Dr Ni Bagi Pesan Pada Yang Sakit Di Musim PKP. Sama-sama Take Note!

Share

Ketika waktu-waktu beginilah kita perlu lebih ambil serius dalam penjagaan kesihatan seisi keluarga.

Jangan sampai terlalu bimbangkan macam-macam perkara kesan daripada penularan Covid -19 hingga stress dan ada yang lupa makan ubat.

Bimbang akan menyebabkan asbab masalah kesihatan terjejas dan menjadi lebih serius sebagimana kes berlaku di hospital yang dikongsikan oleh Dr. Ahamd Samhan.

Bersama kita ambil peringatan atas nasihat yang diberikan.


“Doktor, ada bleed”

Aku lantas capai filem CT Brain yang dihulurkan oleh juru x-ray.

“Ya Allah besarnya pendarahan dalam otak”,detik hati.

Pesakit masih muda lingkungan 30-an,ada sejarah darah tinggi. Sudah beberapa hari mengadu sakit kepala. Ingatkan sakit kepala biasa. Pagi ini makan ubat tahan sakit dan tiba-tiba sawan. Terus dikejarkan hospital.

Dalam keadaan tahap kesedaran yang rendah dan tekanan darah sistolik melebihi 220(normal 120). Pesakit terus diintubasi.

“Puan isteri pada encik K?”

“Iya”

“Saya harap puan sabar. Suami puan ada pendarahan dalam otak yang agak besar. Tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan salur darah dalam otak pecah. Otaknya mati. Harapan untuk terus hidup sangat tipis”.

“Betul ke doktor?”

Terus air matanya mengalir laju membasahi pipi. Mata aku turut berkaca.

Bukan senang untuk teruskan hidup tanpa tunggak keluarga. Apatahlagi anak-anak yang masih dahagakan kasih sayang seorang ayah.

Nasihat saya pada pesakit dimusim PKP ini,

✅ Jangan terlalu risaukan dengan jangkitan covid sehingga lupa untuk makan ubat.

✅ Jangan ambil mudah dalam makan ubat. Isteri pesan pada suami,suami pesan pada isteri.

✅ Jika stok ubat habis, hubungi farmasi hospital untuk sambung ubat samada drive-thru atau poslaju.

✅ Tanya khabar ibu ayah di kampung dan pastikan stok ubat mereka mencukupi.

✅ Amalkan cara hidup yang sihat dengan lakukan senaman ringan di rumah dan makan makanan yang berkhasiat.

Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab ramai yang endah tak endah untuk makan ubat padahal dah tahu ada penyakit.

Boleh follow saya Ahmad Samhan dan set See First untuk tak terlepas dari cerita yang lebih menarik untuk dijadikan teladan bersama.

sumber : Dr Ahmad Samhan

-disiplin makan ubat-