
Bukan ujian yang mudah untuk dilalui semua namun bagi pelakon, Siti Elizad dia dia reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF).
Bahkan kata Elizad menerusi perkongsiannya di Harian Metro, dia lebih dulu mahu menjaga kesihatan mentalnya memandangkan usianya kini hampir mencecah usia 40 tahun. Malah dia kini reda dengan ketentuan itu.
“Saya tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti.
“Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an,” katanya.
Tambah pelakon jelita ini, doktor ada menawarkan untuk menjalani IVF buat kali ketiga namun dia tidak bercadang untuk melakukan rawatan berkenaan buat masa ini kerana mahu kembali berlakon.
Bahkan kata Elizad lagi, sehingga kini dia dan suami tidak pernah terfikir soal mengambil anak angkat kerana suaminya sudah punya zuriat menerusi perkahwinan terdahulunya. Tambah pula dengan anak-anak buah yang ramai memeriahkan kehidupan mereka.
“Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT.
“Kalau ada rezeki nanti adalah.
“Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu.
“Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 namun mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Kemudian, Siti Elizad juga menjalani rawatan IVF buat kali kedua pada Mac lalu namun gagal.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Lan Pet Pet Hijrah Ke Madinah Tahun Depan, ‘Mengidam’ Dikebumikan Di Perkuburan Baqi

Isi Kandungan
ToggleLan Pet Pet hijrah ke Madinah tahun depan, ‘mengidam’ dikebumikan di perkuburan Baqi. Anggota Senario, Lan Pet Pet, 55, bersama keluarganya bakal berhijrah ke Madinah, tahun hadapan kerana berhasrat mahu dikebumikan di Perkuburan Baqi.
Lan Pet Pet Hijrah Ke Madinah Tahun Depan,
Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berkata, dia sepatutnya berpindah ke Madinah, tahun ini tetapi terpaksa menangguhkan hasratnya bagi memenuhi permintaan balu Allahyarham Hamdan supaya terus bersama Senario.
“Ikutkan saya ke Madinah tahun ini, tetapi isteri arwah Hamdan, Norhamalini Ahmed minta saya terus bersama Senario bagi menjaga ukhuwah dan silaturahim kami.
“Jadi, saya tangguhkan perancangan ini, insya-Allah saya dan keluarga akan berangkat menunaikan umrah bersama keluarga minggu depan dan kami akan ‘riki’ apa yang patut di sana.
‘Mengidam’ Dikebumikan Di Perkuburan Baqi
“Cita-cita sejak kecil memang nak tinggal berhampiran dengan Rasulullah. Saya tanya isteri adakah bersedia dikebumikan di Madinah jika umur tak panjang?
“Bila isteri kata setuju, saya tak mahu tangguhkan lagi. Insya-Allah, ada rezeki saya akan bawa isteri dan anak-anak berhijrah ke sana. Bagaimanapun, kami akan kerap berulang-alik,” katanya.
Menurut Lan lagi, dia akan menguruskan hotel dan restoran milik Al Maliki Group, malah visa sudah pun diuruskan syarikat.
Bagaimanapun, kata Lan, kerjayanya di Malaysia tetap berjalan seperti biasa dan akan berulang-alik Madinah dan Kuala Lumpur.
“Insya-Allah, kerjaya bersama Senario akan tetap berjalan seperti biasa, kalau ada undangan saya akan balik ke sini.
“Saya sudah penat buat ulasan makanan dan restoran kerana terpaksa berlari ke sana-sini.
“Di usia sekarang apa lagi yang ingin saya kejar? Saya hanya ingin dekatkan diri dengan Allah dan Rasul. Saya bersyukur dipertemukan dengan orang betul,” katanya.
Lan ditemu bual pada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kejayaan Senario meraih trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, baru-baru ini.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga:
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Salah Konsep Asas Simpanan, Punca Ramai Tak Berjaya Menabung, Prof Ini Kongsi 6 Tip Mesti Jadi Kumpul Duit!

Sejak pandemik melanda dunia, ramai mempunyai kesedaran untuk menabung setelah ramai yang hilang pekerjaan. Ketika ini, duit kecemasan enam bulan atau tabungan amat berguna untuk ketika terdesak.
Selain menyimpan wang di bank, ada juga cara lain untuk displinkan diri menabung. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri.
Beliau menjelaskan ramai dikalangan masyarakar tidak memahami konsep asas simpanan. Sebaliknya hanya menyimpan apabila ada lebihan wang.
Nak tahu lanjut, ikuti 6 teknik menyimpan cara yang betul.
Simpan Dulu, Kini dan Selamanya : Teknik Menyimpan

