
“Kenapa Orang Bercerai Eh?”
Itu adalah persoalan yang bukan sahaja menjadi tanda tanya orang ramai, malah tidak terkecuali menjadi tanda tanya bagi doktor selebriti yang tidak asing lagi iaitu Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shahruddin. Jom ikuti perkongsiannya.
Bercerai Adalah Satu PILIHAN
Lately ni sy tengok banyak pasangan yg bercerai baik artis, doktor & sesiape saje. Lepas tu mula lah otak sy curious (bukan membawang ye) “kenape si polan ni bercerai dengan so polan ni eh?”. Bukan nak cakap besar because it could happen to me tapi bagi sy bercerai adalah satu PILIHAN.
Tak sedih ke saying goodbye to the memories spent together as husband & wife? Kalau dah ade anak kesiannya anak tu membesar kurang kasih sayang daripada salah seorang ibu/ bapa.
Tak dinafikan bila sy berkelahi besar dengan bini memang ade tergerak hati berfikir “im done with this marriage” tapi bila things dah cool down terfikir balik
“nasib baik aku tak lafaz benda pelik2 tadi”.
Mujur hukum bercerai hanya jatuh sekiranya dilafazkan suami kalau hukum bercerai jatuh di tangan isteri, sy rasa sy dah ditalak seribu seratus tujuh puluh kali dah. Ace jatuh je “haa i cari laki lain, cukup dah ngn laki reckless macam u” ahaha melawak je, bini sy sweet (mampuih tido luar aku malam ni).
Sikap Pasangan Sebelum Berkahwin
Sekiranya kalian tahu yg someone tu memang shitty dari awal kenapa kahwin dengan dia dak? Bagi sy no such thing as manusia boleh berubah.
Kalau dari awal dia kaki pukul sampai ke sudah die akan jadi kaki pukul.
Dr Say memberitahu tujuan asalnya hanyalah semata-mata ingin tahu. Malah beliau turut membuka ruangan untuk pengikutnya untuk berkongsi pengalaman rakan-rakan terdekat dan sebab kenapa pasangan bercerai.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengikut Dr Say, malah ada yang sudi berkongsi pengalaman rakan dan diri, malah ada yang mengakui disebabkan masalah seperti ini menjadikan dirinya takut untuk berkahwin.
Tak ada sesiapapun dalam hidupnya mengimpikan sekali pun untuk terlibat dalam penceraian. Selagi kita boleh jaga perhubungan ini, jagalah sebaiknya.
“Tak Pernah Aku Tengok Dia Jerit Pada Anak Dia. Tapi Semuanya Dengar Cakap”. Superb Perkongsian Ini

Apabila bergelar ibu ayah, sudah tentu kita ingin mempunyai anak-anak yang mendengar kata-kata kita, sopan tutur kata dan menghormati orang tua. Sudah tentu kita inginkan anak-anak begitu .
Namun, kadang kala, tanpa kita sedar terdapat didikan kita yang menyebabkan anak-anak bersikap kurang sopan, malah tidak menghormati ibu bapa.
Hendak tahu punca ia berlaku? Perkongsian yang sekian lama ini, namun masih tetap berguna untuk mendidik anak-anak menjadi seorang yang mendengar cakap ibu bapa. Ikuti perkongsian yang inspirasi oleh Muhammad Zukermi Bin Edi yang dipaparkan dalam facebooknya.
“Pergi mandi sekarang, kalau tak nanti mak buang semua mainan!”
Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.
Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga. Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.
Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.
Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni”Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun”
Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
UGUTAN OLEH IBU BAPA SEBENARNYA CARA YANG SALAH!
“Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?”
Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
“Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”
“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”
“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.
TUJUH PERKARA IBU AYAH KENA BUAT. USAH LAKUKAN KESILAPAN
Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
Kita sering dimomokkan yang kalau tegas, mesti bengis, mesti tinggi suara, mesti garang. Hakikatnya, kita boleh saja tegas sambil lontarkan senyuman, kata-kata yang lembut dan penuh kasih sayang.
Ingat, tegas dalam kelembutan itu mencorakkan rasa hormat yang penuh kasih sayang, tanpa membuatkan anak-anak tertekan.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu.
Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.
7. Kata kunci kedua adalah KONSISTEN. Tak boleh hari ni tegas, esok tak. Lusa tegas balik. Kesian anak, mereka akan confuse nanti. Mana yang betul, mana yang salah. At last, sia-sia saja usaha kita.
Kena konsisten sekurang-kurang nya 3 minggu, tiada sekali pun tak tegas. Boleh lihat perubahan ketara anak-anak lepas tu. InsyaAllah.
Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.
“Untuk Bahagia, Berikan Bahagia.” Inilah 5 Kunci Rumah Tangga Bahagia Menurut Perkongsian Syamsul Debat. Deep!

Jika nak mendapat kebahagiaan, kita perlu membahagiakan orang lain terlebih dahulu. Dengan kata lain untuk bahagia, berikan bahagia. Itu yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan suami isteri yang ingin mengecap kebahagiaan dalam alam rumah tangga.
“Keluarga bahagia adalah pilihan kita bukannya datang begitu sahaja. Mohon pada Allah dan pilih cara bahagia. Tapi bukan lihat pada apa yang kita ada tetapi melihat pada sikap kita pada apa yang kita ada. Rumah atau kereta besar bukan gambarkan kebahagaian, tetapi sikap kita rumah walaupun kecil yang mana kita syukur maka itulah asas kebahagian kita.
“Kadang kala kita tidak bahagia kerana kita terlalu mengejar kebahagiaan. Dalam rumah tangga punya kisah berbeza. Kita takkan kenal pasangan selagi tidak berkahwin. Selepas kahwin baru kenal,”ujar Syamsul Debat, Penceramah Bebas dalam satu perkongsian.
Kunci rumah tangga bahagia kena terapkan kehidupan islam dalam keluarga. Selain itu, belajar bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allh Swt. Inilah lima perkara yang perlu dterapkan dalam rumah tangga jika mahu bahagia.
5 Kunci Bahagia rumah tangga menurut Syamsul Debat
- Kunci kereta.
- Kunci rumah
- kunci pejabat
- kunci syurga
- kunci spare
Kunci rumah
Dalam rumah tangga kena ada sistem berasaskan Islam. Praktikkan kehidupan cara Islam seperti solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Selain itu, bersarapan bersama, doa banyak-banyak. Jangan berhenti meminta daripada Allah kerana Allah tidak pernah berhenti memberi kepada kita setiap hari sampai bila-bila.
Kunci kereta
Kereta melambangkan kehidupan iaitu suami,isteri, anak, ibu dan ayah. Suami dan isteri menentukan pemanduan hala tuju keluarga untuk di bawa ke mana keluarga dalam mencari redha Allah.
Kunci pejabat
Rezeki yang halal menerusi sumber pendapatan kita. Biar sedikit tapi berkat. Duit banyak tidak semestinya bahagia.
Kunci syurga
Ia mewakili ibadah kita yang mana merapatkan diri kepada Allah dan Rasul. Mahabbah kecintaan kita kepada Allah supaya ingat tanggung jawab kepadaNya.
Kunci spare
Semua memainkan peranan dalam rumah tangga baik suami, isteri dan anak-anak. Setiap ahli dalam keluarga kena sama-sama bekerjasama. Semuanya kerana Allah.Dalam apa yang kita lakukan termasuk mendidik anak-anak.
Ujar Syamsul Debat lagi, untuk isteri masuk syurga mudah sahaja iaitu taat pada suami dengan memberi layanan first class. Buat yang terbaik dan layanan kepada pasangan ibarat malam pertama.

tip-tip untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat:
1. Puji: Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain terutamanya dalam semua aspek kehidupan seperti bantu-membantu dalam menguruskan rumah tangga.
2. Peluk: Pasangan suami isteri hendaklah menzahirkan kecintaan melalui pelukan yang mesra sekerap mungkin kerana pelukan menghasilkan kasih sayang yang berterusan.
