Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh dan adakala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormon dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar, hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening. Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
Ads
2. Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa. Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut. Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
4. Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secara meniup bibir).
5. Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
Ads
6. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
7. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetes. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
8. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air teh panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
9. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolisma dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
Ads
10. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
.
11. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia dapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
12. Makan makanan yang sihat. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekurangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber dapat membantu merawat rasa pening itu. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa-rasanya hari ini ibu-ibu nak masak apa untuk berbuka. Bosan pula asyik makanan laut dengan ayam je kan, apa kata hari ini kita tukar kepada daging pula.
Kecur liur lihat resipi ni kan, bagi keluarga yang suka menu berasaskan daging bolehlah cuba resipi Daging Goreng Thai Style ni buat berbuka.
Bagi anda yang gemarkan resipi yang berempah, ini sesuai dicuba kerana banyak rencah dan lebih ‘rasa’ dalam setiap gigitan.
DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.
Resepi Original – @Azahari Abdullah @Selongkaq Dapuq Chef -Abang ‘ E
Siapa penggemar nasi kandar pasti tengh rindu nak makan kan. Dah berapa bulan tak dapat lepak dan makan di kedai mamak. Ridu pula rasanya , Terbayang keenakan rasa kuahnya yang pekat ,pedas memang cukup rempahnya.
Jadi, ibu-ibu yang teringin nak buat sendiri boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Fatimah Mohd Jamil ni.
Siapa yang pernah makan Nasi Kandar Deen Maju pasti akan teringat-ingat penangannya kan. Setahun yang lepas makan Nasi Kandar Deen Maju memang teringat-ingat sampai ke hari ni. Disebabkan dah makin kuat teringat musim-musim PKP ni, kita kaji dan selidik sampai jadi Nasi Kandar ala Deen Maju. Alhamdulillah suami puji melangit. Sama rasa katanya. Hehe. Nahh kita kongsi resepi Nasi Kandar ala Deen Maju cara saya.
.
Resepi ada pada setiap gambar.
Bahan untuk menumis Kari Sotong:
1biji Bawang besar hiris memanjang
4biji bawang putih hiris
Seinci halia hiris
Seinci kunyit hidup hiris
Daun kari dua kayu
Sup bunjut
.
Cara membuat:
1. Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
.
2. Masukkan bancuhan serbuk kari daging Babas. Sukatan: 3/4 cawan dan dibancuh dengan air sehingga pekat.
.
3. Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air.
.
4. Masukkan sotong dan tambahkan 2 cawan air sehingga mendidih dan masak. Lpastu baru masukkan sekeping asam keping. Jangan masukkan asam keping awal nanti boleh buat sotong jadi liat.
.
5. Masukkan sayur kegemaran seperti terung dan lain-lain. Cili optional. Bagi yang suka pedas, boleh letak, begitulah sebaliknya.
.
6. Masukkan terung dan cili api terlebih dahulu.
.
7. Last sekali masukkan tomato dan biarkan kari pekat dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan pekat mengikut citarasa masing-masing.
.
8. Kejadian Kari Sotong saya
.
Resepi Kuah Kicap Pekat ala Deen Maju
Bahan-bahan kisar yang ditumis:
8-10 tangkai cili kering.
Satu biji bawang besar.
4 biji bawang putih.
1. Kisar sehingga betul halus, kemudian tumiskan. Kemudian masukkan 1/2 cawan air.
.
2. Apabila pecah minyak, masukkan bawang besar hiris.
.
3. Cili api optional bagi peminat pedas.
.
4. Masukkan kicap maniss sehingga warnanya cantik. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kuah kicap ni mesti rasa manis yang seimbang baruu nikmat.Boleh juga buat ayam masak kicap style ni. Tapi saya tak bubuh ayam sebab dah buat ayam goreng mamak.
.
5. Kejadian kuah kicap yang melengkapi rasa Nasi Kandar.
.
Resepi Ayam Goreng Mamak cara saya.
1. Perapkan ayam dengan bahan kisar halia+bawang putih+satu sudu teh garam. Perapkan sekurangnya 30 minit.
.
2. Apabila hendak mula memasak, masukkan bahan-bahan lain. Serbuk kunyit 3 sudu, Serbuk kari 3 sudu, Serbuk cili 3 sudu 2 sudu gula dan serbuk pasti sedap knorr. Jangan perapkan sekali kerana boleh buat ayam rasa pahit.
.
3. Letak daun kari. Lagi banyak. Lagi harummm.
.
4. Apabila minyak mula dipanaskan, baru masukkan satu senduk kecil tepung beras dan dilumur kepada ayam.
.
5. Kejadian setelah ayam dilumur dengan bahan-bahan tersebut.
.
6. Gorengkan dengan minyak yang banyak, pastikan minyak betul-betul panas dan api dibuka dengan kecil supaya memastikan ayam masak sekata.
.
Resepi Nasi Harum dan tidak muak.
2.5 pot nasi beras faiza + air 3 pot air (saya gunakan pot periuk nasi)
Daun pandan
Satu sudu kecil garam
1sudu esen pandan
.
Sedia dihidang bersama bendi celur dan cili besar.
.
Selamat mencuba
Masak telur masin sekali ketika tanak nasi akan melemakkan lagi rasa nasi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur buat kita rasa senang hati. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Itu jika tanaman kita subur dan segar. Macam mana pula jika kesemuanya habis diserang serangga perosak? Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Namun siapa sangka campuran empat bahan ini iaitu bawang putih, cili padi, minyak masak dan sabun mampu menjadi racun pada serangga ini. Paling best tak hanya serangga tapi juga boleh jadikan semburan untuk kucing dan tikus yang suka meninggalkan najisnya di satu-satu kawasan. Dua haiwan ni pasti takut nak ‘membuang’ di situ lagi. Jom cuba petua ni.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’Caranya:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi.
2. Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
3. Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
4. Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
5. Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau
mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.