Dua Cara Buat Anak Makan Jagung Rebus Tanpa Henti, Mudahnya, Memang Superb!

Share

Hujung minggu ni apa kata anda cuba resipi ringkas ini. Jagung rebus!

Jagung rebus atau bakar yang dimakan ketika panas pasti buat anda terangkat.

Jagung rebus sememangnya enak dijadikan makanan sendalan tidak terasa ‘kosong’ dan hambar dengan adanya sokongan rasa enak dan lemak dengan menggunakan petua ini. Bagaimana?

#PETUA 1

BAHAN-BAHAN:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
Air secukupnya

Sebelum merebus pastikan jagung dibasuh bersih dan dibuang kesemua pangkalnya hingga bersih. Kemudian rebuslah seperti biasa dan ketika merebus, masukkan sedikit gula pasir ke dalam air rebusan. Biarkan jagung direbus hingga masak. Hasilnya jagung tambah manis dan cukup enak sekali di makan. Rasanya berbeza dan sedikit lemak serta paling utama ia meninggalkan rasa manis yang unik.

#PETUA 2

BAHAN-BAHAN:

Jagung
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
4 sudu makan mentega
2 keping keju
Secukup rasa gula dan garam
Air secukupnya

Rebus jagung selama 15 minit dan angkat jagung. Dalam air rebusan yang sama, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan biarkan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan semula jagung dan biarkan masak hingga sebati.

Selamat mencuba!