Kerap bersin itu tanda awal resdung. Pun begitu mungkin ada yang beranggapan resdung ini tidak bahaya.
Sedangkan tanggapan itu tidak benar. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Ezairy dan semoga bermanfaat.
Resdung
Bila sebut nama ini, kita mesti ingat ia sejenis penyakit bersin, hidung tersumbat, keluar hingus, pening kepala….
Ha, betullah itu. Istilah ‘medik’ kita sebut sebagai allergic rhinitis atau ada yang dok sebut ‘sinus’ atau sinusitis.
Hakikatnya walau apa pun kalian nak sebut masalah ini, konsep rawatannya lebih kurang sama, walaupun tidak betul-betul sama. Ubat pun lebih kurang sama. Simptom ada beza-beza sedikit. Puncanya mungkin berbeza. Setiap orang tak sama.
“Kenapa dia makan seafood okay, saya tak okay,”
“Saya makan telur tak ada masalah pun,”
Ya, ada orang tak boleh kena habuk. Ada yang tak boleh tempat panas atau sejuk. Ada yang makan ubat tertentu pun boleh jadi masalah.
Tapi sebenarnya masalah yang lebih besar ialah apabila kita sendiri tidak tahu bahawa penyakit ini sangat berbahaya jika dibiar begitu saja.
Ya, ia memang nampak biasa-biasa saja. Betul, kebanyakan simptom hanya setakat gejala biasa yang saya sebut di atas tetapi hati-hati pesakit ada simptom-simptomding ini
1. Demam disertai sakit dibahagian muka dan dahi
2. Terasa sakit juga di bahagin sekitar dan belakang mata
3. Hidung sumbat, mengeluarkan cecair busuk, dan juga pening kepala lebih beberapa hari.
4. Mata menjadi kabur, boleh jadi hilang kesedaran sehingga ada ke tahap mengalami serangan sawan. Keadaan ini sangat serius kerana ada kemungkinan jangkitan telah merebak ke bahagian otak. Jarang berlaku, tetapi boleh berlaku.
Hati-hati. Jangan bawa main simptom anak dan ahli keluarga kita.
sumber : Ezairy M.Sallih
Wanita Ni Kongsikan Remedi Bantu Normalkan Bacaan Kolesterol. Yang Penting Kena Konsisten!
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan seseorang. Sebab itu kita kena kawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang dikongsikan Puan Zeta Azzahra Abd Rahman. Yang ada masalah kolesterol tu bolehlah cuba petua ni.
Tapi jangan pula abaikan pengambilan ubat dengan doktor. Tak semua petua itu sesuai, segalanya bergantung kepada penerimaan tubuh seseorang.
Air Kentut kata si kecik mak aji.
Sila baca sbb resepi di dalam entry ini.
Terima kasih pada semua di MAHN. Viral sekejap dan siap ada perkongsian dr Majalah Mingguan Wanita, di insta dll serta di radio. Tahun baharu ni baru berkesempatan bg tutorial nya.
Resepi utk seminggu atau kdg2 boleh jadi utk 3 ke 4 hari bagi mak aji lah. Mungkin juga boleh jadi utk sebulan (stok sejuk beku ).
Boleh tgk pada gambar tersebut.
Semoga bermanfaat.
Harapnya diamalkan secara konsisten.
Kesannya..berbeza2 mengikut individu rasanya.
Sebab..
Mula2 dulu..kolestrol tak turun mana. Tapi berat badan mak aji turun. Lama kemudian dia stagnant..itu je, tak turun2 beratnya. Tp tetap minum. Kemudian baru lah dtg berita gembira.
Time turun kpd 3.3 tu baharu lh mak aji berani share dgn semua.
Skrg mak aji jumpa doktor utk review kolestrol setiap 6 bulan sekali. Mak aji mmg tiada kencing manis dan darah tinggi. Jd mak aji tidak pasti adakah ini sesuai sbg remedy atau usaha mengurangkan bacaan diabetes atau menurunkan tekanan darah tinggi ye. Sbb ramai yg tanya.
Mak aji sarankan diambil/minum/amalkan sekurang2nya dua gelas sehari.
1 gelas pagi sebelum sarapan atau jika rasa tidak boleh, selepas sarapan.
1 gelas lagi sebelum dinner, atau mgkn selepas dinner. Jgn minum sebelum nk masuk tidur, takut nanti perut tak selesa kan?
Minum ikut kemampuan badan sendiri ye.
Jgn sampai memudaratkan diri.
Kalau dah biasa mcm mak aji, sehari mmg boleh habis 2L.
Yg sudah sedia ada makan ubat kolestrol yang diberi doktor, sebaiknya tanya doktor. Ubat wajib makan.
Mak aji hanya kongsi remedy utk normalkan atau setidak2nya menurunkan bacaaan kolestrol.
Mak aji mmg doktor nak ON kan ubat kolestrol pada masa tu. Cuma mak aji bincang dan bgtau doktor mak aji nk cuba secara natural/alami dan berusaha jaga makan dan exercise.
