Dua Anak Terpaksa ‘Ditidurkan’ Akibat Dirempuh Pemandu Mabuk

Share

Hati ibu ayah mana yang tidak terkilan apabila anak yang sihat dan ceria kini terlantar tidak sedarkan diri akibat kecuaian orang lain.

Begitulah duka yang dialami sebuah keluarga apabila dua anaknya terpaksa di tidurkan setelah mengalami kemalangan jalan raya. 

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

REMPUHAN PEMANDU MABUK

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Menerusi laporan Harian Metro, kereta keluarga ini dirempuh oleh pemandu mabuk sehingga mengakibatkan dua anaknya yang masih kecil terpaksa ditidurkan.

Kata Mohd Yusof Othman, 34, anaknya terpaksa ditidurkan untuk jalani ujian imbasan untuk mengesan jika ada pendarahana teruk.

“Kedua-dua anak saya ‘ditidurkan’ dan perlu menjalani ujian imbasan, jika ada pendarahan teruk pada otak, mereka akan jalani pembedahan.

“Saya cukup terkilan kerana kemalangan begini (akibat pemandu mabuk) sudah kerap berlaku, pesalah sepatutnya dihukum setimpal dengan perbuatan mereka.”

ANAK MASIH BAYI DAN KANAK BARU USIA 6 TAHUN

Anaknya masih bayi Nur Hana Humaira berusia setahun lima bulan dan kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) selepas terbabit kemalangan di Kilometer 57 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, semalam.

Difahamkan, Nur Hana Humaira mengalami pendarahan otak selain cedera pada tulang pinggul, manakala kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, turut mengalami pendarahan pada otak serta bengkak tulang rahang.

Isterinya, Faridah Hassan, 37, yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Dengar di sini, turut cedera dan kini menerima rawatan di hospital sama.

REMPUHAN KERETA WAKTU MALAM

Menurut laporan Harian Metro, kejadian jam 7 malam itu, kereta Toyota Vios dipandu Mohd Yusof dirempuh pacuan empat roda Nissan Navara yang dipandu lelaki berusia 29 tahun sebelum kenderaannya melanggar pokok di lokasi kejadian.

Mohamad Yusof berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Kahang Timur selepas membeli aksesori kenderaan untuk pelanggannya di bandar ini.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia yang sedang berbual bersama isterinya bersama kedua-dua anak mereka, tiba-tiba dikejutkan dengan perlanggaran dengan pacuan empat roda terbabit.

“Kenderaan saya terlanggar pokok lalu berpusing dan selepas itu pandangan saya kabur.

“Saya lihat dua anak saya didukung orang ramai, namun tak nampak kelibat isteri ketika itu. Sebaik sedar daripada pengsan, saya sudah berada atas katil hospital (HEBHK).”

Mengenai keadaan anak dan isterinya, Mohamad Yusof berkata, dia masih belum dapat bertemu lagi dengan mereka.

“Malam tadi ketika dimasukkan ke wad, kedua-dua anak saya mengalami trauma dengan si kecil (bayi) ada pendarahan pada otak dan kakaknya juga sama selain patah tangan.

“Saya berharap keadaan mereka baik, begitu juga dengan isteri. Semua pihak kena ambil pengajaran (kesan pemandu mabuk), mujur hari ini saya masih bernyawa.”

Sejak kelmarin, klip rakaman video kemalangan itu tular sehingga mencetuskan kecaman warganet kerana pacuan empat roda itu dipandu melulu dan menjadi punca kemalangan.

VIDEO YANG TULAR

Sumber: Harian Metro Mynewshub

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club