3. Penghargaan: Sentiasa menghargai pasangan dengan ucapan sayang dan cinta, senyuman dan juga pemberian hadiah.
4. Perhatian: Sentiasa memberi perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak merasa dirinya terpinggir dan diabaikan.
5. Persefahaman: Mewujudkan suasana yang ceria melalui sikap toleransi terhadap pasangan.
6. Pergaulan: Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasaan cemburu seterusnya membawa kepada keretakan rumahtangga.
7. Permohonan: Sentiasa memohon rahmat dan keampunan kepada Allah supaya hubungan yang terjalin kekal terpelihara sehingga ke akhir hayat.
Apabila kita mendekatkan diri dengan Allah dan niat perkahwinan yang dibina untuk mencari keredaan Allah, insya-Allah kita akan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat serta dikurniakan ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup.
“Tak Mudah Satu Famili Bertemu Di Jannah, Nak Cari Mak Ayah Kat Mana.” Sekeluarga Peluk Islam, Ibu Bapa Terima Hidayah Lepas Lihat Perubahan Anak

Pada jumaat lalu, sepasang suami isteri berbangsa cina telah melafazkan dua kalimah syahadah selepas selesainya solat Jumaat. Jelas pasangan ini, keputusan tersebut dibuat kerana melihat kedua-dua orang anaknya telah memeluk islam sejak lapan tahun lalu.
Kedua-dua anak mereka, Mitchelle Nur Alya telah memeluk Islam terlebih dahulu pada tahun 2011, kemudian diikuti pula oleh adiknya Vincent Choo sekitar tahun 2013.
Melihat perubahan yang baik pada anak-anak, akhirnya Michael Choo Hock Eng dan isterinya, Verginia Pacolba Gaco Choo memutuskan untuk mengikut jejak langkah tersebut.
Alhamdulillah, esok lengkaplah satu keluarga memeluk Islam. Bermula dengan Mitchelle Nur Alya (setiausaha Alumni PSDK) yang kembali kepada Islam pada 2011, kemudian diikuti pula adiknya Vincent Choopada 2013.
Dan selepas bertahun-tahun melihat kedua-dua anak sendiri mengamalkan Islam dan melihat perubahan yang baik melalui agama yang membawa rahmat itu, akhirnya *Michael Choo Hock Eng* dan *Verginia Pacolba Gaco Choo* bakal ‘dilahirkan’ semula dalam keadaan fitrah. Kedua-duanya bersatu hati untuk mengucap kalimah suci syahadah
Demikian perkongsian menerusi facebook saudara Muhammad Syafiq Azman.
Empat orang ahli keluarga ini lengkap sudah memeluk Islam. Sama-sama kita doakan semuanya agar berjalan lancar, dipermudah urusan dan diberi keteguhan iman serta istiqamah dalam membuka lembaran baharu dalam kehidupan.
Pasangan ini awalnya menentang hasrat anak sulungnya mahu memeluk Islam pada usia 12 tahun. Namun selepas menunjukkan perubahan yang baik, pasangan suami isteri ini kemudiannya memberi kebenaran kepada anak bongsu mereka memeluk Islam pada usia 16 tahun.
“Alhamdulillah, satu famili dah bersatu, syukur sangat. Dan tak mudah untuk satu famili untuk bertemu di jannah. Nak cari mak ayah kat mana. Itu yang saya selalu minta pada Allah, sekarang dah satu familli bersatu dan insyaallah akan datang kita ‘repair’ apa yang mampu.
“Kami sebagai anak-anak menunjukkan teladan yang baik dan itu adalah asbab kepada perubahan ibu bapa kami. Hidayah kepada ibu bapa hadir melalui agam Islam sebagai rahmat untuk semua. namun hidayah ini datang bersama tanggung jawab besar untuk memastikan ibu bapa kami mendapat pendedahan yang baik,” ujar Mitchelle Nur Alya lagi.
Sumber: Alumni PSDK, Muhammad Syafiq Azman, TV Alhijrah.