(Siapa yg pernah baca post terdahulu mak aji tentu dah tahu)
RESEPI : ada pada setiap gambar supaya lebih faham
Air 6L (4 x 1.5L botol air)
Lemon 3 biji sahaja (anggaran berat 600g ke 700g)
Halia 3 ke 4 ketul ( anggaran berat 600g ke 700g)
Nenas separuh (buah besar) kalau buah kecil, guna sebiji.
*******************************************
Mak aji sediakan 6L utk 3 ke 7 hari. Bykkan minum air kosong juga ye. Mak aji ni pagi2 minum je nescafe ais. Tp sblm sarapan, mak aji minum dulu segelas.
Mak aji cikgu. Kurang exercise mcm zumba tu,atau jogging. Mak aji cuma naik turun tangga di sekolah shj dan jalan2 dlm mall.
Rimas Betullah Selsema! Nak Hilang Cepat? Boleh Ikut Dr Ni Buat ‘Formulasi Green Flu Shot’
Paling stress bila selsema. Betul tak? Semua hal yang dilakukan tak betul dan tak menjadi gara-gara hidung tidak selesa dengan keadaan tersebut. Semua ubat sudah dibeli dan tips juga dicuba tetapi tetap tidak menjadi dan sembuh.
Argh, pening kepala dibuatnya. Apa kata anda cuba satu perkongsian berguna daripada Dr Rizal Abu Bakar untuk menghilangkan selsema atau elak dari dijangkiti selsema. Jom kita baca.
________________________________________________________________________
Kena selsema ye? Nak kasi hilang cepat tak? Atau nak jauhkan dari terkena? Kalau jawapannya ya, boleh buat formulasi Green Flu Shot ni. Nak tahu macam mana? Teruskan pembacaan anda. Rugi kalau tak tahu.
Bahan-bahan diperlukan:
6 helai daun kale
Setengah genggam parsley
1 biji timun
4 batang seleri
2 biji epal hijau
1 biji lemon
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar bahan satu hingga bahan 5.
2. Masukkan perahan air lemon.
3. Siap diminum dengan fibernya.
Daun kale mengandung vitamin A, vitamin K, vitamin C, vitamin B6, mangan, kalsium, magnesium, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, fosfor, dan zat besi. Kale mengandung sedikit lemak, tetapi sebahgian besar lemak di dalamnya adalah asam lemak omega-3 yang disebut alpha linolenic-acid.
*Lepas ni boleh selamat tinggal kepada selsema. Selsema masa ni oramg akan jauhkan diri. Ingat kita kena macam-macam. Betulkan? Jom cuba. Jadi semua semua Insyaa Allah.
Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar
Doktor Ini Jelaskan Khasiat Kunyit. Hebat Rupanya Bahan Masakan Ni.
Sebut sahaja kunyit, pastinya kita terbayang kunyit untuk dibuat masakan ikan goreng atau masak lemak cili api.
Namun, selain masakan, kunyit ini mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan.
Menerusi perkongsian Dr Rizal jelas menunjukkan khasiat kunyit dalam kehidupan kita.
Ikuti perkongsiannya.
6 RAHSIA KEHEBATAN KUNYIT YANG RAMAI TIDAK TAHU
Waktu itu awal tahun 1970an. Aku kecil lagi. Aku suka melangut lihat nenek aku bekerja.
.
Biasalah budak –budak. Suka ambil tahu. Mungkin ringan tulang waktu itu. Hmm atau suka menyibuk.
.
Nenek aku namanya Ayesha. Ejaan gempak. Dia bukan pelakon. Hanya orang kampung yang orang gelar Tok Bi.
.
Tok Bi ada 14 orang anak. 2 anaknya meninggal masa kecil. Tinggal 12 dibesarkan di bawah payung kasih sayang beliau.
.
Tok Wan aku Tok Wan Brahim, suami Tok Bi, kerja dengan PPC. Sekarang dikenali sebagai Penang Port. Gaji sekitar RM50 sahaja sebulan waktu itu. Bayangkan besarkan anak dengan gaji begitu.
.
Tok Bi adalah bercucuk tanam sedikit. Ada juga bela ayam, angsa dan ayam piru. Habuan makanan masa raya nanti.
.
Berbalik pada cerita aku dok melangut sakan. Waktu cuti sekolah adalah waktu paling bahagia- boleh balik rumah Tok Bi.
.
Oleh kerana aku suka perhati dan ambil tahu apa yang Tok Bi buat, dia pun suka aku ada. Adalah orang boleh tolong ambik itu ambik ini.
.
Satu perkara yang aku selalu perhati, ialah Tok Bi banyak guna kunyit. Samada kunyit hidup ataupun bentuk serbuk yang dibuat sendiri.
.
Ada ruang sahaja dia akan campak masuk kunyit. Untuk warnakan makanan memang akan digunakan kunyit. Semulajadi.
.
Seolah kunyit dan warna kuning macam tema makanan sebati dengan Tok Bi.
.
Dia juga minum air kunyit. Bab ini paling aku suka. Aku akan tunggu saja waktu dia minum.
.
Selepas minum aku akan tanya “ Tok minum apa tu tok?”
.
Dia akan jawab sambil tersenyum, “air kunyit.” Waktu senyum inilah part paling best. Semua giginya akan jadi kuning. Aku apa lagi akan ketawa berdekah –dekah tengok gigi kuning berjahang Tok Bi.
.
Dia pun terhibur dengan gelak aku yang ala-ala anak jin dalam filem Ahmad Albab.
.
Tidak cukup dengan minum dan campak kunyit, dia juga akan sapu kunyit ke muka. Dia campur dengan bedak sejuk. Kuning habis muka. Lepas itu dia basuh muka.
.
Sebab itulah kot, kulit Tok Bi cekang. Licin. Tidak nampak kedut. Serlahkan ayu wajah kacukan melayu-siam-india-arab dia.
.
Tok Bi meninggal dunia sekitar umur 67 tahun. Meninggal tanpa ada penyakit. Meninggal sebab ajal. Sama macam emak aku.
.
Ini kisah dulu. Aku tidak tahu tentang kehebatan kunyit. Ia jadi bahan ketawa aku.
.
Tetapi sekarang baharu aku tahu kunyit ini hebat rupanya. Banyak sangat kajian saintifik buktikan kehebatan kunyit ini.
INI RAHSIANYA
6 kehebatan kunyit yang ramai orang tidak tahu. Contohnya:
.
1. Kunyit adalah penghalang racun arsenik. Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA. Ini bukan cerita sikit atau kecil. Ini cerita bahaya
.
Arsenik terdapat dalam banyak sumber makanan yang kita ambil. Antaranya beras. Dalam jus epal dan jus anggur juga ada arsenik. Arsenik juga dijumpai pada mainan kanak-kanak, kayu meja makan dan pagar yang dibuat dari kayu.
Macam mana pula boleh ada arsenik? Puncanya dari tanah. Kalau kandunga dalam tanah ada arsenic, ia meresap pada tumbuhan itu. Apapun, relaks dulu.
.
Kita penyelamat. Sang kunyit. Bukan kunyit budak muda asyik sebut tu, ini kunyit betul.
.
Ni aku nak cerita sikit. Salah satu bahan penting dalam kunyit ialah Curcumin. Ia mampu halang kerosakan dan turunkan impak kerosakan DNA. Lebih menarik lagi.
2. Kunyit adalah Anti kanser. Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser. Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam) ia kecutkan stem sel kanser payudara.
.
Kalau dalam sejarah keluarga ada kanser, jadilah curcumin dan piperine saka baharu dalam hidup. Berdamping rapatlah dengan keduanya.
.
Paling luarbiasa ialah curcumin dalam kunyit ini punya kebolehan programkan kematian sel atau apoptosis. Maklumat ini adalah jasil kajian dari University of Texas.
.
3. Kunyit adalah Anti tumor. Siapa sangka kunyit dengan saiznya yang kecil tetapi punya kuasa penyembuhan yang besar. Selain bertindak mati dan lemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor. Mudah fahamnya orang lazimi kunyit akan mudah bebaskan diri dar tumor.
.
Mudah fahamnya begini. Kalau mahu hindarkan diri dari tumor atau cyst, jadikan kunyit sajian harian.
.
4. Kunyit adalah penghalang Kerosakan Sel Otak. Part ini aku paling suka. Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.
.
Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak. Dikenali sebagai agen neuroprotective. Ala-ala security guard.
.
Antara fakta yang menarik lagi ialah bahan aromatic-tumerone dalam kunyit tingkatkan pertumbuhan neural stem cell di dalam otak. Pesakit stroke dan Alzheimer wajib berdamping dengan kunyit kerana kebaikan aromatic-tumerone ini. Bahasa mudahnya, aromatic-tumerone lahirkan sel otak.
.
Mungkin ramai yang tidak tahu otak manusia juga punya plak seperti plak pada gigi. Plak ini sekiranya tidak dibuang akan sebabkan penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Antara bahan yang halang pembentukan plak pada otak ialah curcumin. Inilah pelakon utma dalam kunyit.
.
5. Kunyit bagi kulit meghelit atau glowing. Sebab tu Tok Bi aku asyik dok sapu sakan kat muka dia. Sains pada hari ini buktikan kehebatan kunyit. Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat. Melembut dan meremajakan kulit.
.
Tak perlu percaya. Buat sahaja. Sebab ilmu ini dah dirakam dalam Journal of Life Sciences. Cuma Tok Bi dah awal-awal lagi praktis.
.
6. Kunyit sebagai fat burner. Bab ini memang win. Kalau bercita mahu kurus, ambillah kunyit. Kunyit halang pembentukan lemak. Menarik lagi, kunyit ada kuasa thermogenic – bakar lemak. Power.
.
Ringkasnya, kalau mahu kulit glowing, otak power, jauh dari nyanyuk, tumor dan kanser serta badan lentik, amalkan kunyit.
.
Tok Bi aku dah buktikan. Bebas dari penyakit semasa hayatnya. Dia bukan saintis. Tapi dia beramal dengan ilmu yang dia ada.
.
Itu Tok Bi. Kita macam mana?
.
.
P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti
Kredit: Dr Rizal