Sejak kecil lagi kita selalu dimomokkan kesan biji cili atau biji jambu sebagai penyebab apendiks. Dek kerana itu menyebabkan ada yang takut makan pedas, bimbang kesannya pada kesihatan.
Pun begitu, sebenarnya betulkah atau sekadar mitos sahaja?
Mengetahui jawpan yang lebih tepat, jom kita baca perkongsian daripada seorang doktor ini diakaun facebook. Menurut Dr Zubaidi, “Sebenarnya tiada kajian saintifik membuktikan apendiks disebabkan pemakanan apatah lagi dikaitkan dengan cili dan jambu batu. Mungkin ia hanya petua masyarakat terdahulu yang melarang pengambilan cili dan jambu batu kerana boleh menyebabkan sakit perut. Namun dari sudut perubatan ia tidak dapat dibuktikan.”
Untuk lebih detail lagi jom baca perkongsian penuh daripadanya di bawah ini.
BENARKAH BIJI CILI BOLEH JADI PUNCA APENDIKS?
Kita sering dimomokkan dengan kata-kata jangan makan cili atau biji jambu batu kerana boleh menyebabkan apendiks. Larangan ini sering bermain dalam fikiran sehingga wujud rasa takut setiap kali ingin mengambil makanan pedas.
Sebenarnya tiada kajian saintifik membuktikan apendiks disebabkan pemakanan apatah lagi dikaitkan dengan cili dan jambu batu. Mungkin ia hanya petua masyarakat terdahulu yang melarang pengambilan cili dan jambu batu kerana boleh menyebabkan sakit perut. Namun dari sudut perubatan ia tidak dapat dibuktikan. Malah sesiapa saja berisiko mengalaminya walaupun tidak makan biji makanan seperti yang dinyatakan.
Hakikatnya, segala makanan yang keras seperti biji cili dan sebagainya akan hancur di dalam perut disebabkan oleh asid perut. Selepas hancur sepenuhnya, barulah ia akan masuk ke usus untuk proses pembuangan najis.
Radang apendiks (appendicitis) bukanlah sejenis penyakit tetapi satu keadaan di mana pundi apendiks (vermiform apendiks) tersumbat. Untuk anda yang belum tahu, ia adalah satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada bahagian pemulaan usus besar. Walaupun begitu, fungsi sebenar organ ini masih belum dapat diketahui dengan tepat.
Mengapa ia boleh tersumbat jika bukan sebab pemakanan? Ia adalah disebabkan oleh bukaan apendiks menuju ke tiub besar atau sekum tersekat. Sekatan ini mungkin berlaku akibat lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras daripada tiub besar termasuk ke pundi apendiks. Inilah punca sebenar radang apendiks berlaku.
Selain itu, keadaan ini juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria. Ia sering menyerang golongan muda sekitar usia 10 hingga 30 tahun. Jadi, jangan sesekali beranggapan bahawa orang yang masih mudah tidak boleh mengalaminya.
Untuk merawatnya, doktor hanya akan beri pesakit antibitiotik untuk melegakannya. Jika masih tidak pulih, cara terbaik untuk menghilangkannya adalah melalui pembedahan membuang pundi apendiks (apendektomi).
Ads
Sekiranya kita telah terkena radang apendiks, cara yang terbaik untuk menghilangkan kesakitan yang dialami adalah dengan melakukan pembedahan apendiks kerana ia juga adalah satu-satunya teknik yang telah diperakui oleh kebanyakan pakar kesihatan.
Untuk pengetahuan anda, pembedahan ini turut dikenali sebagai appendectomy. Caranya, doktor boleh melakukannya dengan dua cara iaitu pembedahan membelah perut secara terbuka dan laparoskopi (membelah perut dengan ukuran yang kecil dan memasukkan kamera untuk melihat ke dalam). Namun, ia bergantung kepada saiz tumor pada bahagian apendiks itu sendiri. Sekiranya ia terlalu besar, pembedahan major terpaksa dilakukan dalam usaha untuk membuangnya.
Kesimpulannya, punca sebenar radang apendiks ini adalah penyumbatan di dalam saluran apendiks seperti yang dinyatakan. Walaupun begitu, pemakanan tidak boleh dianggap sebagai antara punca utamanya kerana masih tidak ada kajian kukuh yang mengatakan sedemikian
Andai kata hilang duit RM50 pun kita rasa terkilan, inikan pula nilainya mencecah ratusan ribu ringgit. Seakan tidak mampu untuk membayangkan betapa kecewanya perasaan di hati.
Apatah lagi duit tersebut sebelum ini tersimpan rapi di dalam bank, namun sekelip mata lesap begitu sahaja gara-gara diri terpedaya dengan scammer!
Inilah yang dilalui oleh seorang pesara wanita, terpaksa berputih mata apabila wang sejumlah RM134,503 di dalam akaun miliknya hilang sekelip mata selepas dia menyerahkan maklumat perbankan kepada seorang lelaki yang kononnya pegawai Bank Negara.
Ini sebagaimana yang dilaporkan di Harian Metro baru-baru ini, di mana insiden malang ini berlaku di Kepala Batas Penang.
Insiden bermula apabila mangsa berusia 61 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memaklumkan bahawa kad kredit miliknya digunakan untuk tujuan pembelian mata wang digital bitcoin melalui tiga transaksi berjumlah RM15,991.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, mangsa bagaimanapun menafikan penggunaan kad kredit terbabit selain menegaskan bahawa dia tidak mempunyai akaun wang digital itu.
“Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai Bank Negara sebelum meminta mangsa memberikan maklumat perbankan membabitkan username (nama penguna) dan password (kata laluan) kononnya untuk tujuan siasatan.
“Mangsa menyerahkan maklumat seperti diminta dan menerima mesej daripada pihak bank bahawa sejumlah RM134,503 dikeluarkan dari akaun miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mangsa tampil membuat laporan polis semalam berhubung kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Ketika memasuki trimester ketiga, banyak kemungkinan berlaku. Pertama anak mungkin dilahirkan ketika masih belum cukup bulan.
Kedua, anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kencing manis dan darah tinggi.
Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal. Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu:
1. Kawal makanan bergula, garam dan berkarbohidrat tinggi.
Makan makanan yang berkhasiat dan lebihkan pengambilan protein dan serat khususnya sayur-sayuran hijau. Diet yang betul ini dapat memastikan anda tidak dihinggapi penyakit kencing manis dan darah tinggi atau lain-lain.
2. Ketika “berperang” di bilik bersalin, anda sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak. Jadi, anda digalakkan membina stamina dengan melakukan beberapa aktiviti fizikal.
Misalnya bersenam, banyakkan berjalan atau lebih mudah melakukan banyak kerja-kerja rumah. Bagi anda yang gemar bersenam, ikutilah beberapa kelas senaman khas untuk ibu-ibu hamil. Selalunya kelas-kelas senaman termasuk kelas persediaan menyambut “orang baru” dijalankan di kebanyakan hospital swasta.
3. Ingin ditekankan di sini bahawa bersenam tidak menjamin bersalin awal tetapi berhasil untuk memudahkan proses bersalin.
Baru-baru ini media sosial memperkatakan mengenai penyakit ini iaitu sindrom Ramsay Hunt.
Setelah kenyataan penyanyi popular antarabangsa, Justin Bieber yang menderita ‘kelumpuhan muka’ atau sindrom Ramsay Hunt, mengejutkan ramai pihak khususnya peminat artis tersebut.
Ramai yang tampil menjelaskan apa itu sindrom Ramsay Hunt. Namun bagi yang masih belum hadam mengenai sindrom ini, perkongsian di Instagram milik Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak Surgeri Kepala & Leher, Dr Tengku Ezulia, jelaskan cara yang mudah faham.
Jom ikuti penjelasannya.
1.Boleh menyebabkan gangguan pada saraf muka, ruam kayap (shingles) pada telinga dan mulut.
2.Pesakit juga boleh mengalami telinga berdesing (tinnitus) dan juga vertigo. Rasa seperti berpusing.
3.Punca kepada sindrom ini adalah Varincella Zoster.
4.Virus yang menyebabkan radang pada saraf muka (facial nerve).
5. Sebab itu muka pesakit jadi tidak semetri.
6. Tak boleh nak tutup mata
7. Dan juga sukar untuk senyum
8. Sekiranya tidak di rawat ada berbagai komplikasi buruk yang boleh berlaku,
9. Seperti hilang pendengaran, tidak balas saraf tidak bormal.
10. Contohnya apabila anda tersenyum, mata menjadi tertutup.
11 Kesakitan berterusan (Postherpatic neuralgia)
12. Rawatan terdiri dari Streroid yang boleh mengurangkan radang pada saraf tersebut dan antivirus.
13. Peluang untuk sembuh adalah sangat tinggi.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...