Cantik dengan solekan hanya bersifat sementara sahaja. Bila solekan di tanggalkan barulah rupa sebenar yang terlihat. Masa tu barulah boleh lihat kecantikan sebenar seorang wanita.
Selain mengamalkan penjagaan kulit wajah dan secara keseluruhannya dengan menjaga pemakanan dan pengambilan makanan tambahan, tak salah juga kalau kita nak cuba pelbagai petua. Biarlah seiring petua dan pemakanan. Baru hasil nampak lagi mantap!
Dua kaedah guna bahan semulajadi ini boleh kekalkan kecantikan sebenar kulit kita. Malah paling penting membantu mengatasi pelbagai masalah lain. Jom amalkan sama-sama.
Betik Rawat Kulit Mati
Macam tak percaya dengan kuasa betik ni. Tapi itulah hakikatnya. Kalau nak tahu, betik adalah antara bahan alami yang digunakan untuk mencantikan kulit. Ia boleh menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan masalah jerawat. Tapi macam mana nak cantikkan kulit dengan betik ni? Ikut petua ini.
Bahan-Bahan:
Betik
Air mawar
1. Pilih betik yang masak ranum.
2. Lenyek betik sehingga halus.
3. Tuangkan sedikit air mawar dan gaulkan lagi hingga sebati.
4. Kemudian lumurkan dan gosok perlahan pada wajah. Lakukan amalan ini setiap hari.
Rawat Mata Sembab
Tak hanya betik, kentang yang selalu kita gunakan dalam masakan pun ada banyak kelebihannya. Kentang paling berkesan merawat masa sembap. Nak rawat macam mana?
Bahan-Bahan:
Kentang
1. Gunakan ubi kentang yang segar.
2. Hiris nipis ubi kentang dan letakkan potongan tersebut di atas mata selama beberapa minit.
3. Basuh dan bilas muka dengan bersih.
4. Lakukan proses ini berkali-kali hingga mata kembali pulih.
Tak susah bukan? Kalau kita perasan memang banyak produk kecantikan menggunakan dua bahan ini sebagai bahan utama. Itu membuktikan kedua bahan ini memang terbaik dan mujarab. Selamat mencuba!
“Lagi 2 Anak Ibu Ayah Dah Dalam Syurga.” Fasha Kongsi Kisah Pernah Keguguran Sebelum Lahir Aisha Amaira!
Apabila bergelar ibu, pastinya gelagat anak akan menjadi momen indah untuk dikenang. Rasa tak sabar untuk mengandung dan melahirkan anak kerana inilah momen yang paling dinantikan oleh setiap wanita. Lengkap sudah fitrah hidup.
Begitu juga dengan pelakon, Fasha Sandha begitu teruja apabila cahaya matanya, Aisha Amaira. Menerusi laman instagramnya, Fasha berkongsi cerita pernah keguguran dua kali sebelum lahirnya Aisha.
Assalamualaikum,
.
Pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah , Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik2 untuk ibu saya sejak dulu lagi….
Nama saya ,
AISHA AMAIRA BINTI MOHD AIDIL
Yang membawa maksud,
Bahagia dan Cantik Selamanya.
Ibu Aisha sangat kuat, hari kedua ibu dah kemas barang2 dan balik rumah.
.
Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau… lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.
Kepada ibu2 yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu ayah Aisha, jangan putus asa , Allah is the best planner.
.
Sebelah ibu Aisha ni namanya Nenek Kamisah (Tokmi) dialah matchmaker ayah ibu sehingga Aisha dilahirkan. @kam2u
.
Ayah @itsaidilaziz Aisha sayang Ayah, terima kasih sebab bantu ibu jaga Aisha kadang Aisha berjaga and poopoo at night
Love,
Aisha Amaira
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
View this post on InstagramA post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz) on
Sumber: fashasandha & itsaidilaziz
Tak Perlu Membebel Sepanjang Hari Tapi Jadilah Ibu Bapa Idaman. Ibu Ini Mula Ubah Sikap, Rupanya Memang Menjadi!
Ibu mana yang tak sayang anak. Sebolehnya inginkan anak menjadi apa yang diidamkan seperti berjaya dalam pelajaran, suka membaca, pengemas dan tidak bercakap kasar.
