Memetik berita di BERNAMA berkenaan petua dua beradik yang sehingga kini kekal sihat walau telah berusia melebihi satu abad, siapa sangka amalan berpuasa selama tiga bulan sehingga Ramadan dijadikan rutin setiap tahun sejak mereka di usia muda lagi.
Dua beradik yang dikenali sebagai Munah Yunus, 115 dan Pah Yunus, 111 yang menetap di Kampung Rengas, Tok Bok bersyukur masih sihat dan dikurniakan usia yang panjang walau pun pergerakan mereka kini agak terbatas.
Bercerita lanjut, Pah berkata pergerakan mereka berdua mula terbatas sejak 10 tahun lalu dan masing-masing kini hanya mampu mengesot selepas keduanya terjatuh dalam kejadian berasingan sehingga menyebabkan tulang belakang mereka terjejas.
“Alhamdulillah, kami berdua bersyukur diberi usia yang panjang walaupun jika hendak diikutkan secara rasmi di kad pengenalan, usia saya yang berdaftar adalah 97 tahun, manakala kakak pula berusia 100 tahun.
“Namun mengikut tanda simbul ‘*’ yang diletakkan pada hujung nombor kad pengenalan kami sebenarnya saya telah berusia 111 tahun, manakala kakak pula telah mencecah 115 tahun” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.
Amal Berpuasa, Kekal Sihat
Nenek kepada 18 cucu ini berkata beliau mengakui ramai yang bertanya amalan serta petua yang diamalkan ketika usia muda, yang membuatkan mereka masih kekal sihat sehingga sekarang.
Katanya sejak dahulu lagi beliau serta kakaknya telah mengamalkan untuk berpuasa tiga bulan secara berterusan iaitu bulan Rejab, Syaaban dan juga Ramadan, selain turut berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Ads
“Sehingga kini saya masih mengamalkan berpuasa selama tiga bulan selain puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mengalami sebarang masalah ketika berpuasa dan dari segi kesihatan, saya hanya menghidap penyakit darah tinggi dan juga parkinson.
“Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kakak saya sudah tidak mampu untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan sahaja, kerana mudah mengalami keletihan selain beliau juga sudah nyanyuk,” katanya yang kini menetap di rumah anak masing-masing.
Ambil Suntikan Vaksin
Pah yang turut menzahirkan rasa kebimbangan dengan keadaan wabak COVID-19 di negara ini, beliau berkata dia dan kakaknya tidak melepaskan peluang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada 12 Julai lalu.
“Walaupun kami tergolong dalam golongan warga emas dengan pergerakan agak terhad namun kami berdua tidak ragu melepaskan peluang mendapatkan suntukan vaksin kerana khuatir wabak ini mudah mengangkiti golongan seperti kami.
“Syukurlah, kami berdua telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin iaitu dos pertama pada 12 Julai dan dos ke dua pada 5 Ogos lalu di pusat pemberian vaksin (PPV) di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong.
Ads
“Alhamdulillah, selepas menerima suntikan vaksin saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan, dan kakak pula mengalami demam beberapa hari namun kini telah kembali sihat sedia kala,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sebenarnya mengemop lantai pun ada caranya dan bukan hanya bergantung kepada pencuci yang mahal semata-mata. Guna apa yang ada di rumah tetapi berkesan, barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat. Ini yang disarankan untuk pastikan lantai lebih bersih.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Salam takziah kepada ahli keluarga 68 penumpang dan anak kapal Yeti Airlines (ATR-72) di Nepal selepas pesawat itu terhempas 10 saat sebelum mendarat di Lapangan Terbang Pokhara.
Susulan insiden malang ini, sebuah rakaman video memaparkan detik akhir sebelum kejadian nahas pesawat di Nepal pada akhir minggu lalu menjadi tular di media sosial.
Difahamkan klip video tersebut sebenarnya sempat dikongsi oleh seorang penumpang warga India, Sonu Jaiswal yang menaiki penerbangan Yeti Airlines 691 dari Kathmandu ke Pokhara itu beberapa saat sebelum pesawat yang dinaikinya terhempas.
Rakaman berkenaan jelas memaparkan keadaan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara yang diambil dari dalam pesawat yang membawa 68 penumpang bersama empat kru tersebut ketika ia bersiap sedia untuk mendarat.
Jaiswal kemudiannya merakamkan situasi di dalam pesawat sebelum cahaya seperti kilat muncul pada skrin secara tiba-tiba disusuli jeritan penumpang dan bunyi kuat dipercayai berpunca daripada enjin pesawat.
Ahli keluarga dan rakan Jaiswal yang telah menyaksikan video itu menerusi akaun Facebook miliknya mengesahkan ketulenannya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Dia membuat siaran langsung ketika pesawat itu terhempas ke dalam gaung berhampiran Sungai Seti,” ujar temannya, Mukesh Kashyap.
Bagaimanapun, masih tidak jelas bagaimana dia memperoleh akses kepada internet ketika pesawat belum lagi mendarat.
Difahamkan, pasukan penyelamat sedang berhempas-pulas untuk mengeluarkan baki mayat mangsa penumpang dari bangkai pesawat berkenaan yang hancur berkecai.
Jurucakap polis, AK Chhetri berkata, sebanyak 70 mayat mangsa penumpang telah ditemui sehingga awal pagi Selasa.
“Lapan mayat sudah diserahkan kepada waris keluarga masing-masing. Penyerahan 14 mayat akan dibuat selepas proses autopsi selesai, manakala 48 mayat bakal dihantar ke Kathmandu untuk ujian DNA,” jelasnya.
Pihak berkuasa turut menggunakan dron untuk mengesan dua lagi korban nahas tersebut setelah kawasan carian diperluaskan kepada tiga kilometer.
Pada Isnin, pasukan penyelamat menyerahkan kotak hitam pesawat buatan Perancis tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan selanjutnya bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tragis berkenaan. – Agensi
KDYMM Permaisuri Agong, Tunku Azizah kerap memuat naik aktiviti baginda semasa dikuarantin. Hari ini baginda memaklumkan tetap membuat sarapan pagi buat baginda Agong.
“Setiap pagi , saya siapkan sarapan untuk Tuanku Agong ….. nasib baik lah Tuanku memang santap hanya telur setengah masak utk breakfast . Setiap hari juga caterer akan hantar nasi lemak atau mee goreng atau beehoon atau kuay teow .
Begini lah setiap hari kami self quarantined dan distancing , saya akan pakai mask dan gloves untuk masak sendiri untuk Tuanku Agong ……
Menurut Tuanku Permaisuri lagi, sebagai seorang isteri, tidak kira bangsa, agama ataupun kedudukan, tanggungjawab kepada suami haruslah dilaksanakan. Jadi, menyediakan makanan buat pasangan adalah satu yang menyeronokkan buat dirinya.
“No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth , religion or creed , you are still a wife … it is our duty to serve our husband and family, and i rather quite enjoy it! serve with love …….
Rata-rata memuji akan sikap Tunku Azizah yang cukup ‘humble’ dan isteri contoh
faishal_akhtar Ampun Tuanku. Semoga Tuanku berdua dilimpahi Rahmah serta kasih sayang dari Allah. In Sya Allah syurga menanti bagi isteri yang solehah🤲
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...