
Tak kira tua atau muda, kita perlu sentiasa jaga kesihatan diri. Tubuh badan nak pakai lama, jadi sebaiknya kita mula jaga kesihatan badan dengan teliti dari sekarang.
Tak pernah terlambat untuk kita sayangi diri sendiri.
Dr Kamarul Ariffin, di akauan Twitternya, kongsikan cara jaga tulang belakang dengan betul.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin
DIY Kurangkan Terhidu Bau Petrol Semasa Mengisi Minyak Kereta

Minyak petrol mempunyai bau yang sangat tajam dan apabila sering dihidu akan membawa kesan yang negatif pada tubuh badan. Malah bagi seseorang yang sensitif atau kurang daya tahan, kesan seperti tekak terasa kering, hidung terasa gatal, pening kepala dan muntah antara yang akan dialami.
Bahkan ada kajian saintifik mendapati wanita yang sering terdedah kepada bau dari minyak petrol mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mempunyai anak autisme. Selain itu ia boleh menyebabkan keguguran di kalangan wanita mengandung di peringkat awal kehamilan.
Pendek kata bahaya terhidu petrol bukan hanya pada wanita mengandung malah setiap antara kita tidak terkecuali. Jadi sebaiknya kita sebagai ibu yang prihatin akan penjagaan kesihatan keluarga, perlu mencari alternatif untuk mengurangkan kebarangkalian keluarga kita terdedah dengan kerap terhidu petrol ini.
Umpamanya jika anda perasan, lepas kita mengisi minyak kereta dan kemudian meneruskan perjalanan terkadang masih ada kesan bau petrol dalam kereta. Kenapa ini terjadi? Sebenarnya mungkin ada minyak yang terpercik, tertumpah atau sebagainya. Hal ini menyebabkan sepanjang perjalanan, kita seisi keluarga menghidu bau petrol dalam jangka masa yang lama. Jadi bagaimana cara untuk mengelakkannya daripada terus berulang?
Mungkin salah satu cara yang dikongsi oleh Satish Chandramohan ini dapat membantu. Jom semak!
1) Tutup bahagian yang ditandakan merah tu dengan pita pelekat aluminium .
2) Boleh juga gunakan silicon glue bagi dia kering dalam 30 minit .
3) Pastikan bersihkan dahulu dan gunakan sabun dan lap sehingga kering .
Sumber : Satish Chandramohan
Sakit Kepala & Tiada Ubat Di Rumah, Lakukan Petua Ni Dulu Untuk Legakannya!

Bila sakit kepala menyerang, memang satu kerja pun tak menjadi dibuatnya. Terasa serba serbi tak selesa dan kadang kala mengundang rasa marah pun ada. Jadi cara paling mudah untuk legakannya, kita akan makan ubat untuk tahan sakit. Betul bukan?
Namun, ada cara atau petua yang boleh dipraktiskan untuk legakan sakit kepala tanpa makan ubat yang kita patut tahu.
PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA YANG ANDA HARUS TAHU
Pernahkah anda mengalami sakit kepala teramat sangat? Akibat stres, migraine, ada banyak masalah dan sebagainya. Bagaimana hendak atasi dengan mudah di rumah?
Berikut adalah beberapa petua untuk melegakan sakit kepala:
1.Tutup mata dan berehatlah.
Ini adalah rawatan sakit kepala yang berkesan untuk sakit kepala seperti migrain, dan dapat membantu meredakan sakit kepala. Duduklah di dalam bilik yang tenang dan gelap dengan mata anda ditutup dan cubalah berehat seketika. Jika perlu, tidur sebentar.
2.Urut leher dan kepala anda.
Menggosok dan mengurut-urut bahagian leher dan kepala anda dapat memperbaiki aliran darah dan menenangkan sakit kepala. Ini sangat membantu untuk sesiapa sahaja. Dapatkan bantuan daripada rakan dan ahli keluarga,
3.Hangat atau sejukkan leher anda
Cuba letakkan pad suam atau kain hangat di leher anda untuk mengurangkan sakit kepala akibat ketegangan otot dan sebagainya. Jika itu tidak membantu, anda boleh menggunakan pek ais jika ia membantu anda melegakan sakit kepala.
4.Bersantai dan rileks
Luangkan masa untuk diri anda, bernafas dalam-dalam, dan cuba untuk membayangkan imej yang damai dan tenang. Pelbagai ’relaxation techniques’ boleh membantu pesakit yang mengalami masalah sakit kepala.
5.Kurangkan stres dan tekanan.
Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang teruk, cuba elakkan dari tekanan. Jauhkan diri dari persekitaran yang bising, pulang bekerja lebih awal sekiranya anda boleh, atau minta rakan atau ahli keluarga membantu mana yang boleh.
6.Lihat semula apa yang anda makan dan minum.
Apa yang anda masukkan ke dalam badan anda boleh memberi impak besar kepada sakit kepala anda. cuba hadkan kafein dan alkohol dan elakkan rokok. Jadual makan juga adalah penting, terutama bagi mereka yang mendapat sakit kepala dari gula darah rendah. Jangan lewatkan makan, terutamanya sarapan pagi.
PERHATIAN : Sekiranya masalah anda tidak berkurang selepas melakukan langkah di atas, terus berjumpa doktor. Tahu punca dan rawat sewajarnya. Jangan cuba-cuba dapatkan rawatan melalui produk dan suplemen tanpa nasihat doktor dan ahli farmasi. Bahaya untuk kesihatan.
Sumber : Dr. Ezairy M.Sallih
Barli Kalau Nak Rebus, Ada Caranya, Barulah Minum Rasa Sedap

Barli jika nak rebus ada caranya, barulah bila minum rasa sedap. Kaya dengan serat, barli mampu mengawal gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol selain membantu menurunkan tekanan darah.
Stok barli ini elok kalau kita sediakan saja dalam peti sejuk supaya boleh diminum pada bila-bila masa saja. Namun begitu untuk dapat khasiat barli yang sepenuhnya kenalah rebus dan ambil cara yang betul supaya dapat khasiatnya.
Dikongsi oleh Mastura Rashid ini cara masak barli dan pengambilan yang boleh dipraktikkan.
Barli penuh khasiat, ini cara masak dan makan barli yang boleh dipraktikkan.
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. Kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap dah kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara masak barli pun mudah:
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam supaya lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak kecil lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Boleh masuk dalam nasi juga
Kakak ipar yang berbangsa Korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1 iaitu 2 pot beras, 1 pot barli.
Rendam dulu barli ya bagi lembut dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. Insya-Allah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Sumber: Mastura Rashid