Berita

Dua Beradik Maut Sebelum Sempat Ziarah Kubur Ayah

Share

Hasrat dua beradik tidak kesempaian apabila menemui ajal ketika dalam perjalanan menuju ke pusara bapa.

Menurut laporan Metro, remaja lelaki bersama adik bongsu berusia lima tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas motosikal ditunggang mereka merempuh tong sampah roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 6.15 petang itu, mangsa dalam perjalanan untuk menziarahi kubur bapa di Bertam Hulu, sebelum mahu menikmati makan malam bersama keluarga.

Sebagaimana penjelasan, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan adik perempuannya, Nur Afiqah Sofea Hazlin, 5, meninggal dunia semasa dirawat di zon merah Hospital Melaka.

Menurutnya, semasa kejadian, Muhammad Amirul menunggang motosikal Demak DV110 dan ia dibonceng adiknya dan mereka dari arah Ayer Keroh menghala Sungai Udang.

“Siasatan awal mendapati, sebaik sampai di lokasi kemalangan, penunggang dipercayai tidak perasan sebuah kontena roro berada di bahu jalan lalu melanggarnya.

“Akibat pelanggaran itu penunggang dan pembonceng. parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari in.

Christopher berkata, dua beraik itu disahkan meninggal dunia semasa dirawat, masing-masing pada 7.40 malam dan 12.30 tengah malam.

“Mayat mangsa akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik hari ini untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

IKLAN