Jadi, tidak mustahil tekanan seperti ini, mak-mak akan lebih gemar membebel anak setiap hari apabila tidak menunjukkan perwatakan yang diidamkan.
Namun, bak kata perpatah, Bapa Borek Anak Rintik bermaksud akan perilaku atau perangai seorang anak itu yang sama seperti sifat serta perangai ibu dan ayahnya.
Begitulah dengan perkongsian ini, puan Adlil Rajiah yang pernah bersikap sebegitu dalam mendidik anak. Telah berubah sikap apabila menyedari bahawa formula untuk mendapat anak idaman sebenarnya tak perlu membebel tetapi hanya perlu jadi ibu bapa idaman aje. Jadi contoh buat anak-anak.
Benda yang paaaling banyak saya ubah pada diri sendiri sejak jadi mak—
adalah SIKAP.
.
Saya dulu pun perangai macam hawau.
Panas baran.
Tak sabar.
Degil.
Tak reti hormat orang.
Rasa diri sendiri je betul.
Tah apa-apa.
.
Tapi tahun demi tahun, saya mula perasan
anak2 ni memang nature dia—
tak makan saman.
.
Kita ajar lah macam mana pun,
kita berbuih nasihat macam mana pun,
kita bebel lah sepanjang hari pun,
kita hantar kat sekolah bagus macam mana pun,
anak2 still tak dengar cakap,
still memberontak,
still tak makan saman,
still tak jadi anak yang macam kita impikan.
.
Tapi after soooo many years baru saya sedar,
formula dia cuma satu;
KITA SENDIRI KENA JADI ORANG YANG KITA NAK ANAK JADI.
.
Anak tak perlukan nasihat.
Anak tak perlukan peraturan.
Anak tak perlukan bebelan.
Mereka cuma perlukan CONTOH.
FORMULA JADI IBU BAPA IDAMAN
.
Satu-satunya formula untuk dapat anak idaman, adalah dengan menjadi ibu bapa idaman.
.
One of my favourite mantra yang saya selalu share dalam seminar—
BE A THERMOSTAT, NOT A THERMOMETER.
.
Termometer sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling.
Bila keadaan sekeliling panas, suhu dia naik.
Bila keadaan sekeliling sejuk, suhu dia turun.
Dia duk berubah ikut suasana, ikut trend, ikut orang sekeliling.
.
Tapi termostat tak.
Termostat tetapkan standard, dan keadaan sekeliling akan berubah mengikut standard yg dia tetapkan.
Walau macam mana pun suhu orang sekeliling naik turun, termostat takkan ubah suhu dia.
Dia tetap maintain, sampai lama2 semua orang sekeliling ubah ikut suhu dia.
.
Itu termostat.
It sets the standard, and influences the surrounding.
.
Tipu la kalau saya kata anak saya baik macam malaikat.
Ada hari, dia memang baik.
Tapi ada juga hari, dia buat perangai mintak kaki 😂
.
There are times Haikal liat gilaa nak solat.
But before saya marah dia, I reset my solat standard first —
solat awal waktu, increase khusyuk, etc.
.
Tak lama lepas tu, i can see improvement pada Haikal dan tak susah dah nak ajak dia solat.
.
There are times Haikal banyak tengok TV dan jadi kurang kreatif.
Bila TV tak on, terus dia tak senang duduk.
Before saya hempok dia dengan remote, I reset the standard of my screen time first—
hadkan masa dengan TV/phone, rancang activities without screen, read books, read Quran, exercise, etc.
.
Tak lama lepas tu, i can see improvement pada Haikal. Bila TV tak on, dia mula capai quran, capai buku, capai lego, capai komik.
.
And there are times Haikal melawan cakap dan berkasar dengan saya.
Sebelum berkasar dan melawan dia balik, I reset my standard of handling my own anger, and be more patient first.
.
Tak lama lepas tu, Haikal mula bercakap lembut, tak cepat menjawab, mudah senyum, mudah minta maaf, etc.
.
My point is—
kita sebagai ibu bapa.
We ARE the thermostat.
We set the standard, and our children will follow accordingly.
.
But of course,
setiap progress perlukan masa.
