Umum mengetahui wanita ini sangat penyayang, lembut dan aksinya yang mencuit hati apabila sering mengusik suaminya yang merupakan tokoh yang dikagumi. Siapa tidak kenal dengan Tun Dr Siti Hasmah kan.
Walaupun sudah memasuki usia emas, hubungan suami isteri ini sering mencuri perhatian di media sosial. Sangat mengambil berat mengenai keselamatan dan kesihatan suaminya, wanita ini sering dilihat memantau pergerakan suami agar tidak melakukan sesuatu melebihi kemampuan dirinya.
Kesetiaannya berada di sisi suami amat dikagumi.
Dari sudut seorang ibu pula, Tun Dr Siti Hasmah sangat penyayang dan sangat memberi sokongan kepada anak-anak . Tutur katanya yang lembut apabila berbicara paling meruntun jiwa.
Memetik laporan dari laman sesawang Sinar Harian sewaktu program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’,
Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya.
Memberi contoh ketika pasangan itu menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini, Dr Siti Hasmah memaklumkan, keterujaan orang ramai yang mahu bergambar bersama suaminya menyebabkan Dr Mahathir hampir hilang imbangan badan dan mungkin terjatuh.
“Cemas saya melihat keadaan suami ketika itu. Orang lain tidak tahu sebab mereka tiada dalam keadaan seperti saya sebagai isteri. Saya risau akan pulang dengan van jenazah.
“(Sebab itu) Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie. Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah, tetapi tiada siapa tengok bila dia balik petang.
“Saya tengok dia letih, mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat, saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” katanya dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.
Sumber : Sinar Harian
Semoga Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik.
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club