“Dua-Dua Kepala Kat Bawah. Tak Larat Bawak Perut.”Ainan Tasneem Menghitung Hari Lahirkan Bayi Kembar!

Share

Penyanyi Ainan Tasneem berkongsi perkembangan terbarunya yang bakal melahirkan bayi kembarnya selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, penyanyi berusia 28 tahun itu mengakui sudah tidak sabar untuk kehadiran sepasang anak kembar tersebut.

Kandungan dah nak masuk 36 minggu. Doktor bagi masa sampai 37 minggu je untuk bersalin sebab twins kan. So inshaaAllah this week or next week dapat jumpa baby twins. Tak sabar! Dua dua kepala dah kat bawah, hopefully sangat dapat bersalin secara naturally tanpa induce & dapat bersalin normal kalau tiada sebarang komplikasi. Mohon doa dari semua ya 🥺

Dalam masa yang sama juga, Ainan turut berkongsi situasi yang dialaminya kini memandangkan kandungannya semakin sarat.

Actually memang tak larat dah nak bawak perut sebenarnya. Sakit pinggang, sakit belakang, time tido pon lenguh2 badan padahal takde buat apa2 aktiviti pon. Kalau nak tukar position time tido lagi la subhanallah…. sakit yang amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pon tak boleh lama sangat kalau tak memang gigil2 kaki😭

Menerusi perkongsiannya sebelum ini, Ainan pernah menyatakan kebimbangan bagi melahirkan bayi kembar pramatang berikutan masalah saiz bayinya.

“Ainan tak sabar jumpa twins, tapi dalam masa yang sama mengharap untuk diorang stay lama lagi dalam kandungan supaya cukup bulan dan kedua-dua bayi mencecah berat melebihi 2KG. Pls semua orang aminkan,” ujarnya.

Ainan mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun.

Perkongsian Ainan mengenai situasinya membuatkan ramai yang menitipkan doa semoga dipermudahkan urusannya dan selamaty melahirkan bayi kelak.

mmunirahnazrii Time tidur kalau nak alih badan pun rasa sakit kan. 🥲 Muya sampai kena berpaut dkt mana mana kalau nak ubah position. 😂
tashamanshahar Tu la kan pengorbanan seorg ibu. Ainan ni mengandung nampak perut je besar tp bdn still nampak kurus. Stressnya tengok! Semoga dipermudahkan utk Ainan dan twins 😍
amalinaghani_ig Wahhh dah siap 2 tu swing. Bestnya. May Allah ease everything ainan. 😍
cikz_amirah_anuar Amimnn semoga dimudahkn,ada org ckp mkn bendi bagus nk beranak
liesazuraimi Amin. Semoga dipermudahkan segala urusan. Nnt google juga ya cara bf anak kiri kanan. Senang keja nnt. Akak dlu mcm tu. 😂

Sumber: Instagram Ainan Tasneem