Alhamdulillah saya berjaya membawa kesemua ahli keluarga iaitu abah, mama dan dua orang adik perempuan melancong ke Jepun pada Januari 2019 yang lalu.
Hakikatnya, impian untuk membawa seisi keluarga sentiasa ada sewaktu menguruskan percutian orang lain di Jepun. Siapa sangka, selepas 3 tahun berkecimpung dalam bidang pelancongan di sini, akhirnya saya berjaya juga membawa keluarga saya.
Kalau diukur pada kemampuan kewangan, jujur saya katakan sampai bila-bila pun saya tak mampu untuk bawa keluarga berjalan ke luar negara. Apa tidaknya, dianggarkan RM 36,000 kos yang perlu dibelanjakan kalau dilihat secara kasar. Itu pun, memandangkan saya mempunyai Mpv sendiri di Tokyo, jadi sedikit sebanyak dapat juga kurangkan kos untuk transportation.
Nilai yang cukup besar sebenarnya, namun wang bukanlah ukurannya. Saya yakin, Allah akan limpahkan lagi rezeki bagi setiap insan yang membahagiakan dan mengembirakan hati ibu bapa dan ahli keluarga, rezeki itu luas!
Pun begitu, bagi meringankan lagi jumlah kos yang dibelanjakan sepanjang 7 hari 6 malam kami di sana, saya dan adik perempuan telah berpakat untuk menampung separuh seorang. Dan kami juga tidak membenarkan abah dan mama membawa wang untuk berbelanja di sini. Semuanya ditanggung oleh kami berdua.Alhamdulillah semuanya lebih daripada cukup.
Kali Pertama Kenal perkataan ‘Salji’
Keterujaan bermain salji memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Malah adik bongsu saya iaitu Wan Nur Alami, 23 yang juga merupakan pemegang kad OKU, kelihatan terpaku melihat indahnya salji yang memutih.
Ads
Ketika dan saat itulah dia sebenarnya baru mengenali tentang perkataan salji. Kegembiraan yang dipancarkan di wajahnya cukup membuatkan saya terlalu gembira. Saya layankan sahaja reaksi keterujaan adik bongsu ketika itu, dan siapa sangka abah juga meluahkan rasa seronoknya dengan berguling-guling di atas salji.
Ads
Sungguh, situasi ini cukup istimewa saya rasakan dan akan saya kenang sampai bila-bila. Apa yang pasti, bila saya melihat wajah mereka, terutamanya abah dan mama ketawa kegembiraan, cukup membuatkan saya juga bahagia dan gembira.
Lebih bermakna lagi percutian kali ini, kami sekeluarga sempat juga menyambut hari lahir mama di dalam taman tema Disneyland. Suatu pengalaman dan peluang keemasan yang cukup terindah.
Kongsi Tip
Ads
Benar, Jepun adalah negara pertama yang kami sekeluarga melancong bersama-sama. Kesihatan abah baik-baik sahaja sepanjang berada di sana. Walaupun umurnya mencecah 76 tahun, namun masih cergas berjalan.
Jika berniat untuk membawa ibu dan ayah yang berusia, disarankan sila buat persediaan dengan sebaik mungkin. Antaranya :
1. Kalau boleh, keluarkan lah modal sedikit untuk bagi keselesaan pada orang tua kita yang warga emas. Elakkan atau kurangkan penggunaan public transport kerana jarak berjalan yang banyak dan juga bilangan anak tangga yang terpaksa tempuhi.
2. Jika datang pada musim sejuk, pastikan pakaian secukupnya. Sekurang-kurangnya 4 lapisan dari therma layer, baju biasa, baju sejuk/knitwear dan jaket tebal. Jaket satu lapis yang nipis tidak sesuai untuk dipakai satu lapis sahaja.
3. Perbanyakkan makanan dari Malaysia kerana kebanyakan warga emas tidak boleh makan makanan yang pelik di luar negara. Sediakan makanan kebiasaan mereka. Beras jepun adalah seperti beras pulut jadi tidak semua orang boleh makan. Tambahan Jepun bukan negara muslim, jadi tidak semua tempat ada makanan halal.
Tiada sebarang petanda yang menunjukkan beliau mempunyai masalah kesihatan, bahkan sentiasa sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Disebabkan beliau sering muntah dan tersedak selepas makan, pelakon yang terkenal dengan watak Pak Selamat dalam Sitkom Spanar Jaya ini kemudiannya mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
Alangkah terkejutnya bila doktor mengesahkan beliau menghidap Kanser Esofagus iaitu kanser di bahagian salur makanan yang terletak diantara tekak dan perut. Lebih memeranjatkan bila dikatakan kanser tersebut sudah berada di tahap 4.
Zaibo, 62 atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abdul Hamid, kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, dia mengakui sukar menerima berita sedih yang menimpa dirinya itu.
“Saya asyik muntah dan tersedak membuatkan saya menjalani pemeriksaan termasuklah CT Scan. Kemudian doktor sahkan saya menghidap kanser Esofagus tahap 4 kerana di dapati merebak ke bahagian perut, paru , hati dan juga bahagian tulang rusuk.
“Saya kemudiannya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh. Saya tak boleh makan makanan keras, sebaliknya kena makanan cecair. Jadi saya ambil susu untuk tambah tenaga.
“Sejujurnya, ketika mendapat berita ini memang terkejut dan rasa ‘Down’. Kerana sebelum ini tiada sebarang petanda kerana saya tidak sakit. Saya buat kerja macam biasa kerana tiada sebarang petanda atau tidak sihat sebelum ini. Jadi rasa down dan tiga hari pertama saya berada di dalam bilik tanpa gangguan sesiapa.
