Ayam panggang atau ayam percik sememangnya menjadi pilihan keluarga. rasanya yang enak selain kurang kolestrol dibandingkan dengan ayam goreng juga faktor disukai.
Namun, kena hati-hati dalam memilih ayam panggang. Bimbang boleh memudaratkan diri. Dr Zubaidi Hj Ahmad kongsikan pandangan Khanafi Mohd
mengenai hal ini.Hati-Hati Memilih
Jika anda sedang menikmati hidangan dan mendapati daging ayam masih merah dan ada kesan darah, hentikan, JANGAN MAKAN!
Daging ayam mentah mengandungi pelbagai jenis patogen yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.
Dalam kes yang ringan, kita mungkin mendapat gejala sakit perut, muntah dan cirit.
Ada kes serius melibatkan kematian apabila kuman ini masuk kedalam saluran darah manusia dan merebak ke seluruh tubuh. Situasi ini dinamakan sebagai “bacteremia”.
Sekiranya kita ‘sayang’ dan masih mahu makan daging tersebut, masak semula sehingga suhu daging mencecah 74° C.
Jika kita makan di restoran, jangan teragak-agak untuk pulangkan menu tersebut untuk dimasak dengan sempurna.
Bulan Ramadhan ini, ayam percik dan ayam panggang selalu ada masalah seperti ini.
Hati hati ya teman-teman semua.
Tanda-tanda ayam tidak dimasak sempurna:
✅ Daging berwarna kemerahan
✅ Kesan darah di antara sendi tulang ayam
✅ Berbau hanyir & berlendir
✅ Daging berbeza tekstur
✅ Suhu dibahagian dalam daging lebih sejuk
Credit: Public Health Malaysia