Setelah peningkatan jangkitan wabak COVID-19, ramai rakyat Malaysia melahirkan rasa kebimbangan.
Virus ini tidak mungkin akan menunggu walau sesaat untuk menyerang. Ada peluang, Covid-19 akan terus berkuasa mensasarkan sesiapa sahaja yang berkenaan.
Ekoran itu, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui portal rasminya sentiasa memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pencegahan daripada jangkitan ini menular. Salah satunya perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.
Selain itu, rakyat Malaysia juga turut diberi kesedaran bagaimana virus ini merebak. Namun, soalan ‘cepuemas’ ni sentiasa ditanya.
Menerusi laman FB seorang kakitangan Kementerian Kesihatan ini, beliau menjelaskan dengan mudah dan padu bagaimana virus ini disebarkan.
Ikuti perkongsiannya.
“Dr, saya risau sidai baju kat ampaian nanti jiran sebelah batuk melekat kobid19”
“Dr, lepas balik pasaraya barang semua kena tinggal luar rumah 8 jam ke?”
“Dr, fon saya ni kalis air jadi kena basuh dengan sabun berapa kali sehari?”
Semua dah cuak lepas keluar pernyataan berapa lama Covid19 bertahan pada setiap permukaan yang berbeza. Sabar, tarik nafas….hembus
Walaupun dinyatakan berapa jam benda tu lekat pada permukaan, anda tak perlu panik sampai tak boleh tidur fikirkan esok nak pegang stereng macam mana lah.
Ads
Yang paling penting untuk anda ingat dan terangkan pada mereka yang kurang faham adalah :
💧 1. Covid19 menjangkiti kita dalam bentuk droplet (titisan) yang keluar masa kita batuk, bersin, selsema.
💧2. Partikel dia lepas keluar dari mulut atau hidung kita, melompat paling jauh pun 1 meter. Lebih dari itu dia akan jatuh ke bawah. Ini lah sebab nya kenapa kena jarak 1 meter setiap orang. Ini juga sebabnyatakpe sidai baju kat luar rumah.
💧3. Virus ni kena ada perumah / host / senang cerita “manusia” untuk hidup.
💧4. Bila droplet jatuh ke atas barang-barang atau tangan, dia akan bertahan sementara sebelum mati (sebab dia takde perumah melainkan anda terus pegang muka, hidung atau mata anda masa dia ada kat tangan tu).
Ads
💧 5. Cara nak matikan si Covid19 yang paling senang adalah dengan sabun tangan anda selama 20 saat. Sebab tangan anda yang transfer kan Covid19 ni dari barang-barang kepada diri anda apabila anda sentuh muka, hidung dan mulut anda.
ALERT TIGA NI
Jadi anda harus ingat TIGA sahaja :
1. Jaga jarak 1 meter supaya dia tak melompat pada anda.
Ads
2. Sentiasa cuci tangan dengan sabun supaya segala mak nenek jenis kuman termasuk Covid19 nyah dari tapak tangan anda.
3. Sumber penularan Covid19 adalah tangan dan droplet anda.
Maka, lepas beli barang, kemas dan cuci tangan anda. Pastikan siapa-siapa yang sentuh barang tu juga cuci tangan mereka. Jangan g cium plastik roti gardenia tu pulak sebab barang rare kan.
Ubah etika anda sekarang kerana hasilnya akan nampak lagi 2-3 minggu.
Kalau sekarang anda tak ikut saranan KKM mungkin sambutan Aidilfitri tahun ini hanya dengan videocall Whatsapp sahaja.
Nota kaki ❗️
– Esok hari gaji, tolong jangan berpusu-pusu g bank. Kalau anda ada jawatan dekat bank, arahkan ada gap 1 meter setiap customer. Kalau untuk yang dah berusia, anak je lah keluar ambilkan. Jangan risiko kan mereka.
– Jangan belanja sakan sangat, beli apa yang patut sebab wabah ni tak tahu sampai bila. Seriously we dont know when it will end.
#stayathome
#fromhyetobyecovid19
Semoga kita semua terus diberikan kesihatan.
Kredit: leeda Jazmir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada yang kata, jaga anak perempuan lebih senang. Maklumlah biasanya anak perempuan lebih dilihat mendengar kata, tidak lasak dan baik.
Berbanding anak lelaki, ibu bapa sering merasakan anak lelaki lebih lasak dan buas sikapnya, kadang-kadang sukar untuk dikawal. Ini menjadikan ibu bapa terkadang hilang sabar dalam mendidik anak lelaki. Jika silap percaturan, bahaya padahnya!
Oleh itu dalam membesarkan anak lelaki, kita sebagai orang tua perlulah tahu caranya. Ini penting agar bila anak lelaki sudah besar tidak pula jadi besar kepala. Nak tahu apa caranya, jom semak catatan yang ditulis oleh Taufiq Razif di dalam fbnya.
