Kekeluargaan

Dua Kali Gagal IVF, Siti Elizad Reda Soal Zuriat. “Saya Reda, Usia Pun Dah Nak Masuk 40 Tahun”

Share

Bukan ujian yang mudah untuk dilalui semua namun bagi pelakon, Siti Elizad dia dia reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF).

Bahkan kata Elizad menerusi perkongsiannya di Harian Metro, dia lebih dulu mahu menjaga kesihatan mentalnya memandangkan usianya kini hampir mencecah usia 40 tahun. Malah dia kini reda dengan ketentuan itu.

“Saya tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti.

“Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an,” katanya.

Tambah pelakon jelita ini, doktor ada menawarkan untuk menjalani IVF buat kali ketiga namun dia tidak bercadang untuk melakukan rawatan berkenaan buat masa ini kerana mahu kembali berlakon.

Bahkan kata Elizad lagi, sehingga kini dia dan suami tidak pernah terfikir soal mengambil anak angkat kerana suaminya sudah punya zuriat menerusi perkahwinan terdahulunya. Tambah pula dengan anak-anak buah yang ramai memeriahkan kehidupan mereka.

“Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT.

“Kalau ada rezeki nanti adalah.

“Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu.

“Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 namun mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Kemudian, Siti Elizad juga menjalani rawatan IVF buat kali kedua pada Mac lalu namun gagal.

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club