Bila menyentuh bab makan makanan sihat, secara tidak langsung akan terlintas difikiran tentang pelbagai pilihan menu sayur-sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya. Bertepatan juga budaya makan sayur di dalam keluarga kita hari ini seakan begitu sinonim hingga seakan tidak lengkap rasanya hidangan jika tidak disajikan menu berasaskan sayur-sayuran ini.
Pun begitu, tahukah anda dalam banyak-banyak jenis sayuran yang kita ambil setiap hari ada beberapa jenis sayur-sayuran bertindak sebagai antikanser. Nak tahu apakah jenis sayuran itu, jom semak perkongsian daripada Yatie Eimra ini yang dipetik daripada perkongsian Dr Suri Roowi.
“Sebenarnya semalam dok google & carik info tentang sayur-sayuran, kebetulan terjumpa lak video dr. Suri Roowi ni.. Saya baru tau tentang video ni walaupun dah lebih setahun. Ekeke.. Tapi share jugak sebab banyak sangat info berguna (untuk rujukan sendiri di masa depan). Kot-kotlah la ada gak yang ketinggalan macam saya ni.. Ni antara isi-isi penting yang saya salin dan susun agar lebih teratur senang senang paham. Ada juga beberapa maklumat yang saya tambah (⭐) dari beberapa rujukan sebagai info tambahan.
Semoga bermanfaat”-Yatie Eimra
Sayur Antikanser
Dr Suri Roowi, Pakar Antioksidan MARDI
Ikimfm, slot Rahsia Alam (19/04/17)
Sayuran Antikanser
=============
4 kategori sayuran yang mampu mencegah dan menghalang sel kanser
Mempunyai aktiviti antikanser yang paling KUAT
-Brussel sprouts
-Kobis (hijau, ungu, kerinting)
-Bawang
-Bayam
Berkeupayaan TINGGI dalam menghalang sel kanser
-Asparagus
-Brokoli
-Kobis bunga
Berkeupayaan SEDERHANA dalam menghalang sel kanser
-Saderi
-Terung
Berkeupayaan RENDAH dalam menghalang sel kanser
-Timun
-Carrot
-Kentang
-Tomato
Mengurangkan Darah Tinggi
==================
?Bawang Putih
Amalkan makan 1 ulas bawang putih setiap hari selama 3 bulan
⭐ bawang putih juga boleh mencairkan darah. Kurangkan pengambilan bawang putih sekiranya mempunyai masalah darah cair.
?Saderi
?Brocolli
?Minyak zaitun
?Barley grass
Serbuk dari anak pokok barli. Tinggi potassium, kalsium 50x lebih tinggi dari beras (⭐11x lebih tinggi dari susu)
Mengurangkan Diabetes
================
?Pokok geti/pokok turi
Daun dan bunganya bertindak sebagai antidiabetes. Daun & bunganya boleh dimasak tumis
?Bunga telang (antara yang terbaik)
?Peria katak
Sangat tinggi kandungan fiber yang larut air. Fiber larut air ini mengurangkan penyerapan gula & kolesterol dalam darah.
?Kacang bendi
Lendiran dari kacang bendi juga tinggi fiber larut air. Sangat bagus untuk pesakit diabetes juga untuk turunkan kolesterol. Sebaik²nya dicelur untuk memelihara khasiatnya.
Mengurangkan Kolesterol
=================
?Minyak Zaitun
?Barli
Hepatitis B
=======
?Pokok dukung anak. Dos jangan terlalu banyak, pengambilan haruslah sedikit demi sedikit.
?Brokoli
Sayuran Kampung Yang Berkhasiat
=======================
?Daun keledek (khasiatnya sangat tinggi)
?Kangkung (antara yang terbaik)
Pastikan bebas dari parasit (cacing) dalam batang dengan rendam garam atau dicelur.
?Bayam (khasiat bayam merah lebih tinggi)
?Kobis
?Daun ketumbar
?Kacang bendi
?Melinjau
Menurunkan asid urik, daunnya ditumis atau masak air. Bagi pesakit gout sangat disarankan makan daun atau buah melinjau. Boleh juga makan empingnya (buah melinjau yang telah dikeringkan) yang direbus (goreng boleh mengurangkan khasiatnya)
Sayuran Yang Perlu Dikurangkan Jika Mengalami Masalah Kesihatan
============================================
?Bayam
?Orang yang mengalami masalah darah cepat beku, perlu elakkan makan bayam kerana bayam tinggi vitamin K (bertindak membekukan darah)
?Pesakit atau orang yang pernah mengalami batu karang, kurangkan pengambilan bayam kerana ia tinggi oksalat (oxalate) – penyebab batu karang.
**Sebagai alternatif, boleh bekukan daun bayam sebelum dimasak supaya kandungan oksalatnya berkurangan.
**Pesakit batu karang perlu mengawal pengambilan oksalat kurang 50g sehari
?Pucuk manis
Bagus untuk kesihatan jantung (tinggi potassium) dan dapat menambah susu ibu sehingga 50%.
Namun pengambilan berlebihan boleh merosakkan paru-paru & menyebabkan kematian
?Pucuk Ubi
Mengandungi sianida (cyanide) iaitu sejenis racun yang bahaya.
Mesti direbus & tidak boleh makan sebagai ulam.
⭐Jika termakan dalam dos yang sikit, sianida di dalam badan akan ditukarkan kepada tiosianat (thiocyanate) yang kurang berbahaya & akan dikeluarkan bersama air kencing. Namun sianida dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan keracunan sianida & juga kematian.
⭐Orang yang mempunyai masalah thyroid, pastikan makan pucuk ubi/ubi kayu yang telah diproses dengan baik. Tiosianat boleh mengganggu fungsi kelenjar thyroid.
⭐Pucuk ubi yang baru dipetik, sebaik²nya dibiarkan beberapa jam sebelum dimasak
⭐Cara proses pucuk ubi yang disarankan -Pucuk ubi direbus sehingga lembut dalam air panas bersama sedikit garam dan cuka untuk mengurangkan kandungan sianida di dalamnya. Perah, tos air dan basuh pucuk ubi di bawah air mengalir sebelum masak.
Cara Membersihkan Sayur-sayuran dari Racun
==============================
*Sebaik-baiknya cari sayur yang ada kesan berlubang di makan ulat
*Sayur-sayuran yang langsung tak dimakan ulat tanda racun lebih tinggi
Cuka
Rendam dalam air campuran cuka (0.1%)
1 liter air = 10ml cuka/1 sudu makan
Ozon
Menggunakan ozon melalui mesin khas. Dapat mengurangkan kurangkan racun 40-75%
Ultrasonik
Mengurangkan kadar racun serangga sehingga 90%
Garam
Cara terbaik yang mudah dan murah ialah merendam sayuran dengan air larutan garam (0.2%)
1 liter air = 20 gram (2 sudu makan)
Rendam 5 minit & alirkan bawah air paip
95% racun dapat dikeluarkan
Kaedah Memasak Sayuran
=================
Merebus
Kandungan antioksidan hanya tinggal 20%
Microwave
Kandungan antioksidan hanya tinggal 3%
Periuk tekanan tinggi (Pressure Cooker)
Mengurangkan kandungan antioksidan sehingga 50%
Menumis
Kandungan antioksidan hanya tinggal 16%
Kukus
Kaedah yang terbaik untuk dapatkan khasiat sayuran. Kandungan antioksidan dapat dikekalkan sehingga 90%
Celur
Celur sayuran selama 3-5 minit apabila air mendidih supaya khasiatnya masih tinggi
**Sayuran Karotenoid seperti tomato, labu, lobak merah, bayam merah & keledek lebih baik jika dimasak kerana kandungan antioksidannya akan meningkat.
Membekukan Sayuran
==============
Apabila sayur dibekukan, khasiatnya akan berkurangan terutamanya kandungan vitamin C
Namun BAWANG sangat bagus dibekukan dan khasiatnya akan meningkat 200% apabila dibekukan sebelum dimasak.
Kobis (dan sayuran jenis cruciferous seperti brokoli, cauliflower) mengandungi raffinose yang boleh menyebabkan sesetengah orang mengalami kembung perut, ketidakhadaman, sakit urat, dan lain-lain.
Pastikan semua sayuran dibersihkan dengan teknik yang betul untuk mengelakkan parasit dan mengurangkan pestisid
sumber :Dr Suri Roowi