Sejak kecil lagi kita biasa mendengar pepatah mengenai kepentingan menyimpan iaitu “Simpan sikit-skit, lama-lama menjadi bukit”. Sepatutnya aktiviti menyimpan ini telah menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian kita.
Ramai dalam kalangan masyarakat kita sebenarnya tidak memahami konsep asas simpanan.
Bagi kebanyakan orang, mereka akan menyimpan apabila mempunyai lebihan wang. Berapa ramai dalam kalangan kita yang mempunyai lebihan wang pada akhir bulan (sebelum terima gaji yang baru).
Menurut laman sesawang 20somethingfinance.com, empat negara yang mempunyai kadar simpanan peribadi (personal savings rate) yang tinggi pada tahun 2013 adalah Perancis (15%), Australia (11.1%), German (9.9%) dan Sepanyol (9.1%) dan sumber maklumat ini dipetik daripada Laporan Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). Laporan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati purata kadar simpanan isi rumah di Malaysian antara tahun 2006 sehingga 2013 adalah pada kadar 1.6%. Ini menggambarkan bahawa rakyat Malaysia kurang menyimpan, tidak mempunyai simpanan yang mencukupi dan ianya adalah sesuatu yang membimbangkan.
Berikut dibincangkan beberapa teknik yang boleh membantu anda dan keluarga untuk membuat simpanan untuk kegunaan masa hadapan dan kecemasan. Setiap teknik mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Pilihlah teknik yang sesuai dengan kemampuan dan keselesaan kedudukan kewangan anda.
1.Teknik Pemotongan Automatik (Auto-deduction)
Teknik ini melibatkan arahan pemotongan automatik sebahagian daripada wang yang diterima (pendapatan) untuk tujuan simpanan. Dalam bahasa yang mudah ialah buat potongan atau tolakan sejurus selepas gaji diterima. Ini bermakna pada setiap tarikh gaji diterima sejumlah amaun akan dipotong untuk tujuan simpanan dan teknik ini juga dikenali sebagai teknik tanpa sedar. Teknik ini menyarankan anda untuk mempunyai dua akaun di mana akaun pertama untuk menerim gaji atau pendapatan manakala akaun kedua untuk tujuan simpanan. Sebagai contoh anda membuat potongan dalam amaun yang sama setiap bulan untuk simpanan di tabung haji atau akaun simpanan yang lain. Anda mempunyai pilihan sama ada pemindahan duit secara online atau arahan pemotongan automatik kepada bank. Ada sesetengah majikan menyediakan kemudahan potongan gaji untuk simpanan di akaun Tabung Haji dengan hanya mengisi borang buat pertama kali dan potongan akan dibuat terus daripada akaun gaji mereka ke akaun Tabung Haji.
2.Teknik Paksa Rela
Teknik ini biasanya digunakan oleh mereka yang sukar untuk menyimpan atau tidak berdisiplin dalam menyimpan. Melalui teknik ini, seseorang perlu membuat pinjaman atau pembiayaan peribadi dengan bank. Kebanyakan teknik ini digunakan oleh mereka yang membuat pinjaman atau pembiayaan ASB (Loan ASB). Setiap bulan seseorang terpaksa memperuntukkan sebahagian gaji yang diterima untuk dibayar kepada bank (biasanya amaun yang sama setiap bulan) bagi satu jangka masa tertentu. Bayaran yang dibuat ini sebenarnya ialah simpanan mereka. Jadi tiada alasan mereka tidak boleh menyimpan lagi.
3.Teknik Duit Syiling

Teknik ini sesuai untuk mereka yang tidak suka menggunakan duit syiling untuk membuat pembayaran. Alasan yang biasa diberikan ialah berat dan dompet mereka tidak mempunyai ruang untuk menyimpan syiling. Maka duit syiling berterabur di merata tempat baik di rumah atau pejabat. Teknik ini menyarankan anda untuk mengumpul dan mengasingkan duit syiling mengikut nilai iaitu 1 sen, lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Anda mempunyai pilihan sama ada mengumpulkan semua jenis duit syiling tersebut dalam satu tabung khas atau sediakan lima tabung berbeza mengikut jenis duit syiling dan tabung tersebut perlu dilabelkan. Setiap kali berbelanja dan ada lebihan, masukkan duit syiling tersebut ke dalam tabung.
4.Teknik Sampul Surat
Teknik ini juga dikenali sebagai teknik bajet di mana ianya menyarankan anda untuk membuat peruntukan perbelanjaan bulanan berdasarkan sampul surat. Pertama anda perlu ketahui berapa peruntukan yang akan diagihkan untuk setiap item perbelanjaan misalnya perbelanjaan untuk makan minum (RM400), bayaran utiliti (RM200), bayaran pinjaman (RM1,000), simpanan (RM300) dan perbelanjaan keperluan anak (RM400). Seterusnya pada setiap sampul surat itu anda perlu letakkan label item perbelanjaan tersebut. Sekiranya pada akhir bulan tersebut ada lebihan daripada mana-mana perbelanjaan, anda boleh salurkan lebihan tersebut kepada sampul surat “simpanan”. Agihan peruntukkan juga boleh dibuat mengikut warna sampul surat.
5.Teknik Duit Ganjil
Teknik ini menggalakkan seseorang untuk menyimpan wang kertas yang mempunyai nilai wang yang ganjil iaitu RM1.00 dan RM5.00. Setiap kali anda berbelanja dan mempunyai baki wang, pastikan wang kertas tersebut diasingkan dan dikumpulkan sama ada di dalam album atau sampul surat. Andai kata anda menyimpan RM1.00 sehari, dalam masa sebulan jumlah simpanan yang terkumpul adalah sebanyak RM30.0 dan setahun anda dapat menyimpan sebanyak RM365.00. Sekiranya dalam masa seminggu anda dapat mengasingkan RM5.00, maka sebulan jumlah yang terkumpul adalah sebanyak RM20.00 dan setahun anda dapat menyimpan sebanyak RM260.00.
6.Teknik Warna Duit (Wang Kertas)
Teknik ini menyarankan seseorang untuk membuat simpanan berdasarkan warna wang kertas. Anda boleh mengasingkan wang yang diterima atau membuat simpanan berdasarkan wang kertas iaitu warna biru (RM1), warna hijau (RM5), warna merah (RM10), warna oren (RM20), warna biru laut (RM50) dan warna ungu (RM100). Wang yang diterima bolehlah diasingkan mengikut warna tersebut dan sekiranya salah satu warna itu menjadi warna kegemaran anda maka ianya lebih mudah memotivasikan anda untuk menyimpan.
Berapa banyak wang yang boleh disimpan bukanlah menjadi ukuran dan juga bukan alasan untuk tidak menyimpan. Simpanan boleh dimulakan dalam jumlah yang kecil dan yang paling penting adalah disiplin dan konsisten dalam menyimpan. Selamat menyimpan dan menabung.
Sumber: eco1.upm.edu.my
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pening Kepala Tengok Barang Bersepah Dalam Beg, Beg Serbaguna Ni Memang Power!

