Peningkatan kes baharu Covid-19 dan ditambah pula jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 dari sehari demi sehari bertambah, nyata menimbulkan  kerisauan setiap antara kita.

Sebagai ibu ayah, tentu kita mahu keluarga kita terhindar daripada wabak ini dan berharap agar semuanya segera berakhir dan sekali gus kita semua dapat menjalani kehidupan biasa seperti dulu-dulu.

Sementara usaha ke arah menghentikan rantaian penyebaran Covid-19 hanya akan berjaya bilamana semua antara kita  berdisiplin #stayathome.

Selain itu, fahami juga apa tindakan yang perlu diambil sekiranya terasa diri seakan terkena jangkitan Covid-19 dan ketahui juga apa pula hospital buat jika anda disyaki Covid-19. Ilmu ini dikongsikan oleh doktor ini agar lebih ramai yang faham. Jom semak.

ILMU COVID-19 (Part 5) Artikel doc ke 1074.

“Apa perlu anda lakukan kalau anda rasa diri anda mungkin di Jangkiti Covid-19?

Apa pihak hospital lakukan jika anda di syaki terkena Covid-19?”

A. Uoll pun tau doc atau doktor2 Kerajaan/swasta ni tak boleh pastikan anda positif covid atau tak? Doc/ Doktor2 lain hanya akan tanya samada anda:

Dr Ni Share Apa Kena Buat & Apa Hospital Lakukan Kalau Rasa Diri Dijangkiti Covid-19!

IKLAN

1- Anda ada simptom demam lebih 3 hari /batuk /sakit tekak/susah nafas tak?
2- Anda baru balik dari luar negara yg ada Covid-19.. Cina, Korea, Itali, Iran… dll? .
3- Anda ada jumpa/tinggal dgn pesakit Covid-19/disyaki Covid-19?

Kalau takde semua diatas, duk diam2 dirumah ikut arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jangan pi menyemak/menyibuk di tempat screenig di Hospital pula… Hihihi

B. Klu ada salah satu simptom saja di atas, doc nasihatkan anda pi screening di Hospital dgn mengambil sample tekak dan hidung dan di nasihat balik berkuarantin diri sendiri di rumah sehingga keputusan sample didiagnosa. Klu simptom anda teruk ketika nak di screening, anda dinasihatkan doktor memasukki wad & sampel anda di ambil. Kesihatan anda di monitoring di ward isolation.

C. Keputusan Sampel tekak/hidung tu akan diketahui 2-3 hari selepas tu.

(i) Selagi belum dpt keputusan:
Anda yg ada simptom mesti di rawat dlm wad.. Mkn Ubat demam, batuk, selsema diberikan. Klu uoll tiada simptom duk diam2 kuarantin dlm rumah menunggu call dr pegawai kesihatan samada anda +ve atau – ve.. Ketika ni, anda jadi “INSAN YG SERBA SALAH”… Seisi keluarga jadi ketakutan, ada yg dah melompat apa akan jadi kpd mereka semua wlpun result belum tahu. Diri anda berdebar2. Ketika ni, anda harap dan doa saja kpd Allah apa saja amat dihajati. Klu keputusannya NEGATIF, Sujud syukur tak terkata dgn menitis air mata yg keluar drp hati sanubari kita.

Tpi klu POSITIF, diri anda tak tahu apa nak dikata. Satu keluarga terdekat anda mesti di screening Covid-19 di Hospital secepat mungkin.

IKLAN

Klu kes ni TERBOCOR jiran sebelah rumah yg jenis kepo/membawang…. Kejap je 1 kampung atau 1 Msia tau dlm sekelip mata. Kesian mereka…. Mindset org kita camni…. Mcm2 tuduhan & anggapan negatif di humban org ramai.. Rasa mereka yg kepo ni mcm dah kiamat. Sepatutnya doakan kpd pesakit Covid-19 dan patut bagi Moral Support! Klu Uoll di saring POSITIF…. uoll baru faham situasi ni.