Cara Didik Anak Lelaki
1. Kurangkan gajet
Daripada pengamatan saya kalau seorang anak tu terlampau dimanjakan dengan gajet, mereka akan jadi kurang sensitif dengan orang kat sekeliling mereka. Hormon dopamine yang keluar ketika mereka bermain gajet membuatkan si comel kita ni rasa kalau nak bahagia dan tenang, cukup dengan gajet! Gajet nombor 1. Bantu mak ayah kat rumah tu nombor 15 je lah!
2. Bagi tahu mereka pahala bantu mak ayah
Sekarang ni kalau anak saya tolong lap lantai ke sapu sampah ke mesti saya akan panggil mereka anak soleh. Biar mereka tahu kalau bantu mak ayah ni benda yang sangat mulia daripada segi agama dan moral. InsyaAllah habit tu akan melekat sampai ke tua kalau kita amal pujian ni.
3. Jangan larang kalau anak kita nak bantu.
Kadang-kadang tu saya pun khilaf. Kadang-kadang saya pun termarah anak saya kalau dia basahkan lantai. Bila saya selidik balik, Ya Allah! Rupanya anak saya tu berniat nak tolong saya cuci kotoran di lantai saja. Cuma budak kecik kan, mereka mana la reti cuci lantai ni jadi mereka buat la semampu mereka walaupun bagi kita nampak macam mereka tengah buat hal dan sengaja sepahkan rumah. Padahal niat mereka suci! Ya Allah! Maafkan saya!
4. Si ayah kena jadi idola terbaik anak
Sedalam mana pun kasih sayang anak pada ibunya, si ayah tetap menjadi idola utama si anak sebenarnya. Ayah pemalas biasanya akan menghasilkan anak yang malas. Ayah pemarah pun biasanya akan menghasilkan anak yang pemarah. Nak anak yang suka tolong mak ayah? Jadilah ayah yang suka tolong nenek dan emak di rumah ye.
5. Mula daripada sekarang juga
Jangan tunggu besok atau lusa untuk didik anak kita. Sampai masanya rebung yang lembut dan mudah lentur akan menjadi sebatang buluh yang keras dan kukuh. Anak di bawah umur 1 tahun pun dah boleh ajar perlahan lahan untuk buang sampah dalam tong sampah, lap air kalau mereka tumpahkan dan juga ajar mereka ambil baju masing-masing dalam rak yang disediakan. Kita bukan niat nak dera mereka. Kita cuma nak lahirkan ‘ perasaan taat ‘ dalam jiwa si comel kita.
Baru melahirkan bayi keempat April yang lalu, namun penampilan YAM Che’ Puan Besar khaleeda Bustaman mencuri tumpuan ramai. Manakan tidaknya, dengan wajah yang manis berseri-seri.
Pilihan busana kebaya membuatkan isteri kesayangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ini tampak anggun dan langsing walaupun masih dalam pantang.
April lalu, Che’ Puan Khaleeda selamat melahirkan bayi perempuan dan dinamakan Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
Sempena Syawal lalu, Che’ Puan Khaleeda dan keluarga tidak melepaskan peluang bergambar sekeluarga dengan bayi baru serta anakanda yang lain.
Melihat penampilan Che Puan Khaleeda yang tetap langsing dan manis walaupun dalam berpantang, rata-rata memuji penampilan tersebut.
_chefwan58 Ohhh wow who ever choose pakaian Melayu Che Puan memang mcm ni👍👍👍I loved the colors, style, fabric and this the combination as well..One look Che Puan nampak really stand out among the rest…bravo! ❤️
therin.myYa Allah manisnya😍 Selamat Hari Ray Che Puan
Bukan selalu dapat keluar makan bersama, nak nak lagi jika ibu dan ayah sibuk dengan kerja. Tetapi sesekali kena juga bawa keluarga keluar dapat juga eratkan hubungan. Tidaklah asyik makan di rumah sahaja kan. Sesekali nak tukar angin apa salahnya!
Yang pasti ibu paling suka sebab masa inilah boleh ‘gantung kuali’ ‘off duty’ memasak. Tapi bila mengenangkan susahnya mengawal anak-anak, lebih-lebih lagi ketika di meja makan terus membantutkan keinginan untuk berbuat demikian dan ada yang lebih rela makan di rumah sahaja.
Tapi tip berikut yang boleh digunakan untuk pastikan anak berkelakuan baik ketika menjamu selera di restoran.
1. Bawa mainan
Benarkan anak-anak untuk membawa mainan kesukaannya. Cara ini lebih mudah untuk memastikan anak-anak tidak ‘buat perangai’. Bila hidangan telah sampai di meja, simpan mainan tersebut dan sama-sama menikmati juadah.
2. Pilih tempat yang selesa
Pilih tempat makan yang mempunyai ruang yang selesa untuk anda sekeluarga menjamu selera. Lebih baik jika tempat makan tersebut ada menyediakan ruang bermain untuk anak-anak.
3. Waktu yang tepat
Kanak-kanak kebiasaannya tidur awal. Jadi janganlah keluar lewat malam, nanti bila anak mengantuk pasti akan meragam. Oleh itu rancang waktu terbaik untuk menikmati hidangan, umpamanya keluar selepas jam 8.00 malam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual...