Dalam kita semua bimbang dengan penyebaran virus Covid-19, lantas terus akur dengan arahan PKP bagi memastikan rantaian ini dapat dihentikan.

Namun, ramai antara kita juga berasa pelik bila mana masih ada lagi yang ingkar arahan dan tindakan tersebut bukan sahaja bahayakan kesihatan sendiri malah orang lain juga.

Ini sebagaimana yang dilaporkan di akhbar Sinar Harian, bila ada dua beradik ini ingkar PKP dan telah pun dikenakan kompaun RM 1,000.

Petikan penuh akhbar tersebut dikongsikan di sini agar dijadikan tauladan kepada yang lain.


KUALA PILAH- Pasangan adik-beradik menjadi individu pertama di daerah ini dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang selepas polis menguatkuasakan tindakan itu semalam susulan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mereka ditahan polis semasa melalui sekatan jalan raya di Ulu Bendul pada jam 10.50 malam tadi.

IKLAN

“Berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan berusia 26 tahun dari Johor Baharu manakala abangnya berusia 29 tahun dari Bahau.

“Wanita berkenaan bekerja di Singapura tetapi pulang ke negara ini dan diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di Johor.

“Bagaimanapun dia bertindak melanggar arahan, pulang ke Negeri Sembilan dengan menaiki bas hingga ke Seremban dan dijemput abangnya,” katanya.

Dua Beradik Ingkar PKP, Dikenakan Kompaun RM 1,000. Jadikan Pengajaran!

IKLAN

Amran berkata, ketika ditahan mereka memberi alasan tidak munasabah dan wanita berkenaan mendakwa, dia mahu melawat ibunya di Bahau.

Menurut beliau, oleh yang demikian, mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh di hukum di bawah Peraturan 11 akta yang sama.

“Mereka telah dibawa ke Balai Polis Melang seterusnya dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang dibawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

IKLAN

“Bayaran kompaun perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu di Pejabat Kesihatan daerah berhampiran dan mereka boleh didakwa di Mahkamah sekiranya gagal berbuat demikian (bayar kompaun),”katanya.

Sementara itu, Amran berkata, wanita berkenaan kemudian dibawa ke Institut Aminuddin Baki (Pusat Kuarantin Nilai) oleh pasukan dari Pejabat Kesihatan Kuala Pilah untuk kuarantin.

Untuk rekod, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar PKP.

sumber : Sinar Harian 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI