak baru- baru ini, ternyata menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Pun begitu dalam sedar atau tidak, sebenarnya kes buli di zaman belajar bukan lah perkara baru. Malah sudah lama berlaku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Senior pukul junior, ia seakan satu budaya yang dibawa dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai antara kita dahulunya pernah menjadi mangsa buli rakan-rakan. Ini seperti mana kisah peribadi yang dikongsikan oleh pakar motiovasi yang tidak asing lagi namanya, iaitu Dr Tengku Asmadi.
Rupanya siapa sangka dia juga pernah menjadi mangsa buli hingga membuatkan dia nekad untuk melawan keganasan tersebut dengan tindakan yang boleh merosakkan masa depannya.
KISAH BENAR SAYA DIBULI
Dulu sewaktu kecil saya membesar di kampung tanpa ayah. Hanya emak sahaja yang ada. Emak pula turun lepas subuh dan pulangnya ada ketikanya lepas Maghrib kerana mencari rezeki sebagai tukang masak di restoran di bandar Kuala Terengganu.
Al kisahnya, di kampung saya itu memang ada remaja yang nakal dan pembuli. Dan saya antara yang sering dibuli. Mereka pegang saya dan pakat ketuk kepala ramai-ramai. Orang Terengganu kata ‘kherpok’. Bahasa bakunya ‘Luku’. Maklumlah saya ni dulunya kurus dan halus sahaja. Dan semua ini dilakukan atas arahan seorang yang berlagak ketua dan samseng.
Nekad Lawan
Kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu, satu hari saya keluar dan selit pisau daging dalam baju. Niat saya hari ini, siapa yang buli aku, aku tetak.
Entah macam mana hari itu, tiada seorang pun yang datang membuli. Maka terhindarlah dari sebarang petaka. Usia saya masa itu baru 14 tahun. Apa lah sangat anak usia 14 tahun, membesar tanpa ayah dan terbiar ini tahu berfikir panjang.
Jika berlakulah perkara yang tidak baik masa itu, maka hidup dan nasib saya mungkin tidak seperti hari ini. Tiadalah insan bernama Dr. Tengku Asmadi seperti hari ini.
Syukur, asbab berkat doa ibu, Allah lindungi saya. Apa yang saya nak beritahu, buli boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk. Yang membuli boleh lakukan perkara buruk. Yang dibuli kerana mempertahankan diri juga boleh melakukan perkara buruk.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...