.
Buat sehari, tak jadi apa—
sabar.
Teruskan buat hari kedua dan seterusnya.
Trust the process, and don’t lower down your standard.
.
Kita takkan dapat ubah orang lain terutama anak, melalui tekanan dan desakan.
Tapi melalui akhlak, kita pasti dapat membentuk hati si pemerhati sedikit demi sedikit.
Just be consistent in improving yourself.
.
Macam air yang menitis atas batu,
lama2 akan menghakis batu.
Bukan kerana tekanan air tu kuat,
tapi kerana konsistensi titisannya.
.
Anggap je setiap masalah yang kita hadapi dengan anak ni adalah satu peluang untuk kita capai standard yang lebih tinggi—
jadi termostat yang lebih berkualiti.
.
Sumber: Adlil Rajiah.
Jika Dulu Biji Tembikai Kita Buangkan Saja. Rupanya Ada Manfaat Untuk Kesihatan Keluarga!
Melihat buah tembikai yang telah dihiris terhidang di atas meja, dengan warnanya yang merah menyala tentu membuatkan kita terbayang kemanisan rasanya, dan tidak sabar pula untuk menikmatinya.
Pun begitu, selepas kita menjamah keenakan rasa buah tembikai tersebut, bijinya sering kita buang.
Sebenarnya, biji buah tembikai amat berguna untuk manusia.
Menurut maklumat daripada laman boldsky.com, setiap biji buah tembikai dikatakan amat bermanfaat dalam membantu menyembuhkan beberapa penyakit seperti sakit batu karang, penyakit jantung dan beberapa penyakit lain.
Jom semak apa lagi khasiat yang terkandung di dalam biji buah tembikai ini.
Khasiat Biji Tembikai
Cara untuk menyediakan biji tembikai untuk dibuat ubat seperti yang dinyatakan di atas teramatlah mudah dan senang.
Ambil beberapa biji tembikai kemudiannya rebus dengan sedikit air. Air rebusan dari biji tembikai itulah yang dikatakan sangat bermanfaat untuk beberapa penyakit seperti yang berikut;
Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kandungan magnesium yang terdapat di dalam biji tembikai sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung manusia.
Mencantikkan Dan Menjaga Kulit
Biji tembikai mempunyai kadar zat antioksida yang amat tinggi, jadi rebusan air biji tembikai ini akan merawat kulit daripada dalaman yang akan menjadikannya lebih licin serta halus dan gebu.
Mengawal Diabetes
Air rebusan ini boleh menurunkan kadar gula di dalam darah dengan baik. Anda perlu mengamalkan selama tiga hari secara berturut-turut tanpa henti untuk melihat kesannya serta rasai perbezaannya.
Memperkuatkan Ketahanan Rambut
Khas untuk wanita sekiranya mengamalkan air rebusan biji buah ini, ia dapat membantu serta mengelakkan daripada keguguran rambut malah ia dikatakan mampu mengubati kulit kepala yang sering gatal seperti kelemumur.
Meningkatkan Kekebalan Tubuh Badan
Biji tembikai amat kaya dengan vitamin serta nutrisi, ianya sangat baik untuk kebaikan tubuh badan manusia.
Mungkin ramai yang tidak menyangka kebaikan biji tembikai dan sebelum ini biasanya kita sering membuangnya begitu sahaja tanpa memikirkan kelebihan yang terdapat pada biji tembikai itu.
Selepas ini, anda boleh mengamalkan tips ini untuk kebaikan dan kesihatan anda sekeluarga serta untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Amalkanlah sesuatu yang amat bermanfaat itu demi kesihatan yang lebih sempurna.
Biji tembikai sangat rendah kalori dan padat dengan nutrien. Kalau kita goreng akan jadi rangup dan boleh gantikan snek yang tidak sihat. Tetapi kalau tukar jadi teh, dapat segalanya yang kita perlu hanya dalam satu minuman!
Resipi teh biji tembikai!
Sediakan 20-30 biji tembikai.
Kisar dan rebus selama 15 minit dalam 2 liter air.
Ambil minuman ini selama 2 hari dan berhenti di hari ketiga.
Terus berbuat demikian untuk beberapa minggu dan alami perubahannya!