Drawer Rosak, Susah Nak Buka & Tutup. Jangan Terus Buang, Diy Tukar Rail Jer. Mudah & Jimat!

Share

Apabila kerap buka tutup lama-kelamaan drawer boleh rosak. Daripada nak dibuang begitu sahaja, lebih baik repair kerana yang rosaknya mungkin pada rail sahaja. Buat apa nak membazir beli yang baru kan.

Jom cuba tip oleh saudara Ahmad Ruim  yang berkongsi bagaimana cara tukar rail dengan mudah. Jimat duit tak perlu beli baru.

Hari ni bertukang tukar rail drawer. Ganti dengan soft close mechanisms
Puas hati. Macam laci ikea rasanya

Buka rail drawer yang rosak.
Inilah rupa rail yang rosak, rodanya sudah tiada kerana itu susah nak buka drawer.
Ini rupa rail yang baru. Boleh beli di Shoppee. Pastikan anda periksa terlebih dahulu ukuran sebelum membeli.
pasangkan rail yang baru. pastikan bahagian rail yang dipasang betul kerana rail ini datangnya sepasang.

Siap.

Jom cuci mata, banyak yang ditawarkan  di SINI 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club