Doktor selebriti, Dr Say Shazril yang mempunyai seorang nak autisme turut berkongsi kerisauan hatinya dan isteri akan kebarangkalian anak ketiganya yang dikhuatiri turut mempunyai masalah yang sama.
Melalui Instagramnya, Dr Say tampil berkongsi ilmu mengenai anak autisme yang cenderung berlaku kepada anak lelaki sekaligus berkongsi kisah anak ketiganya yang turut dikhuatiri mempunyai masalah sama.
“Seperti dijanjikan ini kisah Zeq. Bulan ni dia 4 bulan. Saya sangat berharap Zeq is normal sebab terus terang cerita pernah ada anak autism.
Penat merisaukan what the future might hold for them. Tapi sekiranya memang itu ketentuan Ilahi, saya terima seadanya.
“Masa saya tahu yang kandungan ketiga adalah boy terduduk kami dibuatnya. Bukan terduduk sebab tak dapat baby girl tapi tapi risau dengan kebarangkalian empat kali ganda dan 20 peratus lagi risiko jika anak ada yang turut mempunyai autism.
Lepas anak ketiga kami lahir kami pantau betul-betul setiap perkembangannya, dia tengok muka kami ke tak, senyum tak bila kami senyum dekat dia, ada bunyi lain tak selain menangis masa dia dua bulan and sadly dia tak buat semua itu.
Masa appoitment vaksin dua bulan dengan pakar neurologi kanak-kanak, Dr Sofia di SJMC, kami beritahu kerisauan kami dan Dr cakap “Zeq is not responding according to his development”.
Tapi perkembangan Zeq sebiji macam Ace masa dia dua bulan and family members kami pun ada yang perasan benda ni. Zeq melilau je bila pandang muka dia.
Bila diagah-agah pun tak senyum. Tapi Dr tenangkan kami dan minta kami lebihkan interact dengan dia sebab children’s brain is malleable pada usia ni. Jadi go and out,” kongsinya menerusi sebuah video di Instagram.
Tambah Dr Say lagi, dia dan isteri bagaimanapun mampu menarik nafas lega seketika bila mana doktor memberitahu perkembangan terkini mengenai anaknya. Malah usahanya dan isteri dilihat membuahkan hasil.
“Lepas seminggu appoitment tu kami ambil helper dari Indonesia khusus untuk interact dengan Zeq dan masak sahaja sebab masa kami busy, kami mahukan interaction berterusan buat Zeq.
Mujur helper Indonesia kami ni cukup sukakan budak-budak. 7 Mei baru-baru ini appoitment dengan Dr Sofia dan isteri beritahu “Dr Sofia cakap Zeq progress is up to date.
Dia dah ada social smile, ada good eye contact, senyum bila kena agah, banyak babble, development lain pun up to date. Alhamdulillah saya rasa lega sikit.
Tapi adakah ini bermaksud Zeq bebas dari autism? Tidak sama sekali sebab perkembangan kanak-kanak yang ada autism ni boleh regress, hari ini mungkin boleh senyum lebar, esok lusa atau minggu seterusnya senyuman itu mungkin hilang.
Selalunya dignosis dibuat pada umur bayi setahun enam bulan jadi kami ada masa yang lama lagi untuk kami tarik nafas lega. Kami masih berjaga-jaga bukan kerana kami paranoid tapi supaya kami lebih bersedia mentally, physcially and financially. Apa-apa pun minta jasa baik korang doakan baby Zeq ye peeps?,” katanya panjang lebar.
Semoga Zeq menunjukkan perkembangan yang lebih baik dari hari ke hari.
MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan
Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!
Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my