 

D. Bila anda POSITIF COVID-19, anda di masuk ward isolation. Sapa pun tak boleh melawat anda di Hospital. Baru di sini anda dpt rasa AMAT HARGANYA NILAI KESIHATAN & KEBEBASAN yg ALLAH bagi kpd anda selama ni….

Titisan air mata & doa selalu dgn automatik di hujung mulut anda sentiasa… Allah saja yg tahu isi hati anda ketika tu.. Rasa nyawa diri spt telur dihujung tanduk. Ketika ni doc/anda akan sentiasa Bertobat, salat hajat selalu, istifar selalu dan berdoa setiap masa…… Insyallah Allah sembuhkan musibah ni drp kita. Minta ampun kpd Allah. Balik kpd Allah… Amiin. Nyawa kita di tanganNya. Dan kira masa ni amat hrp Doktor merawat simptom2 anda yg ada di wad sebaik mungkin.

Dr Ni Share Apa Kena Buat & Apa Hospital Lakukan Kalau Rasa Diri Dijangkiti Covid-19!

E. Dlm tempuh 1 minggu, SECOND SAMPLE NASAL & PHARYNX SWAB diambil jika simptom anda sembuh. Klu NEGATIF bagus tu tpi masih dikuarantin dlm wad. Lps 24 jam kemudian THIRD SAMPLE NASAL & PHARYNX SWAB di ambil. Klu NEGATIF, baru anda di discharge tpi kena KUARANTIN di rumah dlm 14 hari untuk memutus INFEKSI CYCLE COVID-19.  Duk diam2 dirumah, tau!!! Sayang le keluarga dan semua rakyat Msia dikeliling anda.

IKLAN

F. Lihatlah semua sahabat2 doc diluar sana, klu anda di dlm ward Covid-19 baru anda HARGAI betapa hebatnya komitment dan pengorbanan DOKTOR, NURSE, dll dlm suit personal protective equipment (PPE) …
atau “‘baju angkasawan”  yg harganya mahal & panas berpeluh utk periksa kesihatan anda & pesakit2 keliling anda.

Dr Ni Share Apa Kena Buat & Apa Hospital Lakukan Kalau Rasa Diri Dijangkiti Covid-19!

Mereka korban masa, tenaga & keluarga mereka untuk anda semua demi bangsa & negara. Kita patut SALUTE & amat berterima kasih serta doa kesihatan terbaik bg mereka yg selalu yg membantu kita. Mudahan Allah sentiasa lindungi mereka. Aamiin.

G. Anda lihat dgn mata kepala anda sendiri di wad ICU, dimana simptom pesakit COVID-19 menurun & komplikasi dgn sesakan penafasan serta di INTUBATE & perlu VENTILATOR membantu penafasan nya di ICU. Critikal keadaannya.  Ini terjadi kpd ramai pesakit tua, diabetik, sakit jantung, sakit paru2, pertahanan immuniti rendah dll. Klu di takdikan umur anda panjang, hidup lagi lah anda di bumi ini. Klu nyawa di ambil Malaikat Maut… Badan anda dibalut plastik, mayat di tayamum, tak dimandikan & disalatkan di hospital. Org dikasihi isteri, suami, anak2, adik beradik tak boleh iringi anda ke kubur. Hanya boleh lihat dari jauh mayat anda terbujur ke dlm liang lahat…. Allahuakbar.Hanya doa mereka dpt iringi anda dgn titisan air mata.

**Peringatan: Masih Tiada ubat specifik atau vaksin untk anak elak Covid-19 ketika ni.

Dr Ni Share Apa Kena Buat & Apa Hospital Lakukan Kalau Rasa Diri Dijangkiti Covid-19!

Doc harap doc dpt mudahkan uoll faham sanario COVID-19 diatas sbgai ikhtibar. Klu ada symptom, cepat2 pi check up. JANGAN DAH MELARAT, BARU NAK MENYESAL! Understand mengapa duk diam2 dirumah penting dlm 14 hari ni….. Untuk keselamatan & kesihatan anda, keluarga dan semua rakyat Msia. Krn anda INSAN TERBAIK!!

sumber : Dr. Abdul Rahim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI