Tidak dinafikan bukan mudah untuk bergelar ibu bapa terutama bagi yang baru mendapat cahayamata pertama. Tentu kehidupan akan berubah 360 darjah. Jika sebelum ini dapat tidur lena tanpa gangguan dan waktu banyak dihabiskan aktiviti bersama isteri dan kawan-kawan di luar, kini sebaliknya.
Situas yang sama juga dilalui oleh para suami yang turut sama membantu isteri menguruskan bayi yang baru lahir. Inilah cabaran manis yang akan dilalui oleh setiap pasangan suami isteri yang baru mendapat permata hati.
Sebagaimana perkongsian pengacara My Doctor ini, Dr Say Shahzril yang berkongsi pengalaman pertamanya menjaga bayinya dan beranggapan ia bukan urusan yang mudah.
Topik : Saya Koyak
Terus terang sy cerita yg this is tougher than what i expect. Sy ingat things r gonna get easier with time but it doesn’t seem so. Sy xboleh brain mcm mana paternity leave kt Msia ni dpt seminggu ja pdhl sy amik sebulan off masih rasa x bersedia nk tinggalkan bini berdua ngn baby.
Ads
Lepas sebulan konon sy rasa boleh rungkai dia but i was wrong sb baby sy teramat unpredictable. Satu hari perangai dia A keesokannya perangainya trus Z, satu masa die tdo 3jam skang setiap 1.5jam dh celik, satu masa die boleh tido sendiri skang kne dukung dkat 30minit baru lelap.
Terdahulu, beliau juga berkongsi kisahnya menguruskan bayinya termasuk perihal bedung bayi dan tak cukup tidur kala membantu isteri menguruskan bayinya. Ikuti perkongsiannya bapa muda ini.
Menarik perkongsian Dr Say, moga menjadi inspirasi kepada pasangan yang akan bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Moga menjadi suami yang menjadi pelengkap isteri untuk membantu menguruskan permata hati dengan sempurna.
Sumber: Instagram Dr Say
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita Kelantan beli barang kemas bayar guna duit syiling. Walaupun harga emas kini menghampiri RM500 untuk setiap gram, minat orang ramai terhadap barangan kemas tetap tidak berkurang, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri. Malah, membeli emas seakan sudah menjadi satu kebiasaan tahunan bagi sesetengah masyarakat.
Wanita Kelantan Beli Barang Kemas Bayar Guna Duit Syiling
Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin, memaklumkan bahawa sebahagian pelanggan sanggup membuat bayaran menggunakan wang syiling demi memiliki barangan kemas idaman mereka.
Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun rakyat Kelantan tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun rakyat Kelantan tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, sebanyak lima pelanggan datang ke premis mereka dengan membawa duit syiling untuk membeli emas sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
“Salah seorang pelanggan kami dari Gua Musang sanggup datang ke sini dengan membawa tabung simpanan yang dikumpul selama 17 tahun. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pula berjaya mengumpul lebih RM3,000 dalam bentuk syiling dan membeli seutas gelang tangan dengan wang tersebut,” katanya ketika ditemui media.
Harga emas semasa yang melambung naik tidak menyekat keinginan peminat barangan kemas sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup membayarnya menggunakan wang syiling untuk memastikan dapat digayakan semasa Aidilfitri nanti.
Harga emas semasa yang melambung naik tidak menyekat keinginan peminat barangan kemas sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup membayarnya menggunakan wang syiling untuk memastikan dapat digayakan semasa Aidilfitri nanti.
Nur Akmal mengakui bahawa pada mulanya, pihak kedai agak keberatan kerana proses mengira duit syiling mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja tambahan.
“Namun, melihat keterujaan dan kepuasan pelanggan apabila dapat memiliki barangan kemas untuk dipakai semasa Hari Raya membuatkan kami rasa berbaloi dan sanggup menerima bayaran dalam bentuk syiling,” tambahnya.
Biarpun sibuk dengan urusan anak-anak namun masa bersama isteri jangan sekali dilupakan. Inilah yang cuba disampaikan oleh doktor selebriti, Dr Say Shazril.
Sebolehnya kata Dr Say, dia akan mencuba masa sebaik mungkin untuk berdua-duaan bersama isterinya. Semua itu bagi membolehkan anak-anak dapat diuruskan dengan mood yang baik dan ceria.
“Walaupun sibuk dengan anak-anak, namun suami isteri juga kena ada ‘me time’ berdua. Justeru, kami akan keluar makan berdua atau jalan-jalan. Ketika inilah perlunya pembantu rumah untuk temani anak-anak sepanjang ketiadaan kami.
“Pada saya, suami isteri kena ada masa bersama. Reset untuk tenangkan diri, lebih bertenaga dan bahagia untuk berhadapan dengan anak-anak. Apabila kita penat, kita mudah marah. Itu yang menyebabkan kita tersalah cakap, tersalah buat dan sebagainya,” ujar beliau lagi.
Pun begitu, kata Dr Say, sebelum membahagiakan orang lain, seseorang perlu bahagiakan diri sendiri terlebih dahulu.
“Nak bahagia, kena utamakan diri terlebih dahulu. Apabila kita gembira, maka orang sekeliling pun akan turut merasai kebahagiaan tersebut,” ungkapnya.
Mengulas lanjut mengenai persepsi segelintir pihak kononnya kehidupan influencer sepertinya sudah berjaya dan tiada masalah untuk fokus kepada anak-anak berbanding orang biasa di luar sana, Dr Say punya jawapannya yang tersendiri.
“Tidak dinafikan, zaman sekarang ini semua perlukan duit dan bukan semua orang bernasib baik dalam semua hal. Ada yang terpaksa bertungkus-lumus demi kelangsungan hidup keluarga.
“Pun begitu, dalam hidup ini, kita kena seimbang baik dalam hal kewangan dan masa bersama keluarga. Memang saya faham, ada yang terpaksa kerja 8 pagi hingga 5 petang, tetapi kalau ada peluang bekerja sendiri usah biarkan, ambil peluang tersebut,” ungkapnya.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Trending mengenai minyak masak naik harga. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mengenai keperluan barang paling utama ini.
Setiap hari pasti minyak masak akan digunakan untuk memasak juadah keluarga. Cakna mengenai hal ini, Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim berkongsi pandangan solusi memasak tanpa menggunakan minyak yang banyak.
Ikuti lanjut mengenai coretan beliau dari aspek sains mengenai cara masakan yang lebih selamat menggunakan perkakasan masak modern.
Memandangkan harga minyak masak telah meningkat lebih daripada 43%, maka kita sudah patut mengurangkan penggunaan minyak masak dalam menggoreng. Antara alternatif yang praktikal adalah dengan menggunakan penggoreng elektronik aka air fryer. Sebelum anda berhajat untuk membeli satu, jom baca ulasan yang saya pernah kongsikan dulu.
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan. Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak. Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
Gambar sekadar hiasan
Bagaimana air fryer berfungsi?
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam. Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa). Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang, membakar (biskut dan kek) dan juga boleh mendapatkan hasil telur rebus tanpa menggunakan air! (boleh lihat di ruangan komen antara hasilnya).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
Antara kebaikkan air fryer adalah:
– Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
– Masa memasak dapat dipendekkan
– Pelbagai guna (mini oven)
– Mudah digunakan (digital vs analog)
– Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
– Kurang berbau masakan
– Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
– Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
– Kanak-kanak juga boleh menggunakannya dengan mudah apabila dilatih dengan betul
Adakah memasak dengan air fryer adalah lebih sihat jika dibandingan dengan kaedah memasak yang lain?
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
Tip Cara Masak Lebih Selamat
Benarkah memasak dengan air fryer boleh menghasilkan bahan kimia punca kanser?
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.