Umumnya wanita pada usia 20an hidupnya cukup aktif dan dalam masa yang sama cukup menekankan penjagaan kecantikan. Manakala bila seorang wanita itu mencapai usia 30an, kebiasaanya wanita ini telah pun bergelar seorang isteri dan ibu. Umumnya akan berusaha untuk mengekalkan bentuk badan dengan melakukan senaman dan menjaga pemakanan agar terlihat anggun di mata suami dan keluarga.

Pun begitu, setelah usia menginjak 40an,  apa pula yang perlu diberi penekanan agar kekal terlihat cantik dan dalam masa yang sama tetap bertenaga dan sihat?

Dr Ni Jelaskan Cara Kekalkan Kesihatan Khusus Buat Yang Dah Berusia 40 Tahun Ke Atas. Kena Takenote, Tak Boleh Sambil Lewa!

Meskipun usia terus menginjak ke usia emas, bab kesihatan nyata perlu diberi tumpuan khusus dan tidak boleh dibuat sambil lewa. Semakin meningkat usia kita, itu bermakna semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit apatah lagi jika tidak dijaga secara serius.

Jadi apa sebenarnya yang perlu dibuat dan ini dikongsikan oleh Dr Hana Hadzrami untuk manfaat kita bersama.

Selepas usia 40an, anugerah kesihatan bukan lagi milik kita. Masa muda dulu walau sabotaj badan sendiri, masih lagi kesihatan tu melekat pada kita. Rasa kebal dan tak terkalahkan.

Tapi bila dah berumur ni, kesihatan perlahan-lahan meninggalkan kita. Kita pula yang perlu kejar dia. Tak boleh ambil lewa.

Ads

Kalau setakat nak hilangkan berat badan, jaga pemakanan dah cukup. Kurangkan porsi dan pilih makanan yang baik.

  1. Berpuasa Sunat

Perbanyakkan puasa sunat. Allah suka. Kajian sains pun dah buktikan, rahsia panjang umur dan sihat ialah mengurangkan pengambilan kalori dan berpuasa secara teratur.

2. Naikkan Nadi

Tapi kalau nak sihat fizikal dan mental, perlu beriadah juga. Buatlah aktiviti yang boleh menaikkan nadi sehingga 60-80% nadi maksimum sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.

Ads

Nak kira nadi maksimum caranya ialah 220 tolak umur anda. Macam saya, nadi maksimum ialah 175/min. Saya perlu bersenam hingga nadi mencapai 110-140/min. Barulah darah mengalir laju ke semua sel tubuh dan dapat oksigen yang mencukupi. Selalunya darah sampai sipi-sipi sahaja.

Setakat berpeluh saja tak cukup kalau nadi tak berubah. Sebab tu buat kerja rumah sampai berjeruk tubuh dan rupa bertukar jadi mak lampir masih juga tak kurus-kurus. Makin naik darah lagi adalah.

Dr Ni Jelaskan Cara Kekalkan Kesihatan Khusus Buat Yang Dah Berusia 40 Tahun Ke Atas. Kena Takenote, Tak Boleh Sambil Lewa!

Ads

3. Bersenam 

Faedah bersenam bukan saja buatkan fizikal sihat tetapi menjauhkan penyakit otak dan saraf. Tiada siapa mahu berpenyakit nyanyuk (alzheimer, dementia) ataupun dapat Parkinson diwaktu tua. Penyakit sebegini membuatkan seseorang ‘mati’ sebelum masanya.

Lihatlah orang-orang tua yang sihat, mereka memang makan sikit dan hidup sederhana. Selalu buat aktiviti, tak terperap dirumah melayan sinetron saja.

Orang tua yang selalu melayan sedap tekak dan hobi suka makan memang akan menderita. Bermacam penyakit menimpa dan azab hingga ke mati. Nak beribadat pun tak berupaya.

Jom sama-sama kita jaga kesihatan ya!!

sumber : Hana Hadzami 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI