Kerap bersin itu tanda awal resdung. Pun begitu mungkin ada yang beranggapan resdung ini tidak bahaya.

Sedangkan tanggapan itu tidak benar. Ini  sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Ezairy dan semoga bermanfaat.

Resdung

Bila sebut nama ini, kita mesti ingat ia sejenis penyakit bersin, hidung tersumbat, keluar hingus, pening kepala….

Dr Ni Ingatkan, Jika Resdung Jangan Dibiarkan Sampai Ada Simptom Ni. Bahaya!

Ha, betullah itu. Istilah ‘medik’ kita sebut sebagai allergic rhinitis atau ada yang dok sebut ‘sinus’ atau sinusitis.

IKLAN

Hakikatnya walau apa pun kalian nak sebut masalah ini, konsep rawatannya lebih kurang sama, walaupun tidak betul-betul sama. Ubat pun lebih kurang sama. Simptom ada beza-beza sedikit. Puncanya mungkin berbeza. Setiap orang tak sama.

“Kenapa dia makan seafood okay, saya tak okay,”

“Saya makan telur tak ada masalah pun,”

Ya, ada orang tak boleh kena habuk. Ada yang tak boleh tempat panas atau sejuk. Ada yang makan ubat tertentu pun boleh jadi masalah.

IKLAN

Tapi sebenarnya masalah yang lebih besar ialah apabila kita sendiri tidak tahu bahawa penyakit ini sangat berbahaya jika dibiar begitu saja.

Ya, ia memang nampak biasa-biasa saja. Betul, kebanyakan simptom hanya setakat gejala biasa yang saya sebut di atas tetapi hati-hati pesakit ada simptom-simptomding  ini

1. Demam disertai sakit dibahagian muka dan dahi

Dr Ni Ingatkan, Jika Resdung Jangan Dibiarkan Sampai Ada Simptom Ni. Bahaya!

2. Terasa sakit juga di bahagin sekitar dan belakang mata

IKLAN

3. Hidung sumbat, mengeluarkan cecair busuk, dan juga pening kepala lebih beberapa hari.

4. Mata menjadi kabur, boleh jadi hilang kesedaran sehingga ada ke tahap mengalami serangan sawan. Keadaan ini sangat serius kerana ada kemungkinan jangkitan telah merebak ke bahagian otak. Jarang berlaku, tetapi boleh berlaku.

Hati-hati. Jangan bawa main simptom anak dan ahli keluarga kita.

sumber : Ezairy M.Sallih

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI