Dr Ni Jelaskan Kenapa Abam Polis Suruh Pakai Mask Walau Tidak Bergejala!

Share

Mungkin ada juga yang masih keliru berkenaan arahan memakai mask di dalam kenderaan daripada pihak polis atau sesetengah premis menyuruh pakai surgical mask walaupun seseotang itu tidak bergejala.

Pun begitu, sebagaimana yang kita tahu, pihak KKM menyarankan kita hanya perlu patuh perintah kawalan pergerakan, kekalkan penjarakan sosial dan kerap basuh tangan dengan sabun. Namun tidak pula disuruh pakai surgical mask atau sarung tangan.

Menjawab persoalan ini, doktor ini kongsikan sebabnya. Jom semak.


“Encik! Berenti!” Arahan anggota polis di satu sekatan jalanraya.

Mereka mengawal pergerakan semua kereta ketika perintah kawalan pergerakan. Mereka juga frontliner yang menjaga kita semua. Terima kasih PDRM.

Aku terus bergegas mengambil mask untuk dipakai. Punya la kelam kabut. Takut juga.

“Ahh! Encik! Nape baru nak pakai mask. Tadi tak pakai.” Sambung abang polis lagi.

“Maaf encik tadi saya minum air masa memandu. Saya buka sekejap. Haus sangat encik,” aku jawab dengan tenang.

Aku ni gelabah juga jumpa polis. Almaklumlah, masa muda-muda dulu aku ni budak nakal juga, main motor. Pernah la juga kena tahan atas kesalahan lalu lintas.

“Dari mana ni, encik?”

“Saya dari tempat kerja. Nak balik ke rumah.”

“Kerja mana? Nak balik ke mana?”

“Saya kerja hospital HS*.” Sambil menunjukan surat pelepasan PKP untuk menjalankan tugas.

“Ohh! Tengok COVID ke?” Soal anggota polis lagi.

“Tak, encik. COVID saya tak nampak kecil sangat. Pesakit COVID saja saya tengok.”

Kami sama-sama bergelak. Walaupun lawak aku tu agak hambar. Kemudian kelihatan beliau menjauhkan diri untuk mengekalkan jarak dari kereta aku.

“Jalan… jalan…”

Lalu beliau mengarahkan aku beredar.

Ramai yang tanya aku kenapa abam polis dari PDRM atau sesetengah premis menyuruh pakai surgical mask walaupun tak bergejala dan mewajibkan ke atas semua orang awam.

Sebagaimana yang kita tahu, pihak KKM menyarankan kita hanya untuk patuh perintah kawalan pergerakan, kekalkan penjarakan sosial dan kerap basuh tangan dengan sabun. Tidak pula disuruh pakai surgical mask atau sarung tangan.

Surgical mask hanya perlu pakai jika kita ada gejala batuk atau selsema (bersin). Ia mengelakan dari batuk atau bersin ini yang menghasilkan droplet akan tersembur kepada orang lain. Maka ia berpotensi menjangkiti kepada orang lain.

Namun surgical mask ini tak menghalang dari kita dijangkiti COVID-19. Melainkan kita memakai mask jenis N95 atau respirator bersama penapis HEPA (P100).

Sebagai maklumat mask ni ada banyak jenis

Sebagai contoh cod hadapan; N, R dan P tu bermaksud; N – Not resistant to oil, R – somewhat resistant to oil, P – strongly resistant to oil (Oil Proof).

Manakala nombor di belakang masing-masing; 95 (95%), 99 (99%) dan 100 (99.97%).

Mask yang tertulis N95 bermaksud keupayaan atau keberkesanan untuk menapis partikel bersaiz 0.3 micrometer atau lebih dalam udara sekurang-kurangnya 95%.

Kalau ia tertulis N99 pula bermakna dapat menapis partikel dalam udara sekurang-kurangnya 99%.

Manakala P100 pula bermaksud mampu menapis partikel dalam udara 99.97% dan ‘oil proof’.

Ada juga sesetengah topeng ini tertulis PM2.5 (Particulate matter). Maksudnya liang-liang topeng itu mampu menapis partikel bersaiz 2.5 micrometer atau lebih.

Ada juga topeng bercetak PM10. Maka topeng tersebut mampu menapis partikel bersaiz 10 micrometer atau lebih.

Selagi besar peratusan, maka semakin kecil ruang rongga mask tersebut. Kemakin kecil ruang rongga semakin tak selesa untuk bernafas.

Biasanya yang jenis 99 ke atas akan ada injap (valve) atau jenis respirator.

Untuk menghalang Menjangkiti COVID-19, mask jenis N95 adalah sesuai untuk menghalang droplet dari terkena atau dijangkiti.

Jika melakukan prosedur seperti intubasi pesakit COVID-19 yang menghasilkan aerosol maka N95 tak lagi sesuai. Aerosolisasi adalah partikel yang kecil berganding droplet. Ia menjadi ‘air-borne’. Keadaan ini respirator dengan HEPA filter (filter P100) atau PARP (Powered air-purifying respirator) adalah dicadangkan untuk tujuan itu.

Surgical mask langsung tak berkesan untuk perlindungan.

Setiap pemakaian jenis mask untuk anggota kesihatan barisan hadapan adalah mengikut garis panduan KKM dan WHO. Bukan sewenang-wenangnya.

Aku sendiri tak membantah apa yang diarahkan oleh anggota polis sebab aku patuh mereka, walaupun aku mampu menulis tentang mask satu buku sekalipun.

Kenapa mereka bertindak untuk arahkan kau orang pakai mask?

Sebab kau orang ada gejala pun tak pakai. Adab batuk pun kau orang tak tahu. Memang patut pun mereka tak percayakan kau orang. Mereka tak yakin. Kesian anggota polis jalankan tugas, kau orang batuk-batuk di muka mereka.

Macamana mereka nak percaya, disuruh duduk rumah pun kau orang merayap-rayap. Ada yang degil dan tak dengar cakap. Haha.

Semoga penjelasan aku ni kenapa anggota polis atau premis arahkan memakai mask untuk kau orang terjawab, ya.

Anggota polis juga frontliner. Syabas untuk mereka. Sama-sama kita perang COVID-19.

sumber : Ahmad Zakimi Abdullah