Aidilfitri bakal menjelma tiba. Sudah tentu ada yang mula merancang untuk mengemas barang. Maklumlah tak lama lagi akan ramai akan mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Biasanya wajib ada check-list seperti toto, bantal, selimut, ubat-ubatan, ‘extension plug’, power bank, seterika, laundry beg, penyangkut baju, tuala dan barang mandian. Semua ini perlu dibawa bersama agar suasana hari raya berjalan sempurna untuk anda sekeluarga.
Namun, bagi yang mempunyai anak kecil, kelengkapan penyusuan, lampin pakai buang dan pakaian bayi antara wajib dibawa bersama. Bahkan jika pergi beraya sudah tentu memerlukan beg untuk mengisi semua keperluan anak.
Salah pilih beg memang pening dibuatnya! Barang bersepah dalam beg, nak cari memang susah. Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma ini, pasti ramai ibu ayah mencari beg serba guna tapi bergaya dan modern sebagai pelengkap kepada busana.
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SIMPLE DIMPLE CARBON SHIELD BAG
Maklumlah bila ada anak kecil, beg tangan agak kurang praktikal. Jadi, apa kata tahun ini rayakan bersama sebuah ‘beg tangan’ baharu dalam meraikan lebaran bersama seisi keluarga.
Sesuai buat ibu ayah modern, ‘beg tangan’ baharu iaitu beg serba guna Simple Dimple Carbon Shield Bag didatangkan dengan rekabentuk moden, bergaya dan mesra pengguna. Memang berbaloi!
Apabila memilih beg serba guna, pastinya semua ibu ayah akan mendapatkan pilihan terbaik supaya beg yang dipilih praktikal digunakan apa jua keadaan.
Jenama Simple Dimple Carbon Shield Bag ini adalah pilihan yang tepat buat ibu ayah yang mementingkan kepuasan penggunaan, bak kata perpatah, alah membeli menang memakai.
Dengan pilihan warna hitam dan biru, beg ini mempunyai banyak bahagian yang disertakan dengan poket pada bahagian dalam untuk mengisi lampin, pakaian, tuala, botol susu, permainan, pam susu dan bekas makanan. Ibu pastinya suka dengan beg ini apabila tiga botol susu bayi boleh diisi secara serentak. Juga disediakan penyambung untuk kereta sorong bayi.
Lebih teruja, beg ini bukan sahaja sesuai untuk mengisi kelengkapan bayi tetapi menjadi beg ibu ayah mennyimpan barang keperluan lain seperti laptop dan gajet, kunci dan kad. Juga sesuai untuk bekerja dan melancong serta sukan. Nyata beg ini yang dihasilkan dengan material yang tahan lasak, bagaikan beg 2 in 1. Boleh digunakan dimana-mana untuk sebarang tujuan.
CIRI-CIRI BEG
- Saiz besar XL, (46x22x32)
- Kalis air
- Ringan
- Fabrik tahan lasak
- Banyak bahagian penyimpanan barang
- Tali penyambung stroller
- Pelapik tukar lampin
8.Penyangkut stroller
9.Anti calar
- Anti gegaran
Apa yang pasti, beg ini memang berbaloi bagi mereka yang mementingkan kekemasan dan kebersihan.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club