Kekeluargaan

Dr Say Naik Angin! Maid ‘Kantoi’ Bawa Lelaki Masuk Rumah, Sembunyi Dalam Selimut

Share

Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi doktor selebriti, Dr Say Shazril apabila kedua-dua pembantu rumahnya membawa masuk lelaki ke dalam rumah. Tidak cukup dengan itu, mereka juga tegar menipu Dr Say apabila ditanyakan tentang hal itu.

 

Lebih mencemaskan kerana ketika itu anak ketiganya berada di tingkat bawah bersama pembantu rumahnya. Kehadiran dua lelaki tersebut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di ruang tamu.

Jiran Beritahu Ada Lelaki Masuk Rumah
Pada awalnya Dr Say terfikir untuk memeriksa CCTV apabila ada jiran yang memaklumkan ada dua orang lelaki tidak dikenali masuk ke rumahnya. Risaukan keselamatan diri, anak-anak serta pembantu rumahnya, Dr Say kemudian memeriksa CCTV. Ketika itu dia beranggapan hal tersebut mustahil kerana dia dan isteri berada di rumah.

Anak sulung dan anak keduanya berada di tingkat atas manakala bayinya yang berusia tujuh bulan bersama pembantunya di tingkat bawah. Ketika ditanyakan tentang hal lelaki itu, kedua-dua pembantu rumah mengatakan lelaki tersebut sudah pergi.

Kata Dr Say, selepas diasak berkali-kali begitulah jawapan yang diberikan sedangkan sebelum itu mereka beritahu tiada mana-mana lelaki lain di dalam rumah.

‘Instinct’ Isteri Betul
Semasa kejadian itu berlaku, isterinya sedang bersiap-siap ke tempat kerja untuk syif 10.00 malam. Naluri seorang wanita, katanya kalau begitu jawapan dari pembantu rumah mereka maksudya lelaki-lelaki itu masih ada di dalam rumah.

“Masa tu isteri nak pergi kerja pukul 10.00 malam, dia cakap kalau macam tu maid beritahu maksudnya lelaki tu masih dalam rumah. Saya tak tahu macam mana dia boleh fikir macam tu tapi saya periksa juga CCTV semula sebagai langkah keselamatan.

Awal-awal lagi maid letak botol (untuk tutup pandangan CCTV). Lepas tu dia pusingkan ke arah TV dan masa tulah nampak dua lelaki masuk dari refleksi TV.”

Yang membuatkan Dr Say tambah cemas kerana tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka keluar semula dari rumah. Memetik laporan portal mstar, Dr Say berkongsi rutin mereka jika isterinya terpaksa bekerja malam maka anak bongsu akan ditidurkan pembantu rumahnya di bawah kerana dia akan tidurkan anak-anak yang lain di tingkat atas.

Apabila mendapati lelaki-lekai tersebut tidak keluar, Dr Say menghubungi pembantu rumahnya untuk menghantar bayinya ke tingkat atas tetapi panggilannya tidak berjawab. Sebagai langkah keselamatan, Dr Say mengambil langkah bijak dengan menghubungi pihak polis.

Dua Lelaki Sembunyi Bawah Selimut Bersama Pembantu Rumah
Ketika pihak polis datang dan membuat serbuan, mereka dapat mendapati ada dua lelaki sedang bersembunyi di bawah selimut bersama pembantu-pembantu rumah Dr Say. Bayinya pula diletakkan di dalam baby craddle di antara dua buah katil.

“Kedua-dua lelaki itu warga Bangladesh. Mereka tak pakai baju dan sembunyi dalam selimut. Saya gugup! Tergamak mereka buat ‘projek’ untuk puaskan nafsu dengan anak saya di tengah-tengah tu. Kalaulah anak saya menangis masa tu, entah-entah anak saya dipukul atau dicederakan.”

Dr Say memaklumkan pembantu rumahnya yang masing-masing warga Indonesia dan Filipina itu berkenalan dengan dua lelaki tersebut ketika keluar pada hari cuti di Kuala Lumpur. Dia turut dimaklumkan pihak berkuasa bahawa kes ini bukan kejadian pecah rumah kerana dua lelaki itu dibawa masuk oleh pembantu rumahnya secara sukarela.

Biarpun berdepan dengan detik cemas, namun Dr Say memanjatkan kesyukuran kerana dia dan keluarga selamat dan kedua-dua lelaki tersebut telah ditahan bagi tujuan siasatan.

Dia melihat kejadian tersebut sebagai satu pengajaran supaya lebih berhati-hati apabila mengambil khidmat pembantu rumah.

“Jangan mudah percayakan orang dan usahlah ‘beri muka’ sangat pada helper. Mungkin saya baik sangat, kadang-kadang beri duit poket pada mereka. Seminggu sekali beri off day, pergilah ke mana mereka mahu.”

Kata Dr Say, dia turut memberi kebebasan untuk pembantu rumahnya menggunakan telefon setiap masa dan tak pernah sekalipun menggunakan kata kesat dengan mereka tetapi begini balasan yang diterima. Tambahnya lagi, kedua-dua pembantu rumahnya telah diambil semula oleh agensi yang menguruskan mereka.

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!