Dalam kita semua bimbang dengan penyebaran virus Covid-19, lantas terus akur dengan arahan PKP bagi memastikan rantaian ini dapat dihentikan.
Namun, ramai antara kita juga berasa pelik bila mana masih ada lagi yang ingkar arahan dan tindakan tersebut bukan sahaja bahayakan kesihatan sendiri malah orang lain juga.
Ini sebagaimana yang dilaporkan di akhbar Sinar Harian, bila ada dua beradik ini ingkar PKP dan telah pun dikenakan kompaun RM 1,000.
Petikan penuh akhbar tersebut dikongsikan di sini agar dijadikan tauladan kepada yang lain.
KUALA PILAH- Pasangan adik-beradik menjadi individu pertama di daerah ini dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang selepas polis menguatkuasakan tindakan itu semalam susulan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan koronavirus (Covid-19).
Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mereka ditahan polis semasa melalui sekatan jalan raya di Ulu Bendul pada jam 10.50 malam tadi.
Ads
“Berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan berusia 26 tahun dari Johor Baharu manakala abangnya berusia 29 tahun dari Bahau.
“Wanita berkenaan bekerja di Singapura tetapi pulang ke negara ini dan diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di Johor.
“Bagaimanapun dia bertindak melanggar arahan, pulang ke Negeri Sembilan dengan menaiki bas hingga ke Seremban dan dijemput abangnya,” katanya.
Ads
Amran berkata, ketika ditahan mereka memberi alasan tidak munasabah dan wanita berkenaan mendakwa, dia mahu melawat ibunya di Bahau.
Menurut beliau, oleh yang demikian, mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh di hukum di bawah Peraturan 11 akta yang sama.
“Mereka telah dibawa ke Balai Polis Melang seterusnya dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang dibawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Ads
“Bayaran kompaun perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu di Pejabat Kesihatan daerah berhampiran dan mereka boleh didakwa di Mahkamah sekiranya gagal berbuat demikian (bayar kompaun),”katanya.
Sementara itu, Amran berkata, wanita berkenaan kemudian dibawa ke Institut Aminuddin Baki (Pusat Kuarantin Nilai) oleh pasukan dari Pejabat Kesihatan Kuala Pilah untuk kuarantin.
Untuk rekod, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar PKP.
Pandemik COVID-19 telah memisahkan mereka selama 16 bulan. Kini, Nur Amanina Aziz dari Kuala Lumpur akhirnya bersatu semula dengan suaminya, warga Filipina Hariz Nondrey Gomer Lara.
Pasangan itu hanya hidup bersama selama sebulan selepas perkahwinan mereka pada 22 Sept 2019 sebelum Hariz pulang ke Filipina dan terkandas di sana.
Kisah mereka pernah dilaporkan Bernama pada 15 Sept 2020 mengenai kesan penutupan pintu sempadan dan sekatan perjalanan untuk pasangan transnasional akibat wabak itu.
“Ini adalah saat yang saya nanti-nantikan, sekian lama. Kami melalui pelbagai dugaan, waktu sukar. Apabila saya mendapat kelulusan, perasaan (gembira) itu sukar digambarkan,” kata Nur Amanina, yang turut mengalami kemurungan akibat perpisahan itu.
Katanya, beliau melakukan tiga percubaan sebelum kerajaan meluluskan permohonannya pada 5 Dis tahun lepas untuk membenarkan suaminya memasuki Malaysia.
Hariz akhirnya berjaya pulang ke Malaysia pada 10 Feb lepas dan setelah menjalani kuarantin selama 10 hari, pasangan itu bersatu semula tiga minggu lepas.
Pasangan itu berkata fokus mereka kini adalah untuk mendapatkan visa pasangan buat Hariz agar mereka tidak terpisah lagi.
Pada November 2019, Hariz terpaksa kembali ke Filipina sebagai sebahagian daripada proses untuk memohon Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang atau Visa Pasangan.
Apabila Hariz ingin pulang ke Malaysia untuk memulakan proses permohonan visa itu, Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menutup sempadan.
Kes Hariz pada masa itu bertambah rumit setelah kerajaan memutuskan untuk mengharamkan kebanyakan warga dari 23 negara yang dilaporkan mencatat kes COVID-19 melebihi 150,000, yang berkuat kuasa pada 3 Sept 2020.
Pada 20 Nov, kerajaan mula memberi kebenaran kepada warga asing dari 23 negara itu yang berkahwin dengan rakyat negara ini untuk memasuki Malaysia.
Lama pasangan ini menantikan zuriat, namun rezeki masih belum menyebelahi apabila dia sekali lagi mengalami keguguran kali kedua pada Selasa lalu.
Menerusi perkongsian di InstaStory, Nabila Huda meluahkan rasa hiba selepas anak yang selama ini dinantikan sekali lagi tidak dapat diselamatkan.
Dedah Nabila, dia mengalami pendarahan sebelum disahkan keguguran. “Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua. Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.
“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.
“Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paranoid. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatuh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya sambil menitiskan air mata. Nabila walau bagaimana pun mengakui dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut.
“Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat….
“Jangan bimbang, saya ada di rumah. Semalam seharian fikir… Sakit rasanya…,” ujarnya lagi dengan nada sebak. Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015 pernah keguguran pada April tahun lalu.
Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.
“Ini ayah saya. Ayah saya selalu bangun awal. Tapi selalu balik lewat. Hari Ahad ayah saya kerja, orang lain cuti tetapi saya sayang ayah saya!”
Begitulah nukilan yang telah mencuri tumpuan wargamaya apabila luahan hati si anak ini yang ditulis di atas kertas dengan menggunakan pensil jelas menampakkan kejujurannya dalam menceritakan perihal ayahnya.
Hal ini mengundang sebak di kalangan warganet, apatalah lagi seakan kisah yang sama sebenarnya terjadi pada anak sendiri.
Percayalah bila lihat karya atau lukisan mahupun tulisan anak-anak berkenaan siapa kita di mata dan di hati mereka, pasti kita tersentuh hati.
Apa yang pasti, itulah luahan yang tak mampu mereka zahirkan kepada kita sebagai orang tuanya. Memang tidak akan ada mak ayah yang ingin melihat semua ini terjadi, tetapi keadaan memaksa.
Ramai akui terpaksa berkerja siang malam demi mencari rezeki dek kerana desakan hidup yang terpaksa dilalui ketika ini.
“Saya Sayang Ayah Saya…”
Membaca luahan terakhir si anak yang menyatakan betapa dia sayangkan ayahnya benar-benar menyentuh perasaan. Siapa sangka anak sekecil itu, sebenarnya sedang cuba untuk memahami kesibukan orang tuanya.
Tidak hanya netizen tersentuh hati dengan keadaan anak kecil tersebut malah turut terkesan apabila membaca luahan hati ayah di kapsyen yang dengan ikhlas memohon maaf kepada anaknya itu.
“Ayah mintak maaf. Ayah keluar mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Ayah sayang semua anak-anak ayah”
Sumber foto : Shah thegret
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.