Pagi tadi kita dikejutkan dengan kes kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Simpang Tiga, Gombak. Kebakaran itu sememangnya begitu menyedihkan apabila dua kanak-kanak yang juga adik beradik rentung dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.
Difahamkan mangsa terperangkap di dalam rumah sewa itu selepas jeriji rumah mereka berkunci kerana ibu dan bapa keluar kira-kira jam 3.00 pagi.
Terakhir jumpa minggu lalu sebelum kejadian
Memetik laporan dari Harian Metro, datuk mangsa, Lokman Marni, 53 memaklumkan yang sambutan hari lahirnya pada minggu lalu adalah pertemuan terakhir bersama dua orang cucunya iaitu Syaza Alfisya Muhammad Fauzan, 10 dan adiknya Muhammad Al Qayyum Muhammad Fauzan, 7.
Ujarnya, mangsa dan keluarga telah pulang ke kampung di Sungai Besar pada 26 Disember yang lalu dan ternyata ia adalah pertemuan terakhir mereka.
“Saya jumpa cucu sulung dan adiknya minggu lalu, ketika mereka sekeluarga balik ke kampung meraikan hari lahir ke-53 saya dan tak sangka itu kali terakhir bertemu,” katanya.
Menurut Lokman lagi, dia hanya mengetahui berkenaan kebakaran tersebut apabila mendapati dua panggilan tidak berangkat kira-kira jam 4 pagi.
“Saya difahamkan anak dan menantu saya keluar makan sekitar 3 pagi kerana kelaparan.
Ads
“Anak saya dihubungi jiran yang memaklumkan rumah mereka terbakar. Sejurus itu, anak saya tiba tetapi kawasan rumah tidak dapat didekati berikutan bomba sedang memadamkan sisa kebakaran,”katanya.
Anak hamil 8 bulan dibawa ke hospital
Dalam pada itu, pemandu agensi kerajaan itu menyatakan yang anaknya yang hamil 8 bulan telah berada di lokasi kejadian namun pihak bomba tidak membenarkan untuk mendekati.
Dia juga telah dibawa ke Hospital Selayang dengan segera selepas terpijak kaca bagi merawat luka dan pemeriksaan kandungan.
Ads
“Menurut anak saya, arwah kakak berdekatan almari baju dan adiknya di sebelah katil dalam bilik utama,” katanya.
Lokman juga dilihat tidak dapat menahan tangis apabila kehilangan kedua-dua orang cucunya sewaktu mereka semua menanti kehadiran orang baru sekitar sebulan lagi.
Jiran tak tahu ada orang di rumah
Jiran mangsa dikenali sebagai Rahmat Razali, 33, mengatakan yang dia tidak mengetahui ada orang di dalam rumah terbabit selepas menyedari kebakaran yang berlaku.
Ads
Dia dan beberapa jiran telah mengalihkan kenderaan dan benar-benar tidak tahu ada mangsa di dalam rumah sebelum diberitahu bahawa ibu dan bapa kanak-kanak tersebut tiada di rumah sewaktu kejadian.
“Pada ketika itu, api sedang marak dan kami jiran-jiran dan anggota bomba bantu padamkan kebakaran.
“Saya cuba memanggil orang yang ada dalam rumah tetapi tiada sahutan, pintu depan pula bermangga. Saya ingatkan tiada orang, tetapi kemudian ada jiran maklumkan ada dua kanak-kanak dan ibu bapa mereka tiada,” katanya.
Penyanyi Wany Hasrita kini lebih berhati-hati setiap kali berkongsi mengenai anaknya di media sosial.
Semuanya kerana bimbang penyakit ain yang boleh memberi kesan kepada anaknya. Bercerita soal itu kata Wany, dia mula nampak kesan kepada anaknya bila terlalu kerap berkongsi di media sosial.
“Saya memang kawal perkongsian dalam media sosial sejak dulu. Kalau rasa sudah terlalu banyak saya akan berhenti sekejap.
“Penyakit ‘ain ini memang wujud dan adakalanya apabila saya terlalu banyak berkongsi, kadang-kadang anak akan mula meragam.
“Jadi langkah terbaik adalah jangan keterlaluan apabila nak muat naik mengenai anak dan kawal jenis kandungan yang mahu dikongsi kepada umum,” katanya.
Namun menurut Wany, dia bersyukur kerana anak perempuannya, Aishah Al Iman tidak menjadi sasaran mulut jahat netizen di media sosial.
“Sejujurnya memang saya takut, apatah lagi saya ada kongsikan wajah anak dalam muzik video saya dalam YouTube sebelum ini.
“Namun, tindakan itu dibuat dengan niat baik iaitu sekadar nak kongsi kegembiraan kepada semua, cuma tidak dilakukan secara berlebih-lebihan,” jelasnya.
Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Al Adib Fahmi Harun pada 2022.
Sudah sedia maklum bahawa isteri akan melakukan segalanya untuk keluarga.
Dirinya seawal pagi bangun menguruskan anak-anak ke sekolah dan keperluan suami.
Apabila menjelang tengahari pula sibuk memasak di dapur dan mengemas rumah. Jika ada anak kecil sudah tentu rumah bersepah sana sini.
Begitu juga dengan malam, menguruskan anak-anak dengan kerja sekolah, baju sekolah yang kotor perlu dibersihkan dan siapan makan malam.
Bayangkan semua ini dilakukan setiap hari tanpa bantuan suami, tak kiralah wanita itu bekerja atau tak, kerjasama dari suami penting.
Jika banyak urusan dilakukan oleh isteri, sudah pasti dirinya terabai. Jika dulu, ada masa nak berhias supaya kelihatan cantik. Dengan suami pun manja. Tapi jika semua urusan dilakukan sendirian, tentu memberi tekanan pada diri wanita.
Situasi ini dikongsi oleh, Muhammad Hassan setelah seorang suami mengadu padanya bahawa isterinya tidak lagi manja dan cantik.
Ikuti perkongsiannya.
Kenapa isteri nampak tak cantik,tak manja macam dulu.
Ada kenalan ajak minum kopi. Ada hal mustahak katanya nak bercerita kepada saya. Selesai kerja dan solat saya terus ke kedai kopi jam 5 petang semalam.
*Posting ini agak panjang tetapi sangat berbaloi untuk dibaca.
SUAMI LUAH ISTERI TAK MANJA MACAM DULU
Saya ingat dia nak luahkan masalah apa. Rupanya masalah isteri. Mengadu isteri dia sekarang susah nak layan dia,tak macam dulu. Dulu manja manja,pakai lawa lawa,wangi wangi. Sekarang ada anak 3 entahlah mat nampak serabai,ajak bersama pun bermacam alasan.
Saya diam,dengar saja apa yang dia nak luahkan. Setelah diluahkan semua. Saya kata betul nak selesaikan masalah yang kau hadapi ni? Yelah matt,betullah. Serius beliau jawab.
Baik jika begitu boleh tak lepas magrib nanti kita sembang rumah kau. Tapi jangan bagi tau isteri sekarang. Otw 10 minit nak sampai rumah baru info isteri.
Brother ini setuju ajak saya jadi tetamu beliau. Selesai solat magrib kami otw ke rumah beliau. 10 minit nak sampai rumah barulah dia maklumkan kepada isteri ada tetamu nak datang.
Hmm belum apa apa lagi dah kena bebel. “La.. kenapa tak maklumkan awal awal,kelam kabut la saya nak kemaskan semua rumah ni!!.”
Kau dengarlah mat,belum apa apa lagi dah bebel. Saya kata takpa,teruskan kita sembang rumah.
Saya dijemput masuk. Wife beliau senyum dalam penat,tetapi saya dilayan dengan baik sebagai tetamu. Saya duduk disofa yang empuk diruang tamu.
Kenalan saya ini duduk bertentang dengan saya. Setelah parking dengan elok,beliau memanggil isteri dan order air untuk kami.
“Sayang buat air kopi,tak payah letak gula,matt tak minum air manis. Buah buah tu potong,nanas bawa keluar sekali”
“Dari jauh saya dengar. Kejap bang,kejap bang nak pakaikan baju anak kejap”
Saya cuma diamkan diri sehinggalah kenalan saya ini bersembang. Apa yang beliau cakap tu semua masuk telinga kanan,keluar telinga kira. Saya dah jumpa apa yang perlu beliau baiki.
Sedang rancak bersambang tiba tiba waktu isyak dah masuk. Beliau ajak solat isyak,tapi suruh saya jadi imam,sebab tak biasa jadi imam.
Anak isteri berebut nak join solat berjemaah. Isteri beliau pun join sama. Selesai solat,doa Isteri beliau ucap terima kasih katanya jarang dapat solat jemaah begini. Seronok jika abang ajak anak anak solat. Kenalan saya ini muka merah padam. Wajah isteri beliau nampak happy.
Habis disitu.
RUPA INI SEBABNYA ISTERI TAK MANJA DAN TAK BERHIAS CANTIK
Dalam perjalanan menghantar saya pulang ke kedai kopi tadi. Ketika itu saya mula merungkai segala pertanyaan beliau tadi. Saya jawab….
Pertama. Kau buat wife kau itu macam orang suruhan. Kau order je apa yang kau nak. Boleh jadi segala pakaian,makan minum kau pun isteri sediakan. Boleh jadi juga kunci kereta pun kau tanya isteri,sedangkan kereta itu kau yang pandu.
