‘Dr Ingatkan Pada Arwah Ayah Yang Selalu Ikat Rambut Saya.” Gelagat Dr Sheikh Muszaphar Dandan Rambut Anak Jadi Perhatian. Sweetnya!

Share

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sememangnya ikon bapa yang cukup ideal. Apa tidaknya, kejayaan membentuk dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya menjadi sumber inspirasi buat ibu bapa yang lain.

Apa sahaja yang beliau praktikkan untuk anak-anak pasti menjadi. Itu yang membuatkan ramai kagum dengan semangat dan juga kerajinannya terutama dalam melayan anak-anaknya baik ketika mendidik mahupun ketika waktu senggang.

Namun, baru-baru ini menerusi laman instagramnya, doktor pakar bedah Ortopedik itu telah berkongsi gambar dan video menunjukkan beliau cuba mendandan rambut anak sulungnya Bella. Apa yang melucukan,  walaupun cukup mahir dalam bab mendidik, namun dalam bab perempuan ini tidak menjadi dan  amat sukar sekali buat beliau.

Video  berdurasi lebih kurang 1 minit itu telah mendapat perhatian para pengikutnya di Instagram beliau. Ramai memuji cara layanan dan didikan bapa kepada empat orang anak itu, terutamanya dalam usaha melayan anak-anak perempuannya. Tidak kurang juga  komen netizen yang terhibur dengan gelagat dua beranak itu.

Malah, kedengaran Bella berpesan kepada ayahnya untuk tidak mengikat rambutnya senget. Cuba untuk menafikan perkara itu dengan mengatakan beliau sentiasa mengikatnya secara lurus, tetapi Bella tetap dengan pendirian mengatakan ikatan rambut ayahnya senget. Comel jer dua beranak ni kan.

Rata-rata pengikutnya meninggalkan komen yang memuji dua beranak ini. tak kurang yang berkongsi pengalaman yang sama.

wafaoven Moment ni mmg anak2 akan kenang sampai besar. Masa saya dari sekolah tadika sampai darjah 2 tak salah arwah abah la yang sikatkan rambut. Letakkan minyak Zam zam (yg bau tengik tu) tp rambut sihat. Tgk video ni sya boleh ternampak masa kecil saya dulu

aishazahra16 @yatie3207 rindu my dad letak minyak rambut n tolong sikat rambut tepi.. Haha.. My dad layankan je pemintaan anaknya ?

rozitaritadanny Dato sama jek dgn suami saya..boleh ikatkn rambut anak dara??masa dia tadika dulu tp masa saya gi kje jek…ank dara saya selalu ckp..x ketat..senget2..haha..cute..moment ni akn kte kenang masa ari tua nti knn ❤️ as always

iam_ellekhaleesi Doctor,my husband pun struggle tied my girl hair,sampai dia suruh I duduk sebelah tengok and guide him,ponytail je pun punyalah susah sampai stress,until my girl nangis baru dia stop

isterituanir my husband pon mcm @drsheikhmuszaphar bole ikat rambut my girl & siap tocang lagi…hahaha

le.souq_by.hanneas Good luck daddy ? Bella, charming as always ?

abukassimfaridah Doc ingatkan saya pd arwah ayah saya yg selalu ikat rambut saya??

Sumber: IG drsheikhmuszaphar