Cuba muhasabah diri, bersedih dulu dan lepas berfikir secara baik, namun ketika itu dia mula terfikir tentang grup whattsapp rakan-rakan sekolah yang sudah lama disertainya.
“Di dalam grup tersebut seorang demi seorang meninggal. Mungkin lepas ini giliran saya. Tetapi mungkin bukan sebab kanser tetapi Tuhan yang tentukan. Sama ada tua atau muda sakit atau sihat, kalau dah sampai masa akan pergi.
“Lama berfikir, saya kena kuat kerana kasihan tengok isteri dan anak-anak sedih. Lagipun saya sihat, boleh jalani hidup macam biasa. Keluarga saya gembira bila saya gembira. Dalam hal ini doa yang lebih afdal dalam, kita memohon kesembuhan.
“Kita tak tahu doa siapa yang diperkenan Allah SWT dan saya panjatkan syukur dan rakamkan terima kasih yang menyokong saya dari dulu hingga sekarang,” ujar Zaibo lagi.
Sama-sama kita doakan semoga sembuh segera dan dipermudahkan urusan Zaibo dalam menghadapi ujian ini.
Sumber: Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak sangka, rupanya kulit udang bermanfaat untuk tanaman terutama membantu mengeluarkan pucuk baru.
Zat yang ada dalam kulit udang iaitu Chitosan menajdi baja semula jadi dalam membantu melawan jangkitan fungus.
Nak tahu caranya jom baca perkongsian dari Enkay Nik Mustaffa. Kuasa baja kulit udang
————————————-
InshaAllah semua berebut nak mengeluarkan pucuk baru.
1. Kulit udang, ketam dan kerang kerangan mempunyai sejenis zat yang dikenali sebagai Chitosan.
2. Chitosan atau chitin ini memberikan banyak kebaikan kepada tanaman kita. Antara manfaat chitosan kepada tanaman kita ialah ia merupakan baja semulajadi kerana tumbuhan menyerap zat nutrien tanpa unsur baja kimia yang lain.
3. Chitosan digemari oleh organisma organisma baik di dalam tanah seperti cacing dan bakteria.
4. Tanaman disifatkan lebih kuat melawan jangkitan fungus dan membolehkan pokok hidup lebih subur kerana kadar pertumbuhan pokok lebih positif.
5. Baja chitosan ialah baja semulajadi yang amat mudah untuk disediakan. Cara membuat baja kulit udang.
————————————————— Kulit udang atau ketam dan kerang hanya perlu direbus dan air rebusan boleh disejukkan dan disiram ke tanaman. Kulit yang direbus boleh dijemur dan ditumbuk atau dikisar dan bolehlah ditaburkan ke tanaman kita.
Kalau rasa tak rajin dan nak senang- boleh beli di kedai pertanian.
Jom kita ke kebun
xoxo
#jomtanamsayur #ediblegarden #kebunbandar #kebunrumah #abah_umarediblegarden
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sahaja yang tidak merasa bangga bila dapat tahu ada dua sekolah harian di Malaysia boleh tersenarai di dalam top 10 sekolah terbaik di dunia.
Bahkan buat angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut merakamkan rasa bangga dan terujanya di atas pencapaian tersebut. Apa tidaknya, dua sekolah yang berjaya disenarai pendek dalam 10 kategori terbaik itu adalah SMK Kampong Jawa yang terletak di Klang, Selangor dan satu lagi sebuah sekolah yang terletak di Pahang iaitu SMK Kempadang, Kuantan.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, pada awalnya dia sangkakan sekolah terpilih di antara yang terbaik itu pastinya daripada sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau jika tidak pun sekolah elit.
“Setinggi-tinggi Tahniah. Saya sangka MRSM atau sekolah Elit lain akan disenarai pendek,” ujarnya menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Malah bapa kepada enam cahaya mata itu mahu datang melawat dua sekolah terbaik itu. Pada masa yang sama, beliau turut memberikan penghargaan kepada guru-guru yang berkhidmat di dua sekolah tersebut dan semua pelajarnya.
“Tak pernah dengar nama sekolah-sekolah itu. Nampaknya saya perlu melawat sekolah itu sendiri untuk melihat apakah yang membuatkan sekolah tersebut sangat bagus.
“Kepada cikgu-cikgu dan semua pelajar, tahniah,” ujarnya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya bekas pelajar dua sekolah tersebut meluahkan rasa bangga mereka apabila dua sekolah biasa berjaya mengharumkan nama negara.
Meninjau diruangan komen, nyata warganet turut merakamkan ucapan tahniah dan bangga dengan pencapaian dua buah sekolah tersebut.
“Alhamdulillah, bangga dapat menjadi sebahagian daripada #smkkj”
“Sekolah yang hebat datang daripada cikgu yang hebat.”
“Tahniah! Saya sekolah kampung je, tak pernah merasa masuk sekolah best macam mana”
“Tahniah SMK Kampung Jawa, sekolah anak saya”
“Sekolah top di Malaysia dikuasai oleh SBP tapi rezeki SMK jadi sekolah terbaik”
“Persaingan yang sihat antara sekolah-sekolah di Malaysia”
Baca juga di SINI berkaitan dua sekolah tersebut yang menjadi kebanggan kita rakyat Malaysia.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Anzalna tak percaya dengan maid, "Saya tak akan tinggalkan anak dengan pembantu rumah." Tular satu video yang dimuatnaik oleh pempengaruh media sosial, Dr Say. Video itu memaparkan anak lelaki ketiganya, Zeq telah dikasari oleh pembantu rumah yang sebelum ini pernah membawa masuk lelaki di kediamannya pada Julai lalu.