Betul tak apa yang aku cakap ni. Kenalan saya ini jawab Ya.
Saya sambung lagi. Beb isteri kita ini bukan kilang OEM. Semua benda kita boleh order. Kita boleh reject. TAPI isteri ini anugerah dan amanah dari Allah untuk kita jaga dan beri kasih sayang kepada mereka.
Kenapa dia dah tak cantik,tak terurus,tak wangi,tak manja. SEBAB segala urusan dia kena lakukan.
Dari masak,sental jamban,buang sampah,mop lantai,mandikan anak,siapkan pakai makan minum anak sehinggakan seluar dalam yang kita pakai pun dia ambil kira warna apa,berapa helai.
Tiba tiba kita balik kerja,kita nak dia layan kita macam raja,nak dia nampak cantik,wangi,manja. Cuba kau fikir,mana kudrat dia untuk layan kita jika segala mak nenek dalam rumah itu dia yang uruskan.
Tadi. Anak anak dan wife kau suka sangat dapat solat berjemaah. Inilah tujuan aku nak jadi tetamu kau kat rumah. Nak kau fikir betapa keluarga kita ini perlukan kita sangat.
Mereka dahagakan kasih sayang,mereka dahagakan agama,dahagakan akhlak yang baik untuk kita persembahkan.
Jika nak jadi imam pun kau malu,tak pandai macam mana kau nak jadi pemimpin kepada 3 anak perempuan kau nanti.
Kenalan saya ini tunduk,sedar dan sebak. Terima kasih matt buatkan aku sedar. Banyak dosa aku kepada keluarga. Siang malam aku kerja,keluar melepak,karaoke. Insyaallah matt aku tekad nak berubah.
Dia tanya berapa kena bayar. Saya caj rm1000. Dia tanpa soal bagi rm1000 Saya bagi semula. Saya kata RM1000 ini bagi kat wife kau malam ini.
Dia kata selalu transfer ke akaun isterinya saja. Saya kata anak dah 3 pernah tak bagi nafakah cash kat isteri.
Malam ini balik minta maaf kat isteri. Hargai dia. Bagi hadiah duit ini rm1000. Cakap kepada dia berkat kebaikan awak Allah bagi rezeki kepada saya. RM1000 tak mampu nak beli bahagia,tetapi dengan memberi pasti mendatangkan kebahagiaan.
SUAMI KENA BERUBAH
Mulai hari ini belajar masak dengan aku,ringan tulang kemas rumah,buang sampah. Picit picit betis isteri. Ajak anak isteri solat magrib dengar kuliah di masjid.
Hidupkan amal dalam rumah dengan baca Al Quran dan hadith.
Jika rumah kita hidup dengan suasana agama,Allah datangkan nikmat bahagia yang tak pernah kita rasai sebelum ini.
Rata-rata rakyat Malaysia mengetahui bagaimana sifat keterbukaan Kak KM sebagai seorang penjual bagi produknya. Walaubagaimanapun dirinya, keluarga semestinya no 1 bagi dirinya.
Walaupun terkadang gurauan Kak KM kedengaran kasar, kasih sayangnya kepada keluarga terutamanya buat anak-anak memang tiada bandingan. Seringkali kita dengar betapa lembut tutur bicaranya dengan 4 orang anak selain dibelai dengan penuh kemanjaan.
Namun semalam, usahawan jamu ini berkongsikan sebuah berita mengejutkan menerusi paparan video anak keduanya yang mesra digelar dengan nama Baby Rania dikejarkan ke pusat rawatan. Kak KM juga dilihat menangis kerana amat risaukan keadaan remaja berusia 13 tahun itu.
Kak KM mendedahkan Baby Rania menghidap jantung berlubang dan apa yang paling merisaukan, saiz lubang itu semakin membesar.
Saat itu, mereka sedang lakukan pemeriksaan kesihatan sebagai prosedur bagi mendaftar perlindungan insurans. Siapa sangka mereka dikejutkan dengan berita sedih sebegini. Tidak kesampaian hasrat untuk memiliki insurans, maka Kak KM perlu menanggung semua kos rawatan berkaitan.
Tambah Kak KM, sebenarnya sejak lahir lagi Rania sudah didiagnosis mempunyai masalah injap berlubang. Walaupun awalnya nampak normal sahaja, Rania yang kian meningkat dewasa semakin menunjukkan banyak simptom termasuklah masalah kesukaran bernafas.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan Baby Rania. Malah, ada juga yang menganggap ini ujian dan peringatan buat kak KM untuk sentiasa di jalanNya…
Sumber : Facebook Kak KM & MStar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...